Happy weekend guys.
Hampir 2 bulan dah tak update blog, busy dengan kenduri akak yati dengan resignation dekat company lama. Alhamdulillah semua berjalan lancar and yang paling penting I got a new job! Syukur Ya Allah. Finally keluar jugak aku dari company gila tu. huhu. Nak tau ape sebab yati resign suddenly kat company tu? hmm panjang storynye.
Masa tu dalam pertengahan bulan satu rasanya. Dengan busy report GST dan kekerapan yati mengambil cuti untuk pergi interview tetiba seorang akak staff ni dia beritahu yati dia nak resign hujung bulan 1. Maigad, how about me? Masak jugak tu nak take over kerja dia. Belum cerita hal client tax dia selalu nak urgent report, lagi lah soal GST ni dia yang leader. Hmm. Dalam seminggu jugak yati berfikir then yati ambil keputusan muktamad nak resign sama 21hb Jan tu jugak atas alasan yati nak sambung belajar dekat UNIKL 24hb tu. Sebenarnya memang nak masuk UNIKL pun tapi dok sibuk isu Mara dah tak taja, dari susahkan keluarga baik yati kerja dulu kan.
Jadi, yati dah letak notis and prepare semua last report untuk di clearkan. Actually masa letak notis tu berfikir gak betul ke apa yang aku buat ni. Berhenti kerja pun langsung takde backup kerja lain sekarang. Dari memeningkan kepala untuk cari kerja tetap tu yati cari kerja part time promoter parkson yang masuk kerja pukul 6.30 ptg balik 10 malam. Memula penat, teramat penat. Asal sampai masa lunch hour, yati tau nak tido je. Sampai dah last day and staff baru dah masuk yati rasa sayang nak tinggalkan company tu. tapi nak buat macam mana, kalau fixed kat situ terasa bila nak rasa yang lebih baik kan. Lebih menyedihkan yati langsung tak dapat BR1M atas faktor company lama ade quiry dengan LHDN. Ish bos betul tak jaga staf ni!
Lepas je resign, minggu pertama menganggur tu feel gila tidur tak bangun2 kan. ahahaha! bukan menganggur betul pun. padahal petang nanti nak masuk kerja ha. Selang sehari tu yati ade 3 interview dekat KL untuk 1 hari. Memang masa dapat call tu planning nak deal 1 hari je pergi KL. Takyah berulang pergi interview kan.
Then first place interview tu agak bagus. Ahmad Abdullah & Goh was a Chartered Accountant. Dah lama bertapak dekat KL and ade 2 branch di Penang dgn JB. Position pun secretarial assistant. Manager perermpuan india. Actually tak tahu pun dia owner licence untuk secretarial department sebab dia beritahu dia manager je. dari pukul 10.30 pagi sampai 1 tgh hari kau interview. haa kemain lama kan? Dah pulak yati janji dengan company lain datang sana pukul 12 dan pukul 3.
Gosh, ngam2 sampai KL Sentral dalam pukul 1.30 tgh hari. Jadi niat nak lunch tu rasanya memang tak sempat. jadi teruih ke KLCC tapau Auntie Anne yang sedap tak terkata. Ahahah padahal mengidam chocolate stick dia. dah ngap dalam tren teruih ke KLSentral balik and ikut direction dia ke next company.
Dah sampai second company, aku dah rasa lain. haritu rasanya dia beritahu position admin. Tapi tengok signboard luar ofis Finance Advice kebende lah. Ahh pulak interview tak sampai 10 minit kau. Ciss! Rupanya company tu selalu buat talk pasal advice dgn management finance. Biarlah, lagipun macam pelik je. Dah terus bergerak ke third interview. sepatutnya yang third interview ni pukul 12 kena sampai. Tapi bila yati call yang secound interview ni dia kata tak bole tukar time lewat sikit. Hmm kesabaran lah macam ni.
Terus bergegas ke tren Ampang Park and call tanya direction finally sampai jugak. Account firm rasanya. Position pun account assistant. tapi agak jelik sikit or memang macam tu attitude orang kat situ. Interview okey tapi katanya dia akan beritahu result after CNY and inform dia kalau dapat kerja lain.
petang tu terus balik seremban and mintak masuk kerja dalam pukul 7. nasib akak promoter tu faham. so far okey je kerja promoter ni. kau promote brand kau, serve customer dengan jahit kaki seluar. alamak! ni la yang lemah. yati tahu ukur and potong je, jahit tu tak pandai sebab dia pakai mesin elektronik. tapi bila kau kerja promotor, baru kau tahu sebenarnya susah nak survive dengan hidup if takde pendidikan. yelah jujur aku cakap, kerja promoter ni hanya kerja yang kau betul2 takde pilihan selain kerja kilang or kedai makan. so far kau kenal ramai orang. kau kenal akak2 yang sporting borak pape je and life dia as a promoter and ada 4 orang anak untuk survive.
Selang dua tiga hari dapat first call dari Ahmad Abdullah & Goh. Miss tu offer yang agak memberangsangkan dan dia beri advice macam mana nak travel hari2 memandangkan manager yati tu orang rasah actually. Dia dah lama kerja situ and dia merupakan owner secretarial company dan dia siap2 mention dekat yati yang sekarang skop kerja hanya fokus pada secretarial sahaja. takde dah buat account, GST or auditing. Jadi yati accept offer tu and inform dekat akak promoter tu yati nak resign selepas dia balik cuti raya cina sebab yati kena travel daily ke ofis.
So far dah seminggu kerja, environment sangat okey, hari hari naik bas dalam pukul 6.30 pagi then sampai ofis sebelum 8 pagi. and skop kerja lebih menyeluruh. sebelum ni kerja kat audit firm kena buat documentation je, kali ni dari starting documentation sampai lah ke submission kena buat. memang nampaklah miss tu nak yati take over half client dia. tapi yati dah inform awal2 yati bukan fast learner and masih slow2 buat memandangkan secretarial ni ibarat bidan terjun bagi yati.
Yelah tak semestinya ade qualification dlm accounting field nanti bila kerja boleh take over semua kan. Tapi yati merasakan ada jiwa betul buat secretarial ni. Sebab masa starting kerja dahulu, part documentation ni kalau bos suruh handle, memang kaw kaw yati manage bilik filing tu.
Alhamdulillah harap harap kali nin tiada permasalahan dan berharap segala dipermudahkan. Soal part time student or nak beli aset tu yati hold dulu untuk tahun ini sebab nak arrange social life dengan bajet yang sedia ada. Korang pun doakan yati dapat harung hidup ni dengan sebaiknya okey.
Insha Allah.