Assalamualaikum semua.
dah nak masuk pertengahan bulan 1 baru aku dapat update sepanjang kenangan aku tahun lepas. pejam celik pejam celik tak sangka pulak sekejap je dah setahun kan ? umur pun dah melompat satu tahun. hewhewhew.
tak sangka pulak. tapi aku nak story nie bukan aku nak ingat moment pahit or benda yang tak baik dalam hidup aku. apetah lah nak bukak aib. just nak remind kat diri dan pengajaran untuk masa hadapan. saje nak share, harap korang sudi nak baca.
Moment 1.
habis tamat latihan industri aku naik semester 5, banyak jugak perubahan. contohnya aku dah pindah rumah sewa balik. kelas pun makin pack. then jawatan pun di letakkan pada keadaan selesa. sem 5 paling relaks. yerker ? berlambak jugak kerja sehinggakan aku fail 1 paper. huhu tapi Alhamdulillah aku dapat tebus kembali.
:)
Moment 2.
Sejak enor pindah penang, dok vacation ajelah aku. hujung minggu kadang kadang duduk sorang sorang kat umah sewa, ibu pun dah stay sana sejak aku jarang balik. maklumlah aktiviti berlambak, assignment dengan macam haramm. tapi best jalan jalan dekat sana. for the first time enor bela nasib keluarga kami. betul cakap orang rezeki tak pernah putus. tapi yang penting impian ibu dah tercapai tengok enor jadi cikgu.
:)
Moment 3.
kenal dari senior, berkawan , bercinta dan akhirnya berpisah. perpisahan nie dah jadi perkara wajib dalam hidup. macam tu lah terjadi dalam hidup aku. yaa hampir setahun jugak aku bersamanya. Setiap masa aku doa,
'jikalau dia bukan milik aku, maka jauhkan seseorang itu dari hidup aku. Jikalau benar dia milikku kekalkan kami'.
Tapi Allah telahpun tunjuk dan memang benar. Dia bukan hak aku. aku terima. Menyesal tu tak pernah sebab aku tahu ada insan yang menanti aku. Insha Allah.
Moment 4.
Terbang ke JB buat kali pertama. dan aku berharap takkan menjejakkan kaki ke sana lagi. Mungkin kalau aku datang pun untuk menjenguk pusara ayah sahaja. Demi ayah, aku lepaskan tugasan aku, program aku. Dan akhirnya Allah lebihkan sayangkan ayah.
Al-Fatihah.
Moment 5.
tanggungjawab terbesar yang pernah aku pikul. ibu kepada 17 AJK PRS dan wakil bagi PRS PPD. dapat vacation dekat terengganu. wahahaha. siyes aku terasa sedih pulak tak dapat nak berkayak sebab masalah kesihatan. serious program STYLE memang best !. then aku sebagai pengerusi mengendalikan program anak angkat, lead anak anak buah aku. Alhamdulillah aku dah laksanakan tugas aku. Beritu berharga apabila diberi penghormatan sebegitu. tak bole lupaa moments lepak dalam bilik PRS, gossip ngan encik Jamal, Puan Qaleesya. haish rindu sudahh.
:)
Moment 6.
adat hidup berkawan, tak selamanya kawan tu mahu dengan kita selamanya. pahit perih aku laluinya. teringat lagi aku tak diberitahu hari tersebut ada quiz, meraung aku dalam bilik PRS geledah notes senior. huhuhu tak bole lupa lah. sumpah aku pendam sendiri. tak sangka pulak ada yang sanggup buat mcm tu kan ? nasib baik idaa dengan mas ade bg nota, dapat lah aku study sikit walaupun 1 apebenda tak masuk. bukan nak cakap ape tapi tak salahkan inform unutk preparation. bole jugak jawab sikit sikit.
yee aku tahu aku terlampau buzy sampai balik umah pun kadang kadang lewat malam. dengan time tu repeat lagi. tapi as kawan tak salahkan kalau mesej. tapi semua dah jadi. then aku baru tahu mana kawan mana lawan. ingat lagi masa buat nasi goreng dengan bff, salu dia cakap macam nie.
'yayat, walaupun kita nie manjang tade duit, rezeki tu tetap ade kan...'
sebak sangat. mana nak carik kawan yang nak susah sama-sama. even tak pandai or hape, tu dunia. tapi kalau kau dpt kawan macam tu mesti kau tak bole lupa.
lekat sampai mati.
Moment 7.
Berkenalan secara tidak sengaja. pada mula chatting then tak sangak pulak dilamar sebagai teman. agak jauh perbezaan umur kami. seorang lelaki yang amat menghormati perempuan. lama jugak kenal, selalu teman datang PD, makan sama sama, jalan sama-sama. tapi jodoh tak panjang. mungkin kesal dengan diri masing masing. tak tahu lah kenapa tak dapat diselamatkan. mungkin tak ada keserasian. nak buat macam mana, Allah kan ada.
:)
Moment 8.
dah tua tua nie baru teringat nak ambil lesen motor. genap je umur aku time bufday tahun lepas, aku pun ambil lah lesen moto. siap dah tampal L dekat motor nie. hahaha akak aku cakap angkot lah kereta sekali, memang tak dapatlah. aku fikir sebab kerja lah aku ambil lesen nie. kalau tak memang tak weng weng nie. siyes gelabah naik motor nie. lori kereta semua dekat dekat bila time jam. huhu sabar yat, ade rezeki kau keluar honda seketul. cewahhh.
Moments 9.
Baru aku teringat kes aku start kena alergi sebab makan ayam. perghh sebak gilaa. serius cuti sem tak keluar rumah langsung. merebak ke muka satu hal. bengkak mata dibuatnya. tak terfikir pulak makin teruk. dah lepas buat check up and rawatan semua tu, doktor kate disebabkan 3 penyakit yang bole menyebabkan alahan teruk. migrain + semput + resdung. sampai sekarang still lagi aku ambil ubat hospital. memang kalau nak kahwin nie kena mention dekat future husband tak bole selalu makan ayam.
hahaha
Moment 10
baru terasa susahnya bila dah kerja nie. kalau dulu time study tak heran sangat duit takda, asal perut kenyang semua bole cover lagi. dah kerja nie dah fikir duit moto, duit belanja makan. duit belanja rumah. duit itu, duit ini. haaish kalau basic RM900 janganlah harap nak ada simpanan. nasib baik stay seremban, kalau kerja kat KL memang haru lah kalau basic macam nie. so memang aku dah get ready hantar resume kat semua tempat sebab nak carik kerja dulu.
Degree ? Hold dulu, muet bulan 7 nie. hehehe
Moment 11
Makan Malam DAT6S3 yang paling grand sekali. hahaha dinner kat hotel ofcourse bedal sampai buncit. hahaha dah makan makan, persembahan, tukar tukar hadiah and lastly ucapan dari semua classmates. sedih teramat. teringat lagi daus cakap,
'lepas nie tak dapat nak hangout ramai ramai macam nie, semua dah balik tempat masing masing. harap harap adelah reunion, kalau nak kahwin tu jangan lah jumpa jemput'
then ada jugak buat ucapan selamat berkonvo. tu yang paling sayu sangat sangat. macam kes aku, Alhamdulillah aku bole bawak semua final subject utk last semester. tapi ade kes yang macam kredit hour 4.0 dorang tak dibenarkan mengulang dan mengambil subject last sem serentak. sebab subject related. tapelah, rezeki Allah dah tentukan. dan harap korang tabah harung semua nie. seriously rindu korang.
:)
Moment 12
dah nama pun subect final, so berkeras jugak siapkan research untuk subject final. lebih 5 topik kami tukar. sampaikan aku dengan haifa bertekak jugaklah buat research nie. siyes menyampah. hahaha dengan grouping pun tak dapat nak kata apelah, nasib baik puan okey tapi kena jugak sebab aku main bedal masuk department tak pakai baju kurung. kena halau sehh. haish, orang nak submit report, time tu macam macam hal jadi. dari tak tidur, makan pun tak. 1 sem tu memang kerja kiteorang dok canang borang soal selidik lah. fening ! Alhamdulillah, habis presentation lepas 1 beban. Good job heyyat !
Moment 13
Finally, aku nak jugak sumbat kau dalam moment aku. hahaha kenal dah lama tapi baru je berputik. kawan macam biasa. sakat macam biasa. merajuk memang luar biasa. baru lagi tapi tak sangka pulak kan. hehe dating pun bawak budak PRS jugak. memang jaga batas pergaulan kau nie. aku je yang tak reti malu. hahaha tapi so far okey, semua jalan lancar. and aku tak sabar nak konvo dengan kau. harap harap lah sidang kita selang sehari. hehehe
hadiah yang kau bagi tu aku tak pakai lagi, esok aku baru nak pakai. kasi energy untuk interview esok. hahaha. tapi mekaseh banyak bayak weyy, tak sangka pulak dari gurau gurau kau sudi accept aku.
thanks banggali :)
aku harap 2014 nie aku nak perbaiki diri, try dapatkan sumthing yang kekal. harap2 dapat kerja baru. harap harap aku bahagia. Insha Allah.
So petang nie jangan lupa survey tempat interview esok then beli sampul surat untuk prepare resume.
Goodluck Hayati !
:)