Followers

06 April 2014

Tazkirah : kehidupan.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, 
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika kita tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin kita diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan (tidak memiliki tempat tinggal).

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia hidup berteman dan segalanya terjaga.

Jika kita tiada rezeki mendapat jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu dan bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia berbakti sepenuhnya pada kedua orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka lebih baik bahagia kerana rezeki yang tak dijangka kelak.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, ALLAH Yang Maha Adil penentu dalam segala hal.

Wallahualam.


No comments: