Followers

07 September 2015

I am 23 but i got nothing :(

dua tiga harini mood merendum sikit. kerja serba tak kena. kejap kejap nangis. mood hilang. rasa nak mengamuk pun ada. semua ada. sampaikan bila baca yasin boleh nangis. apa dah jadi kat aku ea? mungkin rasa diri tak guna. mungkin. atau rasa bila nak dapat sesuatu yang baik? atau sebenarnya kau tunggu peluang nak lari dari semua nie. lari tak dapat nak selesaikan masalah. menangis pun tak dapat selesaikan. tapi atleast itu meredakan kau. betul?

mungkin megah, takde komitmen kereta, rumah tak payah bayar, balik rumah ibu dah masak. lunch pun paling cikai pun nasi bungkus. dapat gaji bayar tu ini dapatlah rasa beli satu dua. tapi kau pernah alami tak kau kerja nak 2 tahun tapi kau tak bole saving untuk diri sendiri? sedihkan. once ibu kau tanye bole tak naikkan elaun, kau dah buntu. gaji setakat RM1200 tolak epf socso baki tinggal RM1070. itu pun banyak yang menanti. percayalah.

kadang kadang orang tak faham, ade siap cakap, gaji banyak banyak pergi mana? kau tau nak berjoli je. buat lah saving. beli lah insurans. tau nak senang je. pakai nak mewah je. makan nak sedap. sebenarnye korang ada nampak ke macam tu? ke sesaja tokok tambah main balun je cakap? aku dari sekolah lagi ikut ibu pergi kerja warung. tolong ibu jualkan nasi lemak orang punya. kerja basuh pinggan mop lantai dekat kantin sekolah. kerja apa yang bukan standart budak sekarang tak buat aku buat. duit gaji itulah buat belanja hari hari. bila study kat poli, setiap minggu kau survive hidup RM30 je, nak sengkek baju lelawa ke makan sedap kau rasa time belaja kau mampu? nasib mase tu arwah ayah ada, ada menolong. tapi since kerja gaji aku itulah duit makan, bayar bil apa semua. belanja diri pun sendiri. tapi semua orang takkan faham.

aku nak hidup berdikari. semua aku belanja, semua aku bayar dan semua aku saving. atleast aku survive. bukan nak tinggalkan ibu sendiri pastu nk megah keje luar semban. tidak. aku nak cari sesuatu yg menampung aku. takkan nak duduk bawah tempurung je. dah macam katak pun ada. atleast dengan gaji kau mampu sara diri sendiri, takdelah tercekik tengah bulan. ini kalau kau tunjuk payslip, nak buat loan kereta pun tak lepas. camtu tu wey. sedih tak baca? orang kata effort dari diri sendiri. nak matapkan taraf hidup sendiri. bukan aku tanak. bukan aku malas. sebab aku pindah pindah kerjalah aku nak gaji yang stabil. adelah peluang nak buat tu nak buat nie. kau ingat aku takde keinginan ke?

15hb nie result rayuan. aku bukan nak berharap penuh. just kalau dapat, betullah Allah rancang lambat sebab bersebab. duit tu pandai pandai aku korek memana. tapi misalan tak dapat, aku tunggu tawaran samsung. kerja kilang? lantaklah. aku apply kerani dalam samsung pun tak kisah. atleast gaji tinggi dari sekarang. bukan berkira, aku nak dengan ada diploma nie, berguna jugak. orang lain pun repeat paper sampai semester 8 boleh keje bank, kau kerja kerani basic celah kangkang. memang rezeki tu Allah yang bagi, tak bole pertikaikan. tapi atleast kau sungguh, usaha. tu yang betul kan?

dalam hati aku tanam satu benda je. kalau betul dapat kerja accounts dalam samsung tu nanti, basic dengarnya over 1.7k, aku nak bertahan dalam setahun dua ataupun kurang untuk saving sampai 10k then aku nak beli rumah flat kos rendah dekat selayang or tak kisah memana. maybe aku survive tak berkereta or tak beli apa apa komitmen yang besar dulu sebab kalau nak buat housing loan, kena ade 10% dalam tangan untuk deposit. so rumah tu aku repair slow2 dengan duit yang sedia ada. then baru aku sewakan. based dari sewa yang aku dapat tu boleh rolling duit loan and profit yang aku dapat untuk beli benda lain. betul aku nak sangat beli flat tu. atleast kau ade income lain kan. bisnes nie ade pasang surut tapi once kau ade aset tetap and sekarang tengah market. ape nak tunggu lagi. betul tak ? Insha Allah, Amin ya Allah.

takpe, sekarang cekalkan hati. Allah tu ada. usaha selagi boleh hayati.
Wallahualam.
:)