Followers

31 December 2011

welcome 2012

Hey new year, tak sesabarnya nak menginjak ke 20. Hahaha ! seram sejuk sampai demam nie. Kehkehkeh. Hari nie, ape news yang baek ?? wah, ptptn yang tak dijangkakan ! wah, sedap gler shopping nie tapi kena beragak jugak. Macam dah nak melayang jew. Huhuhu.
          Hari ini dengan buat pertama kalinya, beli berukband baru niee ! hahaha. Senang aq nak buat kerja, senang tak payah pinjam. Best tawu, tak lah aq susah hati lagi. ngeh3. Roommate aq dah rasmi dulu. Hahaha, sedap laju katanya. Tapi dek terkejut, sampai demam ha. Ntah ape yang tak kena dengan badan aq nie pon tatawu.
          Esok balek seremban dengan harapan nak LANGSAIKAN ape yang tertunggak. Tapelah, hati senang tade hutang J terima kasih yang memahami. Sayang korang ketat2 erat2. Hehehe. Esok keluar nak shopping baju kurung ! anggaran nak berpasang-pasang sebab baju banyak plak yg hangus. L nak buat macam mana, dah kelam kabut bonar nak poie kelas. Tak hirau iron yg dok hangit tuu. Kelakar 1 hal. Kena beli kain baru
          Cerita menarik ? banyaknya masalah.. aduhh. Dengan kelas, assignment dah ade. Umm, berkecil hati lagi heyyat ? sikit kot tapi tahan jugak, buat tak kisah. Senyum jew walau membakar ! tapi nasib baek roommate baru, dah pesan awal-awal dah. Hahaha, paham-paham jelah kalau dah meeting sana-sini. Tuu nampak busy teramat !
          Prince charming ?? kehkehkeh. Ritu aq mesej dia. Memohon kemaafan ! sebab jalan hulu hala sampai tak nampak abang encem nie. Dengan muka ketat aq. Aiseh, asal lah ‘muka mahal’ aq nie kelat sangat ?? hahaha. Kesian dia, aq buat tak endah jew.. serius aq tak nampak nie. Soryy sangat sangat. Hihihihi

30 December 2011

single ker kawen ?

Kahwin. Kahwin dan kawen ! hahaha, ramai betul orang nak kawen sekarang. Huhuhu. Yela, musim cuti sekolah, macam-macam lah kendurinya. Sampaikan ramai jugaklah batch SPM 2009 dah tamat zaman bujang ! alhamdulillah, aq ?? nanti dulu kot ! belum rasa lagi 20 tahunnye. Yelah, pasangan pun tade macam mane nak kawen. Tuu namenya jodoh tade lagi ! huhuhu
          Tak berani nak kata ape lah, bahagian masing-masing. Tak berani nak kata ape, huhuhu. Tapi sedih tu adelagi lah, semua yang datang dah berpasangan. Aq nie bujang trang-trang !! trong treng.. kahkahkah. Hari hari dok cium ketiak mak, camno nak kawen. Nak cium ketiak laki ?? ngeh3, tanak ! tak sama baunye ! weekkkkk.
          Esok balek pd lah, teruskan perjuangan ! yeah, yeah ! huhuu, dah setahun aq dekat poli, jodoh ea tak lekat. Ker aq spesies susah nak melekat ?? hahaha. Tak tahu lah. Kerja ALLAH. Tak bole cakap banyak. ‘hutang’ keliling lagi, nak bina masjid ! tak terfikir pulak nak ker ijab dan qabul.
          ‘Walau, kau tiada disini ku teteap ingat semua pesanmu’
Huhu, siapa ? tiada, kosong. Dah leyap sudah ! huhuhu.
‘Kerana, engkau telah pergi’
          Bla bla dan blah.. hahaha. Tak mahu pikir lagi ! bosan . J

16 December 2011

saat saat indah - RAMA BAND

Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
hanya bayangmu menyentuh jiwa temani sepi
kini semua cintamu tlah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan
sendiri

Waktu trus berjalan dan memberi
perih di hati
hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
kini baru aku sadari
kau bgtu berarti di dalam hidupku ini

Saat-saat yang indah saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg tlah berlalu kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali
ki ingin kembali

Hanya rindu yg aku dapatkan bukan cintamu
meski kini kau tak mencintai diriku lagi
kini baru aku sadari
kau bgtu berarti di dalam hidupku ini

13 December 2011

7 disember - kelibat DIA

Ya Allah, kau tawu tak aq jumpa siapa tadi ? hampir terhenti jantung aq dibuatnya !! wan, apa kau buat dekat sini ?? patutlah aq terasa tak sedap hati dari mula nak keluar tadi. Kau PENIPU ! entahla, kenapa disini ? takda tempat lain ?? tapi aq BERBANGGA, sebab hafiz maula disisiku.
          Kau turun dari motor, aq dah dapat cam, dari rambut kau aq dah dapat agak ! sedangkan maula sendiri cam dengan wave kau tuh ! kau memerhati aq dengan maula, bagai tak berhenti celik mata. Dia yang menjaga aq sekarang, setelah hati ini bersendirian. Tapi aq tak peduli andaian kau tentang aq dengan hafiz maula.
          Hentikanlah kegusaran ini ! aq dengannya sudah hampir 2 tahun akhirnya. Kenapa seperti semalam berlakunya. YA ALLAH, aq mahu kekuatan ! Alhamdulillah, hafiz maula berada disitu. Terasa aq amat memerlukan dia dan kekuatan itu tetap ada, dan terungkai kisah lama kita. 

6 disember - aq mula menyayangi dirimu, walaupun kau orang BARU

Semalam. Berborak dengan dia. Buat aq makin serba salah ! YA ALLAH.. aq nie sangat sangat rasa bersalahnya ! mainkan perasaannya.. tapi adakah dia serius ? bergetar hati aq bila dia kata dia sayangkan aq. Berkocak jiwa nie bila dia kata dia tak nak aq pergi dalam hidup aq ! tapi aq ? hari hari aq membohonginya ! hari hari aq menipunya ! dan hari hari jugak aq makin rasa kasih sayangnya.
          Dia pernah mengaku dengan aq yang dia tak sanggup berjauhan sedangkan aq di selatan, dan kau diutara. Dan lebih memeningkan aq yang dia TAK PERNAH MENIPU berbanding diriku yang SABAN HARI MEREKA-REKA CERITA TIPU PALSU ! jujur, kasih itu dah berputik. Dah hampir disemai, tapi aq takut nak berkata YANG SEBENARNYA ! dia tak pernah meragui aq, malah dia percaya setiap sebutan aq . dan dia pernah mengingatkan aq supaya JANGAN MENIPU. Dan aq melakukannya jugak !
          Lari ? suatu hari nanti.. tapi aq pernah merasai keperitannya. Pernah rasa sakitnya. Kalau aq lakukan kepadanya ? aq tak sanggup dia merasa sedangkan AQ ADALAH YANG PERTAMA DALAM HIDUPNYA ! aduhaii, berkenalan yang tak jangka dan tak duga ! aq tak pernak MENYESAL berkenalan dengannya tapi aq menyesal melihat keadaan ini yang aq tak sangka begitu seriusnya dia .
          Apa perlu aq buat lagi ? dia tak pernah meminta dan cuma aq sahaja menginginkan. Dia tak kisah dan cuba melayan kerenahku dan dia sekali lagi MENGINGATKAN aq bahawa dia tak mahu aq menyayanginya hanya kerna kisah lama itu dan dia teramat mahukan aq dalam KEHIDUPAN SEBENAR dia. Dia sendiri tak mahu aq begini, inginkan yang abadi dan mahu perubahan sopanku KEMBALI ! tapi bukan mudah semua itu, sebab kau belum sepenuhnya kenal diriku.
          Setiap hari disebut sayang semakin hari aq MENCEMBURUI nama PALSU aq. Dia menyayangi NAMA itu, semakin hari dia rindu WANITA TAK WUJUD ITU ! berdosanya aq sedangkan aq adalah heyyat ashiya sebenar-benarnya. Ya ALLAH, jijiknya aq dengan penipuan ini ! bebannya dugaan yang aq timbulkan ini !
          You, yat mohon ampun. Walaupun kita berkenalan dalam waktu yang singkat, yat nampak kejujuran itu. Yat mintak maaf jugak walaupun setiap hari tak lekang maaf dari setiap butir bicara you. Yat terasa amat bersalah. Walaupun you tak pernah tahu ruang sosial ini tapi yat nak you tau yang yat mula inginkan you. Dia tak wujud sebab yat mereka-reka. Ya, memang yat yang berdosa sayang. Memainkan perasaan you. Tapi yat nak you tau satu saja bahawa yang sayangkan you adalah yat. Maafkan yat.. tapi percayalah, semua ini ada sebabnya. assalamualaikum.

4 disember - melalut pulak. :)

Bikin hati susah lagi.. menatap novel sekian lama dan aq memulakan aktivitinya. Huhu, takkan pisah aq dengan dunia novel ini. Dulu puas merungut tebalnya tapi sekarang, bila2 boleh ‘khatam’. J huhuhu.
          Tergerak jugak hati nie, aq layak ker menjadi ‘princess’ dalam setiap novel yg pernah aq khatam nie. Berangan lah yat selagi boleh. Entahla, aq nie macam tunggu bulan jatuh ke riba. Yang tiba tak datang, yang tak diundang menjelma. Haish, sampai bila begini? Mulalah kau nak meresahkan hati. Nak buat macam mana, nie lah perangai aq kalau dah takda kerja nak buat. Melalut ajelah ! dengan perangai macam nie, manelah orang nak meminang. Cuba kau JAGA BATAS DIRI ! puas dah aq lakukan, sampai nak TERBABAS. Tapi tak jugak munculnya. Tapi ALHAMDULILLAH, aq sempat elak, terkawal segalanya sebab IMANNYA MASIH ADA.
‘ sewaktu, bila berdua dahulu. Aq brjanji padamu tiada akan ku abaikan kasih. Kau beri padaku’
Haish, sedih pulak mengenang. Layan lagi yat !!! sampai meleleh lah air mata kau tu. Mula lah nak jadi DESPERATES ladies kann ? jangan buat gila yat. Kau kena ingat, dia tetap dengan hidup dia, kalau dia datang balik, MAKNANYA DATANG BALIK MALAPETAKA ! dah tu ? aq nak bikin ape lagi ? aq sunyi. Aq sepi. Dengan nak bersosial pun payah dekat seremban nie. Tak pernahlaa terperuk macam nie. Sedihlaa. Sedih yang menggunung sangat. AHH, KAU TERLAMPAU TERBAWA-BAWA EMOSI dalam novel tu ! dah pulak kau kata gitu, dah tuu cariklah jalan supaya aq tak mengulanginya lagi !.
‘takkan ada yang pisahkan kita. Sekalipun kau telah tiada. Akan ku pastikan, ku kan memeluk menciummu di syurga.’
Feeling bai ! haish, sampai ker syurga. Tapi aq nie, selalu ORDER ke NERAKA ! dahlaa yat, setiap orang mesti berubah jugak akhirnya. Yela, aq dah berubah laa nie ! melayang HIJAB, melayang AIB terjaga ! puas hati aq, bersorak syaitan dan duniawiku ! so ? sudahlaa heyyat, mungkin ini ujian ataupun ada kebaikannya.
Aq buat semua nie bukan TANPA SEBEB. Aq nak tengok siapa yang perasan. Tapi alasan macam tak bole pakai. Semua orang kenal kau dengan HIJAB ! tapi sekarang ? kay, ape sebab kau sebegini ? ape yang hebat sangat kau nak tunjukkan ? paras rupa kau ? puihh ! ade mamat meleleh tengok depan2 ? tade pulak aq rasa. Ingat yat, hafiz tu betul-betul kecewa kau dah macam nie. Dear, hafiz aq tu abang aq hidup dan mati, aq tawu dia tak suka. Tapi nie kann dunia aq, pilihan aq. So ? memang aq sedar, dia orang PERTAMA sekali melihat perubahan aq. ORANG PERTAMA MENEGUR AQ ! tapi aq nak orang lain yang BERBUAT SEBEGITU. Bukan aq nak kembali berHIJAB hanya disebabkan dia, tapi aq nak dia bukak minda aq, cuba bimbing aq ! aq tak heran lah beribu jantan dok sogok pujian KECANTIKAN aq. Atas dasar nafsu, or whatever, ape aq kesah. LELAKI MULUT MANIS BICARA, TAPI MUSLIHAT PENUH BINASA ! betul tak ?
Aq taknak semua tuu, aq nak seseorang rapat dengan aq, bimbing aq, fahami ‘JALAN CERITA’ aq. Sebab tu aq berubah, aq nak LIHAT TIPU DURJANA DUNIA. Nak tengok lagaknya minda. Memang, separuh jiwa aq nie nak berlagak remaja, mencuba, dan mencuba. Tapi itu adalah realitinya. Ohh, mengertilah ALLAH. Aq buat semuanya bukan menempah NERAKA, Cuma ingin melihat ruang di SYURGA.
‘dan memang selalu, aq bersalah slalu saja mengabaikanmu meninggalkanmu’
Jadi, puas sudah hatimu ? heyyat, jika ini tanggapan engkau. Terpulanglah. Kebaikan DIKANAN dan kejahatan DIKIRI. Nilailah kau supaya kau dapat jawapannya, noktahkan segalanya. Yang berkata ini JIWA KAU ! yang selalu kau rasa resahnya itu, adalah ‘AKU’. Aq tetap dalam ‘jasad’ kau. Bagaimana dirimu heyyat, begitulah aku yang selalu menggetarkan segalanya jika ada salah silapnya...
Mohon ‘jiwa’ teruskanlah ada getarnya sebab kau ‘tetap pendiriannya’. Aq mungkin keterlaluan, dan disebab itulah kau muncul memberi peringatan, dan cuba menghala kebaikan.
‘menghitung hari. Detik demi detik’
Mungkin alasan aq ada tak bole pakai, tapi biarlah aq seketika dengan dunia sendiri. Maafkan aq ‘jiwa’. Jangan kau gusar, dimana letaknya aq disitu lah tetapnya jiwa dan hati bersatu.. doakan aq.

01 December 2011

27 November


Berdebar hati dengan tiba-tiba. Mula resah dan tak selesa. Wahai hati, bicaralah tentang curigamu, bicaralah tentang gelisah itu. Mengenang hari makin larut malamnya, makin gelap hatiku tentang KEKUASAAN-NYA. Mohonlah hati, kau adalah segala kawalan minda. Robeknya kasih datang dari hati yang parah terluka. Hah, mula cerita hati yang bak sayu mula menggunung dan tak terperi. Makin hari makin sendiri, seperti menempah hati keseorangan lagi. Ya aq masih tak layak sebutkan lagi, sebab masih berpura-pura mencari kasih abadi tapi kau sekarang mula bersandiwara diri ! kau mencari untuk hilangkan haus nafsu diri ! susahlaa segalanya. Ampunkan diri aq, mungkin aq terdesak! Tapi ini adalah keinginan aq ! memerlukan kasih yang disisi, seseorang peneman hati, memimpin diri kepada REALITI !
Ahhh, bak penipu segala ! kenapa semua berlaku ? moga YA TUHAN. Dia yang terbaik, puasku tunggu saban hari, celikku, nafasku, SEGALANYA DIA ! tapi sedarlah diri, sungguh dia membenci kau sehingga KINI ! sebenarnya sudah depan MATA jawapan itu, tapi kau menidakkan ! kau membiarkan dan KASIH MENGHUKUM HATI YANG LARA INI! Sudahlah, doaku iringi dia BAHAGIA walaupun jiwa ragaku MERANA ! berdebarnya hati ini, berkocaknya jiwa ini.
Demi cinta ini, relaku MERANA ! demi cinta ini, relaku DERITA ! dan demi cinta ini KU RELAKAN SEGALANYA.. Pujangga, maafkan aq, separuh hatiku pergi, separuh hatiku melayang dan separuh hatiku ini KAU BAWA PERGI ! mengharap, mengharap, kenapa?? Sebab aq mau kau disini. Menemani. Diri aq, yang selama ini setia, rela dengan perlakuanmu ! sehingga aq sanggup tutup telinga dari dengar cerita KEBODOHANKU !
Dia baik, menjaga aq. Tapi tak seperti mu.. dia fantasiku DAN KAU REALITIKU ! aq bersalahh, entah.. aq masih lagi memohon maaf, tapi kau enggan. Kau diam ! tiada jawapan ! tiada pesanan. Tiada harapan. Berlalu dengan megahnya kau melangkah. Tanpa berpaling dan tak endahnya dirimu melihat aq melutut. MEMOHON kesilapan sedangkan PUNCANYA DARI KAU ! megah dengan KEEGOAN !  sendirian, malam gelap, dengan TANPA PEDOMAN.
Mula bergetar jari, berdebar dada, sebaknya hati. Pabila terkenang kau berada disisi, lalu padam hingga kini. Menghitung hari untuk KELUAR dari kesedihan ini. Abang, kini aq mula merinduimu. Ampunkan aq, kerna dahulu aq berpaling denganmu. Aq tak bahagia, aq tak punya sesiapa. Bertemankan sisa cinta kita, kenangan kita. Pergilah jika ini terbaik buat kita, terbaik untuk cinta ini. Seribu kata tak bermakna jiwa ini selesai deritanya. Aq tahu semuanya abadi, dan TELAHPUN BERSEMI. Moga kau bahagia dan ini adalah KEHENDAKKU jua.. assalam..