Followers

08 January 2012

debaran jiwa



assalamualaikum. :)

hari nie aq pulak kena tinggal dengan roommate aq. huhuhu, nak buat macam mane, masing masing dah ada tugas. kenalah faham ! lagipun kesian dia selalu kena tinggal dengan aq, sebab sibuk dengan meeting :) sekarang nie update belog. huhuhu. ada beberap perkara pulak aq sedih malam nie. satu tentang sahabat. satu lagi tentang hubungan.

makin larut malam, makin sedih hati aq. sahabat. orang kata, jika susah senang bersama, maknanya jodoh la sesebuah persahabatan itu. jika dia memiliki yang lain, bermakna bukan selamanya untuk kita. hai, hati, usah kau risaukan teman setia. sebab kau masih punya yang lain untuk menghibur lara duka dan ceria.

cemburu itu ada, cuma siapa diri nak menghalangnya dan diri ini tidaklah sempurna seperti malaikat-Nya. aq cuma melihat, diam dan merenung ke hadapan. mencari erti sahabat itu. mencari kekuatan diri dan dimananya kasih sahabat itu pergi. usah lah ragu diri ini, kerna kau punya sahabat lama sentiasa memegang bahu ini :)

cinta ? susah ungkapkan kerna sayangnya beribu tetapi cinta itu tiada tandingan. cinta itu berbeza dari sayang. semua dekati aq, aq amat menyayanginya, menghargainya tapi cuma tidak timbulnya cinta. susah benarkan ? :)) tapi itulah hakikat. aq tetap tunggu keabadian cinta itu. aq tetap tunggu mana tempat hadirnya cinta itu. dan aq jumpa dia waktu zaman persekolahanku. dan berakhir juga disitu ker bezanya darjat kami dan dia memiliki kasih yang lain. haruskah aq bertindak melulu ? tidak, kerna ku tahu jawapannya tetap satu.

meraung tak sudah masa itu, dia cuba memujuk tapi hatiku da beku. sehingga ribut jugak sekolah tentang penolakannya tapi aq hanya diam sahaja :) tak ubah seperti patung bernyawa. aq sedar, hampir semua ku kupas, ku bongkarkan. hasutan, semua petanda hitam, aq jalankan. jelas sudah cinta itu membutakan hati manusia. akhirnya aq hilang dia, hilang keabadian, jasad dan cintanya.. musnah segalanya.

sehingga kini, itu anggap yang terakhir walaupun berapa ramai mendekati, sayang hanya timbul tapi cinta tetap luput, hanyut. tak semudah itu aq menawarkan cinta. I LOVE YOU = bagiku hanya SAYANG! bukan cinta wahai PUJANGGA! sebab hati aq beku sudah.

dan aq akhirkan segalanya. dan ini terjadinya. aq tetap keseorangan walaupun dikelilingi sahabat setia dan pujangga tanpa kata bicara. jangan kau jugar, jangan kau paksa kerna semula jadi akan timbulnya ASMARA itu.

wassalam.

No comments: