panas di poli tak menggambarkan hati aq secerah mentari. tak mengatakan yang aq ini punya hari hari berseri. YA ALLAH, bersalahnya aq menyusahkan keluargaku. terbebannya mereka menjagaku dan kejinya aq tak dapat menjaga perasaan mereka. sumpah aq sedih. sebelum aq tiba di port dickson ini, macam macam yang berlegar diminda, adakah kehidupanku berubah, adakah ada kebahagiaannya dan yang pentingnya adakan akan ada KESENANGANNYA ??
kabur penglihatanku akibat air mata. luluh jiwa aq hidup hanya seperti sesuap rasa. dan pedihnya jiwa kerna aq ini menyusahkan sahaja. ayah mahupun ibu, segalanya buatku. menerima ayah dalam hidupku dan ibu tetap yang SATU utamanya. cuma aq tak tahu nak membahagiakan mereka kerna 2 hati yang merana. 2 hati perlu dijaga.
tak semua kasih sayang itu mampu membahagiakan. dan bukan senang nak mendapatkan kebahagiaan. tak kerana wang, semua tak jalan. tak kerana duit, tak jejak jugak aq dekat poli nie, dan kerana duit jugak musnahlah perhubungan. maafkan aq kerna menyusahkan. patutnya aq tak perlu mengikut kehendak hati. kerjalah heyyat ! sedarlah kau tiada kemampuan kecapi kejayaan kerna kau kurang kemampuan. dan sekarang ini adalah natijahnya.
sejujurnya sayu.. bila bergaduh, main utamanya duit. bila ceria, utamanya juga duit. dan akhirnya duit duit yang segalanya ! kasih sayang ntah hanyut kemana ! ibu, adik mintak maaf dengan semua ini. bukan sengaja adik berdegil. cuma adik impikan kejayaan itu. adik nak impian itu. cuma terasa hari hari yang adik lalui, terasa tiada kebahagian itu. dan terasa makin menyusahkan ibu dan ayah. maafkan adik jugak yang tak dengar kata-kata ibu. mungkin kalau aq dari dulu adik bekerja, mungkin sekarang kita ada simpanan bersama. mungkin tak seperti sekarang.
mungkin pertelingkahan ini takkan bersahutan. adik terlupa yang sia sia saja adi laburkan diri sedangkan diri bukannya emas permata. cuma megah hati yg kosong dan tak bermakna. adik bingung sangat sangat. perlukah adik hentikan semua ini ? supaya adik dapat lihat senyuman ibu hari hari dan tak fikir masalah kewangan lagi .. YA ALLAH, KAU limpah kurniakan REZEKI yang HALAL pada kami. ampuni kami, HALALKAN makan minum kami. berilah kami kekuatan supaya KAMI tempuhi dugaanMU. insyaALLAH. aminn....
ibuku :) ilysm ♥
No comments:
Post a Comment