Followers

21 June 2012

true cinta ♥

bila aku jatuh cinta, sentiasa sayang tetap dihati. sentiasa mengingatkan kau setiap hari. dan sentiasa ada gusarnya di hati ini. tenanglah diri, moga jiwa ini tenteram sentiasa. yang tiada sengketanya. supaya aku lebih terasa bahagia.

mengalirnya air mata bila hati ni kau terima.  hibanya hati ini bila kau kata cinta dan aku resah bila kita hidup ada jaraknya. cuba aku meyakinkan hubungan kita. cuba aku ceriakan hari yang mendung duka lara dan aku cuba menyayangi mu sepenuh jiwa. ya, aku ikhlas menerimanya.

tak pernah sekalipun hati berubah, tak pernah sekalipun aku menduakannya dan tak pernah sekalipun aku berpaling padanya. kerna hati ini hanya untuk dia.

cuba juga untuk membuat dia mempercayaiku, cuba juga untuk dia tahu kejujuranku dan cuba juga dia tahu kesetiaanku. tapi aku tahu kau masih ragu ragu dengan tingkah laku ku.

YA ALLAH, hari hari dia dihati. hari hari dia ingin ku miliki dan hari hari aku mahu dia SAH disisi. permudahkanlah segalanya. berilah dia kekuatan untuk menerimaku yang aku hanya untuk dia seorang dan tiada bandingnya . sejujurnya aku tak punyai masa untuk mudah beralih hati, cukuplah dia hanya dihati.

maafkan saya jika hati ini selalu melukakan awak. maafkan diri ini jika saya selalu menimbulkan cemburu di hati awak dan maafkan segalanya jika saya selalu menyusahkan awak. beritahu lah saya bagaimana indahnya bahagia itu. ajarkanlah saya bagaimana memupuk sayang itu. dan sejujurnya diri saya hanya untuk awak seorang sahaja.

jangan gusar dan cemburu. i'm yours sepet :) ilysm ♥

  

No comments: