Kami. Seiring sejalan. Seiring bertekak juga
kadang-kadang. Haha. Lumrah yang terjadi diantara kami. Kalau dia tak merajuk,
aku jugak lah yang selalu merajuk. Kalau tak, dua-dua akan diam serentak. Esok,
comfirm saling merindu-rindu. Lastly terasa nak ketawa. Sweet sangat cara dia
pujuk tu. Wey ! hati mane tak keruan. Hati mana tak tersentuh. Cukuplah, hati
aku makin terseksa kalau aku seksa jiwa dia. Sebab kami sejiwa.
Pendapat selalu bercanggah, bertikam lidah
dah macam perkara biasa. Belang pun mulalah lihat, hingga tak sedar ayat apa
entah keluar. Jangan kata, touching itu dah sentiasa. Tapi itulah hakikatnya.
Bagi aku itu semua normal, tapi semua itu buat kami lebih akrab, buat kami
faham dengan peel pasangan. Memanglah, pada mulanya aku geram. Rasa nak gigit-gigit
dia sebab nak suruh faham apa yang aku minat. Tapi nak buat macam mana, dah dia
tak suka. Macam itulah jugak dia dgn aku, nak jugak pertahankan pendirian. Tapi
akhirnya masing-masing dengan minat sendiri.
Pernah sekali bertikam lidah, buat aku malu
terasa. Dahlah public figure, tapi terasa juga maybe silap aku. Siapa suruh masuk
campur bagai. Hahaha lastly diamkan sahaja. Emmm, aku jugak yang terpaksa
menanggung rindu. Tapi tak tahulah dia. Harap-harap dia pun macam aku.
Tapi orang selalu kata, kalau pasangan kita
ini kontra dengan diri, bermakna Insha Allah panjang jodohnya. Makin luas fikirannya. Wallahualam.
Tapi yang penting sayang itu sekalipun takkan pernah pudar. Marah macam mane
pun aku, sayang itu takkan berganjak. Kekal. Melainkan dia buang aku dalam hati
dia.
‘Kau
yang terindah, di dalam hidupku. Hanya cintamu mekar selamanya. Tak inginku
lagi mencintai yang lain. Kau telah mengikatku selamanya. Ku disini menantikan
janji yang hilang. Aku disini menghitung harapan. Setiap detik tiap nafasku ada
cintamu. Bagai semalam semuanya hilang....’
Mohon Ya Allah, kekalkanlah jodoh kami.
Yaa, memang adakala aku manusia yang keterlaluan. Tanpa batasan tingkah dan bicaranya.
Tapi tak bermakna aku abaikan dia. Dia yang teristimewa. Dia yang buat aku
terasa bernyawa, buat aku terasa ada keyakinannya. Dan aku terlampau sayangkan
dia. Aku tahu, adakala aku terlampau tak terduga sifatnya, murung sentiasa,
tapi janganlah kau jauhkan dia dariku YA Allah... jangan kau buat air mata ini
mengalir lagi, mohon jangan buat aku hidup dengan kesepian lagi. Aku yakin Ya
Allah. Aku tak ragu-ragu lagi !
Zulhelmie, maafkan saya awak. Saya harap
awak, kita akan macam dulu. Yang selalu gelak ketawa itu. Saya tak nak awak
jauh dari saya. Saya taknak awak panggil sayang dekat orang lain selain saya.
Saya mahukan awak seorang. Jujur awak, tiada yang selain dari awak. Saya tahu
mungkin saya ini selalu ramah tak kira orang tapi hati saya ada awak sorang.
Tak pernah sekalipun saya selingkuh dengan awak. Menduakan awak dlm hidup saya
ibarat juga menduga malapetaka. Jangan tinggalkan saya awak, saya mahukan awak,
jangan buat saya macam nie.. maafkan saya....
Just fokus dengan test awak. Awak jangan
risau, saya takkan ganggu awak. Ambillah berapa pun masa yang awak nak, saya
tetap ada. Tetap tunggu awak.. saya nie tetap norhayati yang awak mula-mula
kenal dulu. Saya takkan berpaling. Sebab saya mahu awak seorang. Zulhelmie
seorang ! saya teramat sayangkan awak.. cintakan awak..
❤
No comments:
Post a Comment