Followers

23 December 2012

semester baru

dah duduk rumah sorang2, tv nie pulak tayang cerita hantu. haish gangguan ! ibu ngan enor pulak pergi jogging kat kompleks. aku jugak memerap dalam rumah. hehehe malas lah. kat peydee tu same jugak aq berjogging. kejap2 kelas blok depan, lepastu ade pulak dekat blok belakang. lagi dahsyat dapat kelas kat blok pengajian am, habisss ! menapak aq sampai ke tingkat 4. hew hew hew 

dok tadi aq fikir nak buat bajet tapi tak sudah jugak online. haish, dah boring sanga, meh kita kemaskini blog. nanti dah balik peydee, nak rembat berukband saper pulak kan.. hhuhuhu tulah, nk pasang line, takut nanti nak bayarnya satu hal. tapelah, sharing is loving, pandai2 dah kautim dgn housemates..

sekarang dah semester 5, perghh walaupun jadual tak tough sangat, mostly subjek teori. memang mohon aq berkerohh dalam kelas lah gamaknya. hahaha ! siyes, tapi ade lcturer yg not bad lah, tapi ade yg very very bad. huhuhu bukan apa, risau jugak dgn subjek teori nie. dengan nak menghafal akta bagai. bukan senang2 aq nak bedal karang ayat, tak pasal pasal dapat zero pulak. huhuhu

kelas audit setakat nie memang excellent. penerangan, nota ringkas sume okey. lecturer lagi okey. cuma aq kena lebih sikit usaha lah sebab subjek audit nie kena betul2 cover lebih dari taxation, management dgn accounting. tu yg mantopp sesangat. haiyaaaaa !

hottest storyy, jiran sebelah rumah sewa aq tu lelaki lak haa. haishh, macam mana lah nk buat aktiviti sosial depan umah nie. jemur baju pun dah terbantut. tapi so far okey lagi lah, dorang tak mengendeng pun. gurau2 macam tu ajelah. yang dak umah aq pun kuat jugak menyakat. hihihi yang paling kelakar, budak2 laki nie kena sound dgn makcik sebelah umah aq. hahaha ! angkara dorang poie pasang lagu kuat2. dah tawu timing zuhur, pergi pulak buat konsert. hihihi malu malu

ape plan haa cuti seminggu nie. duduk umah diam2 ajelah. dah tatawu nk buatpe. poli nie pulak bagi cuti awal2, memng buat feel nk belajar merundum. hehehehe tadelah, cuma bosan jep. peytee tak keluar lagii, memg tak dapek den nak shopping lah kann. hew hew hew tadi dak syok syok window shopping dgn akak aq sampai betul betul tergoda dengan sandal hawkeye tu haa. sumpah gua tergodaa. huhuhu cepat lah, boleh lah aq lepas gian sume niee.. ishh tabole taboleee. nnti lari bajet dn nak saving haa. dah laa byk perancangan niee.

haish, tak boleh blah lah cite antu kat tv niee.. marilah aq kuatkan iman haa. adiosss !
Assalam


terima kasih to my sister making red velvet for my birthday cake . yummy ! 

06 December 2012

sayang.rindu



Adakala emosi ini tak dapat nak menduga, tiada klu jika berlaku angin kus kus. Hehehe Cuma perasaan itu tetap takkan berubah. Menyayangi dia dah ibarat nadi hidup aku. Sebahagian jiwa aku. Jujur aq sayangkan dia. Teramat-amat sayangkan dia. Dia permulaan dalam hidup aq, makin hari, makin banyak perkara yang baru walaupun adakala bg mereka yg pernah merasainya mesti anggap biasa jep, tapi aq bukan begitu. Makin rindu, makin kuat sayang tu. Cuma kadang2 aq tak mampu nk kawal kemarahan diri tu disebabkan aku rindu dia. Adakala tak tertahan dgn air mata, tapi cukuplah harap dia merasa yg hati ini tak berhenti menyebut nama dia dan fikiran aq tak pernah sekali melupakan dia.

Mana aq pergi pun, even aq tgh bawak motor, aq still ingatkan dia. Terbayang2 dia depan aku. Kadang2 sebelum aq pejamkan mata, aq harapkan bobok yg selalu aq peluk tu boleh bertukar menjadi dia. Sebab aq rindukan dia. Aq cuba jadi yg terbaik untuk dia, selalu upkeep diri aku untuk kebaikkan dia. Walaupun aq terasa aq tak mampu nak bahagiakan dia. Tapi sekurangnya aq mencuba kan ? kadang2 ibu pun banyak cakap aq dah lain sikit, dah tak macam dulu, tapi baran tu tak pernah berubah lagi lah. Huhuhu

Hari hari aq doa harapkan dia buat yg terbaik kali nie. Aq nk dia berjaya dpn aku satu hari nanti. Aq dah siap pasang angan2 nk pakai baju ape masa hari konvo dia nanti. Insha Allah, ade rezeki aq akan pergi, doakan kami berkekalan ya... pernah sekali aq punya gabra terfikir macam mana nanti aq nk berdepan dgn parents dia. Semua aq fikir.even aq just duduk menung tu sempat jep otak nie fikir macam2. Huhu ape punya perangai lah. Tapi sebab ape, sebab sekali pun aq tak lupakan dia melainkan aq tidur, dan ketika aq tidur tu aq selalu mimpikan dia.

Aq perasan, bila kite date itu, aq byk membebel, celoteh macam2. Sampaikan aq rasa benda remeh pun aq cerita. Pasal pokok rambutan depan umah pun aq cite kat dia, sebab ape ? sebab dia dh sebahagian dalam hidup aq. Aq nk dia tahu aq mcm mane, sifat aku, perangai aq. Kekurangan aq. Kehidupan aq. Cukuplah, itu yg lebih bererti buat aq if dia ingat semua perkara yg penting melibatkan kiteorang. Walaupun dia rasa benda itu biasa, tapi penting buat aku.

Dia sulung, dia yang manja, dia sepet. Semua nya dia. Kadang2 aq takut aq nie bukan yg selayaknya utk dia. Pernah sekali aq tye kat dia, layak tak aq nk jaga dia macam mana umi jaga dia. Jujur, soalan mcm tu buat aq terasa sebak gila2. Mampu tak aq, sedangkan diri pun tunggang langgang lagi. Huhuhu tp Alhamdulillah dia kata aq adalah orgnya. Harap2 begitulah. Insha Allah aq cuba untuk dia. Jaga pakai makan minum dia. Semua untuk dia.

kadang2 aq perasan, aq nie over sikit, ade time mulalah keluar ayat gebang, show off bagai. Tapi mungkin tu ade silap aq kot. Tak semenggah tu satu hal jugak. Huhuh terasa malu jugak bila dia tawu perangai aq mcm nie.. ummm... Cuma aq nie kadang2 cakap main lepas kalau geram, tapi soal hati dgn org yg aq sayang mungkin aq jadi pemendam. Sifat aq yg paling dia tak gemar. Huhuh Yg salu kuat melalak tu aq lah, menjerit tu sume. Heehe tapi nak luahkan tu mungkin sikit janggal bagi aku sebab aq tanak dia susah hati fikirkan benda remeh2 nie. Cuma aq nie ade mcm budak2 skit kot. Huhuhu harap2 dia sabr dgn kerenah aq.

Memang aku nk perhatian dari dia. Even aq Nampak dia on9 kat fb tuu aq nk dia jugak tegur aq. Say hi pon okey. Tapi mungkin dia tak perasan agaknya tapelah, lagipun aq tamau ganggu dia. Aq pun tamau jugak menghrapkan dia untuk puaskan kemahuan aq. Dan aku merasa aq perlu jugak jaga hati dia. Aq cuba nk buat dia hepi, tarik perhatian dia if dia rasa sunyi or bad mood. Tapi maafkan saya awak, saya tak pandai nak tarik perhatian awak, nak buat awak tak moody selalu. Sebab tu better sy diamkan diri. Tak mahu awak kusut2. Mungkin adakala awak perlukan masa utk diri sndiri. 

Pernah sekali aq retweet satu statement. “saya mahu awak sentiasa gembira apabila bersama saya, menjadikan saya yg pertama dlm hidup awak. Saya org yg pertama yg sentiasa ceriakan awak. Dan sy tak mahu sesiapa menandingi kelebihan itu dalam hati awak selain saya. Sebab apa ? sebab saya takut ade org lain lebih hebat melayan setiap perasaan awak berbanding saya dan awk pergi bersama dia...” saya tak mahu awk, saya tanak cm tuu. Saya taknak awak tinggalkan saya. ummm, aq memang kuat cemburu. Even dgn kawan perempuan dia sendiri pun aq boleh cemburu. Tapi aq berharap sangat yang dia masih anggap aq yg paling istimewa dalam hidup dia. Paling istimewa.

Macam mane pun kiteorang kena harungi, saling menyayangi and saling mempercayai. Dan jujur sekalipun aq takkan menoleh. Sebab dia pertama dalam segalanya. Buat aq terasa Tuhan tu bagi peluang sekali lagi dekat aq supaya aq lebih hargai dunia ini. Hidup dgn bertemankan orang yg aq sayang. Yang aq cinta. Amat2 cinta. Tak kisahlah even reader nk fikir apa, aq Cuma harapkan dia dlm hidup aq. Sebab aq rasakan dia mampu membahagiakan aq. Insha Allah awak, selagi saya hidup, selagi tu sayang tu tak pernah hilang. Macam mane menangis pun saya, derita pun, hati saya mahu awak. Walaupun awk dah jauh menghilang, even awk pergi tinggalkan saya sekalipun, semua tu bukan mudah saya nak lupakan. Melainkan Tuhan tu yg Maha Besar menimpakan sesuatu kepada saya sehingga memori sy bersama awak lenyap disebabkan kehendak Dia. Dengan itu saya berharap awk ingatkan kembali apa yg saya lupa. Sebab semua itu kenangan indah kita. Sekalipun saya tak menyesal bersama awak. Sebab saya sayangkan awak. Sebab saya mahukan awak menjadi yg halal untuk saya. Sampai akhir hayat saya, dan awak adalah pasangan saya sehingga ke syurga. 
Insha Allah. 
Amin..