Adakala emosi ini tak dapat nak menduga,
tiada klu jika berlaku angin kus kus. Hehehe Cuma perasaan itu tetap takkan
berubah. Menyayangi dia dah ibarat nadi hidup aku. Sebahagian jiwa aku. Jujur
aq sayangkan dia. Teramat-amat sayangkan dia. Dia permulaan dalam hidup aq,
makin hari, makin banyak perkara yang baru walaupun adakala bg mereka yg pernah
merasainya mesti anggap biasa jep, tapi aq bukan begitu. Makin rindu, makin
kuat sayang tu. Cuma kadang2 aq tak mampu nk kawal kemarahan diri tu disebabkan
aku rindu dia. Adakala tak tertahan dgn air mata, tapi cukuplah harap dia
merasa yg hati ini tak berhenti menyebut nama dia dan fikiran aq tak pernah
sekali melupakan dia.
Mana aq pergi pun, even aq tgh bawak motor,
aq still ingatkan dia. Terbayang2 dia depan aku. Kadang2 sebelum aq pejamkan
mata, aq harapkan bobok yg selalu aq peluk tu boleh bertukar menjadi dia. Sebab
aq rindukan dia. Aq cuba jadi yg terbaik untuk dia, selalu upkeep diri aku
untuk kebaikkan dia. Walaupun aq terasa aq tak mampu nak bahagiakan dia. Tapi
sekurangnya aq mencuba kan ? kadang2 ibu pun banyak cakap aq dah lain sikit,
dah tak macam dulu, tapi baran tu tak pernah berubah lagi lah. Huhuhu
Hari hari aq doa harapkan dia buat yg
terbaik kali nie. Aq nk dia berjaya dpn aku satu hari nanti. Aq dah siap pasang
angan2 nk pakai baju ape masa hari konvo dia nanti. Insha Allah, ade rezeki aq
akan pergi, doakan kami berkekalan ya... pernah sekali aq punya gabra terfikir
macam mana nanti aq nk berdepan dgn parents dia. Semua aq fikir.even aq just duduk
menung tu sempat jep otak nie fikir macam2. Huhu ape punya perangai lah. Tapi
sebab ape, sebab sekali pun aq tak lupakan dia melainkan aq tidur, dan ketika
aq tidur tu aq selalu mimpikan dia.
Aq perasan, bila kite date itu, aq byk
membebel, celoteh macam2. Sampaikan aq rasa benda remeh pun aq cerita. Pasal
pokok rambutan depan umah pun aq cite kat dia, sebab ape ? sebab dia dh
sebahagian dalam hidup aq. Aq nk dia tahu aq mcm mane, sifat aku, perangai aq.
Kekurangan aq. Kehidupan aq. Cukuplah, itu yg lebih bererti buat aq if dia
ingat semua perkara yg penting melibatkan kiteorang. Walaupun dia rasa benda
itu biasa, tapi penting buat aku.
Dia sulung, dia yang manja, dia sepet.
Semua nya dia. Kadang2 aq takut aq nie bukan yg selayaknya utk dia. Pernah
sekali aq tye kat dia, layak tak aq nk jaga dia macam mana umi jaga dia.
Jujur, soalan mcm tu buat aq terasa sebak gila2. Mampu tak aq, sedangkan diri
pun tunggang langgang lagi. Huhuhu tp Alhamdulillah dia kata aq adalah orgnya.
Harap2 begitulah. Insha Allah aq cuba untuk dia. Jaga pakai makan minum dia.
Semua untuk dia.
kadang2 aq perasan, aq nie over sikit, ade
time mulalah keluar ayat gebang, show off bagai. Tapi mungkin tu ade silap aq
kot. Tak semenggah tu satu hal jugak. Huhuh terasa malu jugak bila dia tawu
perangai aq mcm nie.. ummm... Cuma aq nie kadang2 cakap main lepas kalau geram,
tapi soal hati dgn org yg aq sayang mungkin aq jadi pemendam. Sifat aq yg
paling dia tak gemar. Huhuh Yg salu kuat melalak tu aq lah, menjerit tu sume.
Heehe tapi nak luahkan tu mungkin sikit janggal bagi aku sebab aq tanak dia
susah hati fikirkan benda remeh2 nie. Cuma aq nie ade mcm budak2 skit kot.
Huhuhu harap2 dia sabr dgn kerenah aq.
Memang aku nk perhatian dari dia. Even aq
Nampak dia on9 kat fb tuu aq nk dia jugak tegur aq. Say hi pon okey. Tapi
mungkin dia tak perasan agaknya tapelah, lagipun aq tamau ganggu dia. Aq pun
tamau jugak menghrapkan dia untuk puaskan kemahuan aq. Dan aku merasa aq perlu
jugak jaga hati dia. Aq cuba nk buat dia hepi, tarik perhatian dia if dia rasa
sunyi or bad mood. Tapi maafkan saya awak, saya tak pandai nak tarik perhatian
awak, nak buat awak tak moody selalu. Sebab tu better sy diamkan diri. Tak mahu
awak kusut2. Mungkin adakala awak perlukan masa utk diri sndiri.
Pernah sekali aq retweet satu statement.
“saya mahu awak sentiasa gembira apabila bersama saya, menjadikan saya yg
pertama dlm hidup awak. Saya org yg pertama yg sentiasa ceriakan awak. Dan sy
tak mahu sesiapa menandingi kelebihan itu dalam hati awak selain saya. Sebab
apa ? sebab saya takut ade org lain lebih hebat melayan setiap perasaan awak
berbanding saya dan awk pergi bersama dia...” saya tak mahu awk, saya tanak cm
tuu. Saya taknak awak tinggalkan saya. ummm, aq memang kuat cemburu. Even dgn
kawan perempuan dia sendiri pun aq boleh cemburu. Tapi aq berharap sangat yang
dia masih anggap aq yg paling istimewa dalam hidup dia. Paling istimewa.
Macam mane pun kiteorang kena harungi,
saling menyayangi and saling mempercayai. Dan jujur sekalipun aq takkan
menoleh. Sebab dia pertama dalam segalanya. Buat aq terasa Tuhan tu bagi
peluang sekali lagi dekat aq supaya aq lebih hargai dunia ini. Hidup dgn
bertemankan orang yg aq sayang. Yang aq cinta. Amat2 cinta. Tak kisahlah even
reader nk fikir apa, aq Cuma harapkan dia dlm hidup aq. Sebab aq rasakan dia
mampu membahagiakan aq. Insha Allah awak, selagi saya hidup, selagi tu sayang
tu tak pernah hilang. Macam mane menangis pun saya, derita pun, hati saya mahu
awak. Walaupun awk dah jauh menghilang, even awk pergi tinggalkan saya sekalipun,
semua tu bukan mudah saya nak lupakan. Melainkan Tuhan tu yg Maha Besar
menimpakan sesuatu kepada saya sehingga memori sy bersama awak lenyap
disebabkan kehendak Dia. Dengan itu saya berharap awk ingatkan kembali apa yg
saya lupa. Sebab semua itu kenangan indah kita. Sekalipun saya tak menyesal
bersama awak. Sebab saya sayangkan awak. Sebab saya mahukan awak menjadi yg
halal untuk saya. Sampai akhir hayat saya, dan awak adalah pasangan saya
sehingga ke syurga.
Insha Allah.
Amin..
No comments:
Post a Comment