Followers

29 November 2012

preparation & other stories

hari hari selak kalendar. hari hari jugaklah aku fikirkan tarikh keramat itu. berdebar sangat agaknya, baru sekarang terasa berdebar. tapi semua tak dilunaskan. still lagi merangkak-rangkak. ohh amat menakutkan. akak-akak sini dah siap remind lagi,
'dah counting days ker korang ??'

hehehe, haruslah, tak sabar nak balik peydee nie kak oii. tahap gaban jugaklah derita stay sini. seriously tak ready nak masuk alam pekerjaan pattern camgini. kuikuikui. bukan apa, klau kerja tu ade outstation best jugak, tapi tang terperap gini terasa lemas pulak. papehal fb jugaklah yang dirujuk untuk dapatkan berita. ish3.

 tu diaaa tak sudah2 buat report =='

time praktikal nie best jugaklah, rasa freedom tuu ajelah lenyap sebentar. larii dari quiz test eseimen bagai tu. yelah, kerja tu tak stress sangat, cuma life tu yang tak berapa kena. terperap. memang tak lah. kalau kat peydee tu, banyak bergerak. blok2 kelas dalam poli tu suma jauh2. berbukit satu hal. lambat sejam datang kelas pun tape, tapi yang penting pandai2 lah kau buat show if kantoi kelas pojie. suke kena bahan. tapi happening. no stress !

muka relaks nk masuk kelas pojie. haha

time praktikal nie yang syok dia, weekend jep ade kat rumah, balik kerja ibu dah masak. usai maghrib jep cepat mata nie kuyu. nampak tak tu ? pergerakan pun tak banyak. sebab tu lah aq terasa badan nie makin membesar. hhihihi yelah, pergi kerja ade yg menghantar. balik ade yang menjemput. tengah hari tu lah keluar beli lunch. serius, naik tangga pun skarang bole semput. hadoii. kalau dulu, asal lepak prs mesti kena naik blok 3 tingkat. sekali pun tak mengah. ohh sungguh berbeza. hahahaha

 amacam tembam tak ? -_________-

transport tade masalah, duit tu problem sikit. terasa kat sini lagi belanja besar. saving pun kurang. ohh sedihhh. sem nie ade elaun, tadelah bergantung kat ayah sangat. lagipun ayah salu balik jb, tadelah susahkan dia sangat. cuma tang report nie risau sikitlah. agak kompius dekat format dengan penerangan. 

macam semua orang tahu lah, aq nie pure account. tapi actually kurang pendedahan sikit dekat bahagian kira-kira. kiteorang as a student praktikal just dapat handle key in transaction kat software then final step akak2 nie akan sudahkan. banyak filing secretary pulak tu. huhu so agak disapointed jugak sebab tiada pendedahan. lagipun even 1 company yang dah kami handle tu ade pasal kiraan gaji pekerja, budak praktikal tak pernah buat. arahan sekali pun tak pernah. huhuhu

ini baru cash memo tau. haiyaaa !

tapi bilaa fikir senior kata balik, lagi better macam tu sebab dia sendiri pesan just buat mane yang disuruh sahaja. company nie banyak jugak peel dia tapi tapelah. member2 lain pun same jugak komen macam2 . praktikal sekarang tak sama macam bidang yg diambil tp mungkin semua normal kot.

minggu lepas kemas barang2 yg nk dibawa ke rumah sewa. haiyaa, banyak jugak yang kena bawak. tilam, drawer, meja jepun lagii. baju jangan cakap lah. hehehe alah sem lepas pun masa check out hostel pun boleh penuh kereta ayah, nie kan pulak nk bawak barang balik rumah sewa. berganda ganda. hahaa ! nasib baik pika yang baik hati tumpangkan kereta parents dia if ayah aq tak dapat hantar.

ibu siap tanya lagi,
 'adik bantal lembut tu bagi ajelah kat ibu, sok kau nk balik belilah baruuu'
hahahaha. pakai ajelah mana yang ada tu haa. bobok tu pun salu jadi alas kepala jugak. urmm, 1 kotak fail belum geledah lagi. kitab2 lama bulum lagi susun. minggu nie ajelah aq free nk godek2 balik sebab next week lepas habis praktikal dah bergerak balik peydee.

tulahh, kalau dah balik peydee, nak lepak ngan 'redzarian' dah tade masa. kesiankan mas lah, salu ade time lepak jep. maula ngan joe pun same, bilaa dah terlolong kat fb tu baru lah terasa rindu nk reunion. yang shana nie umah masing2 langkau 1 lorong jep, tapi jumpa paling susah. hahaha yang budak2 ganu nie bila cuti sem ajelah bole nampak kat semban nie. tak lepak kat jusco, mamak pun jadi lah. kalau pijaa tu time tengah berkepuk boleh lahh, dah dia stay area kl, tu lah main point kiteorang nk bershopping. 

serius dah rindu betul dengan korang nie !

hang out with best buddies

 celebration for baby birth in August ! haha

open house eid :)

 kenduri kah kahweenn abg classmate :D

tapi paling best skali dapat dating ! mueahhahaha

sekarang report dah masuk bab 6, jadi tinggal nk setelkan percukaian nie, then terus buat kesimpulan. serius aku kurang gemar sesi menaip nie, melainkan layan blog. hehehe yelah, blog nie sebab minat. tipulah aq minat buat report. hahahaha selalunya eseimen individu pun aq byk copypaste kat google, then edit. slide show langsunglah tak pernah buat. harapkan ain dengan pikah lah . siap ade kelip2 kau. hahaha

 aku sungguh suka betul kalau keyboard cam gini. Eh ?
 
so sekarang tinggal 6 hari latihan industri. kesabaran kesabaran !
:D 
moga moga semua disiapkan dengan jayanya .
oyehhhhh

No comments: