Followers

14 November 2012

dukacita



Tak sedar, dalam diam hati ini meruntun. Pilu dan sedih. Tak tahu sebab kenapa. Mungkin terlampau rindu. Dan juga terlampau geram. Sebab rindu yang sangat menyakitkan. Menyeksakan. Tanpa kawalan minda, adakala emosi menjadi diri ini sebal. Duka sentiasa. Bukan aku salahkan dia. Tapi tak tahulah kenapa. 

Berprasangka itu memang jelas dan nyata. Bukan aku sengaja dingin tanpa bicara. Cuma aku rindukan dia yang dahulu. Aku terasa aku makin keseorangan. Murungnya diri, sebaknya hati. segalanya pernah kami kongsikan bersama. Yang dahulunya bersama-sama meyakinkan hubungan ini. Yang sentiasa kekal tanpa curiga di hati. Kini, aku terasa aku sahaja yang beriya-iya meyakinkan. Sentiasa memastikan tetapi tak berubah apa-apa. Dan aku terasa semakin hari semakin kerapnya pertelingkahan kami.

Entahlaa, aku terasa aku tiada belaiannya. Terasa aku jauh darinya.. dan aku amat amat dukacita segalanya. Aku tak minta lebih. Cuma aku mahukan perhatian kau sahaja. perlukah aku membicarakan setiap butirannya ? tak, aku mahu kematangan kau itu menangani keadaan aku. Itu sahaja. Tak minta lebih pun. Yaa, aku mahu kau tidak abaikan aku. Memang kau kekal dalam hati ini tetapi atas kawalan kau, aku mahu rindu itu tidak menimbulkan peraasan gusar aku .

Aku tahu, aku bukan mampu berada disisi kau. Inikan pula sentiasa mahu membahagiakan kau. Aku tak memiliki apa apa. Mencintai kau cukup jauh lebih baik dari apa yang aku ada sekarang. Tapi maafkan aku jikalau aku ini tak pernah sekalipun memuaskan kehendak kau. Lagi-lagi sukar menyakinkan kau dengan perasaan aku. Walaupun kau merasakan aku ini tak pernah sekalipun membahagiakan kau. Sungguh maafkan aku. Barangkali aku selalu membebankan kau dengan keadaan aku.. maafkan aku atas kekurangan itu. 
Jujur, maafkan aku. .


No comments: