aku tak tahu kenapa hati terasa tak tenteram. tak ada bahagia lagi. tak ada rasa mesra lagi. aku perasan, mungkin aku yang terlampau mengikut hati. ataupun sebenarnya menahan murung. terasa semua berbalik pada diri. sedih terlampau. sampaikan semua aku merasakan menyakitkan hati. betul. bahagia tu tercipta jika hati dah bahagia. bukan memiliki pasangan kau akan rasa bahagia. bukan. totally not. sebenarnya kau akan suffer kalau fikir macam tu. apetah lagi kau masih tak memahami pasangan kau sedangkan kau belum lagi faham diri sendiri.
kalau Allah tu kata mungkin sekarang masa untuk menghadapi dugaan. aku redha. ataupun Allah turunkan hukuman. Mungkin balasan aku yang terdahulu untuk dicashkan sekarang. tapi Allah, pedih sangat. terlampau. melepaskan seseorang yang aku sayang disebabkan aku tak mampu lagi nak kukuhkan. sampaikan aku dah rasa mana kekuatan aku dulu yang takde hal aku bole handle. tapi semua lebur. lebur sebab aku masih kurang yakin.
masing masing punya kelemahan. punya kelebihan. ataupun hanya salah seorang sahaja yang punya rasa kasih sayang. aku tak tahu. merajuk bukan persoalan. permulaan bagi mendiamkan. aku tak tahulah. kenapa aku mesti mengeluarkan semua kata kata sedangkan kau sendiri cuba nak bertahan. sebab tu lebih baik aku diam. supaya hati kau terjaga. dan melepaskan kau kalau itu yang sudahnya.
Ya Allah. betul aku nak dia yang last dalam hidup aku. manusia yang mampu menahan kerenah aku. walaupun dalam masa yang sama aku tak mampu menahan setiap perkataan dia. terlampau tajam bagi aku. tapi mengertilah. tolonglah. mana pentingnya aku dalam hidup kau. sebab aku dah tak daya nak berdiri dengan sia sia.
enjoy it.