Followers

16 November 2011

@_____@

belum tamat lagi rupanya final.
hahaha
kelakar sungguh jawab math tadi.
entah betul entah tidak
entah beruk entah katak !
hahahaha
niee, seremban !!
nantikan aq, rindu tilam empukku 
dan 
rindu ibuku !!
:))
jadi, kenapa masih di sini ?
marilah berangkat sebelum lewat.
hehehe
ada offer letter SPA lagii.
haishh, sudahlah.
malu nie nak pergi interview lagi.
hahahaha
tapi yang penting
BUSINESS MANAGEMENT 
wa aq gabra !
:DD

11 November 2011

cerita saya buat korang. :))



Bermulalah LEGASI aq pada detik ini. Aq telahpun dinobatkan sebagai NAIB PENGERUSI dan tanggungjawab itu telahpun terserah kepadaku. Agak terkejut sebenarnya kerna aku dinilai ketika MENGETUAI program bersama Megat Hafiz iaitu program majlis berbuka puasa. Aku ingat lagi sangat-sangat tema program kita. SESUCI KASIH ABADI, SEINDAH BULAN RAMADHAN YANG DINANTI. Program yang membuat aq lebih kenal erti KERJASAMA, berpasukan. SUBBAHANALLAH. Akhir sudah semua ini. Membuat aq terkenang semua ini. Terima kasih kepada semua kerana MEMPERCAYAI aku, memberi aq peluang MEMEGANG jawatan terhormat itu. INSYAALLAH, akan ku cuba sedaya aku.
          
         Bila terkenangkan semasa aq bergaul dengan PRSP ini, aq jujur mengatakan aq terlampau RENDAH DIRI SANGAT-SANGAT. Semua yang berada dimataku adalah ajk yang sempurna dari segi kerjanya. Aq kaku seketika, agak bersalah  jugak kerna tak dapat melaksanakan tanggung jawab yang sedia ada. Tapi TERIMA KASIH SEMUA kerna sudi tunjuk ajar kepadaku.
         
          Especially jejaka ini. Megat Hafiz. J banyak membantu dan banyak celotehnya. Beri tunjuk ajar tanpa jemunya. Aq sedar yang kau kadang-kadang bengang dengan sikap aq yang pelupa dan lewa. Tapi terima kasih banyak-banyak ATAS SEGALA-GALANYA. Kau sajalah yang lelaki budiman hantar aq balek sampai depan pintu rumah walaupun kita berjalan kaki sahaja. Sumpah aq terharu perbuatanmu. Moga kita jumpa setahun hadapan dan buat pogram sama-sama. INSYAALLAH.

          Pada cik bendahari kita, Masitah. J jawatan pertama yang aq sandang dan sesuatu yang tak aq jangkakan. Terima kasih banyak-banyak tunjuk ajar aq tentang kerja bendahari ini. Walaupun aq mungkin lalai dalam tanggungjawab, aq mintak maaf. Janji aq sem hadapan, aq akan ajar Dila sebaik mungkin. INSYAALLAH.

          Kepada the HEAD LEADER dalam aktiviti pogram, cik Nana. J sejujurlah aq katakan, sejak kaki aq melangkah ke PRSP, aq kagum dengan perlaksaan kerja kau. Cara kau kendalikan program, idea, dan sifat spontan kau memang terbaekkk !! selalu tegur atas silap aq. Terima kasih atas semua tunjuk ajar. INSYAALLAH semesta hadapan aq akan cuba kendalikan prorgam sepertimana kau lakukan pada camping dahulu.

          Kepada cik naib pengurusi, Ida J terima kasih segalanya. Alhamdulillah, mungkin kau nampak bakat aq bukan dari sifat aq. Sejujurlah ida, pada luarnya aq nie seorang yang pasif, degil dan riak muka aq yang menggambarkan pembengis. Tapi itu BUKAN aq sebenarnya. Dulu, aq mudah bergaul tapi sekarang aq mudah berubah sikap. Aq terharu bila kau mula mempercayai aq dan memilih aq. Aq mohon maaf jika segala perbuatan aq ini ada mengguriskan perasaan kau. Kadang-kadang aq tidak perasan dan mungkin aq keterlaluan. INSYAALLAH aq cuba lakukan yang terbaik pada sem hadapan bersama abang Taufiq Salim.

          Lastly, untuk abang KOYEK a.k.a Taufeq J tahniah dan syabas atas segala yang telah abg lakukan. Moga abang berjaya dalam hidup dan jangan lupakan kami disini. Yati mintak maaf jika ada salah kata, atau sikap melampau yati yang tak disengajakan. Terima kasih sebab memilih yati menjadi pembantu abang Taufiq untuk sem hadapan. INSYAALLAH, akan yati cuba TAMPAL segala kelemahan, BANTU segala pertolongan abg Taufiq Salim pada sem hadapan. Doakan kami disini dan moga abang CEMERLANG dalam semesta terakhir abang .

Kepada semua, TERIMA KASIH sudi luangkan masa, DAN disini cerita hidup saya. MUNGKIN saya akan update segalanya tentang dunia PRSP saya disini pada sem hadapan. ASSALAMUALAIKUM.
9.34 PM / 11 NOVEMBER 2011

06 November 2011

demi TUHANKU.


jujurlah hati ! SUBBAHANALLAH.
aq masih tak dapat mengawal kenafsuan.
kejahatan. 
taubatku bagai tergantung antara langit dan bumi.
ampunkan ku YA ALLAH.
sumpah hiba diri ini, musnahnya hati ini kerna kau menduakan kasih ini.
dulu, mudahnya aq diamkan.
megahkan diri tanpa sisimu.
tapi SEMUA adalah bukan sepenuhnya KESALAHANKU ! 
kau mulanya dan aq tahu KEPURA-PURAANNYA !
sebab aku tahu, kau puncanya.
merenung menilik hari yang tinggal hari.
silapkah aq berbuat itu ? tapi kau merelakan.
datang pergi
datang pergi
MACAM LAHANAT !
mudahnya kau katakan, ungkapkan.
esok lusa datang tagih janji. makin serabut minda !
sungguh memang susah untuk aq pergi.
hampir 4 TAHUN !
kita berhubung, dan mudah sungguh kau terus tinggalkan.
ok, aq terima ujian Allah dan aq layak ditimpa BALASAN-Nya.
sehinggakan DIRI BAGAI TIADA RUANG untuk ILAHI.
tak kisahlah aq macam mana sekarang, tapi aq TAK MUNAFIK !
kau, bagai SYAITAN bertopengkan MALAIKAT !
dengar, sumpah aq BENGANG
yang JAHAT tetap milik JAHAT. yang BAIK tetap milik BAIK ! dan sebaliknya.
YA ALLAH !
buka HATI perempuan itu !
aq tahu dia wanita BERILMU, BERAGAMA DISISMU.
lelaki itu manusia yang DURJANA yang aq kenal dulu.
jelas aq cemburu, tapi bagaimana aq nak sedarkan perempuan itu ?
TAPI YANG PENTING aq tak nak dia senasib denganku.
sebab aq mahu dia terima SELAYAKNYA untuk dirimu !
aq puas, rimas, LEMAS !
dengan semua HUKUMAN ini. tapi apa yang aq mampu ?
kau, mudah mencari lain.
kasihan wanita itu, langsung tak tahu apa SIKAPmu !
langsung tak tahu apa PERANGAIMU !
mudahnya kau menutup KEAIBAN.
dan mudah kau PERGI !
sebab kau takut aku bongkarkan segalanya ?
betulkan ?
JANGAN MAIN MAIN DENGAN AQ
aq boleh BERUBAH ikut suka aq.
supaya terbuka luas semua SEGALA DRAMA kau !
terima kasih ALLAH.
dia MANUSIA DURJANA
DURJANA
DURJANA
DURJANA
dan
LAKNAT DARIKU UNTUKNYA.
jangan dia singkap dalam hidup aq.
jangan dia datang dalam kamus hidup aq.
SESUNGGUHNYA
dia 
adalah MANUSIA TERKEJI
yang pernah aq jumpa.
assalamualaikum.

salam aidiladha


assalam semua !
haaa, yat pasti dapat teka korang buat apa hari niee.
mestilah tengah tggu daging qurban sampbil menikmati juadah. 
bestkan.
setahun sekali jew kita dapat rasa semua nie.
tapi yang paling menarik kalau lah dapat tulang lembut.
dapat jugak merasa sup !
hehehe
alhamdulillah.
ini tahun kedua family yat dapat join aktvti menyembelih tuu.
rezeki ibu, ade orang sanggup letakkan nama ibu dalam senarai menerima sbhagian daripada lembu tu..
yeehh !
nanti dapatlah makan rendang daging !
yelaa, famili yat jarang nak masak daging or kambing.
ade masalah kesihatan sikit.
yat pulak tak bole sangat, pening dibuatnya !
magrain tak menentu. :))
nie, orang sibuk dengan sanak saudara,
family yat nie lain sikit.
kurang bergerak, tunggu jew siapa nak datang. :))
lagipun final around at a corner !
seram satu badan.
hahahahaha
takpelah, dah ini yang kita dapat, kenalah terima.
btw
SELAMAT HARI RAYA 
jugaklah !
tapi 
AIDILADHA
:))
moga semua ini memberi pengajaran dan seribu erti buat kita semua.
assalam.

05 November 2011

serabut !


Kegembiraan ? 
sememangnya TIDAK sangat sangat ! 
hidup dalam menyelubungi diri, KASIH yang pergi serta hati bak tak bernyawa lagi. 
Bengkak ! menyampah ! 
sampai bila ?
bastard ! 
malam lalu kau menyoalkan ketidakpuasan hati, mengatakan itu ini.
 Keesokkannya kau menangih bak jiwa macam BINATANG sekali ! 
aq rela senyap, tengok reaksi susulan. 
Tapi ini kesudahan. 
JAHANAM dan pergilah kau dan hilanglah tanpa mengiringi aku.
          Hampir tiba, taubatnya ntah bila. 
Aku tetap dengan khalayan ! 
dengan kontang-kanting. 
Aq derita, hiba dan kesal. 
Tapi masih sama, masih sedia kala. 
Entahlah, bosan jugak dengan CERITA YANG TAK SUDAHNYA ! 
biarlah, aq yakin azam dibina buat aq lebih berguna !

~about the new story~
          Long journey !
 yeahh, 
aq telahpun dinobatkan ‘PEMAISURI’ walaupun diri ini kaku tanpa penuh didikan lagi. 
Kena jugak menerima walaupun mereka masih curiga ! 
HAHAHA, aq kena yakin !
 kena kuat membangkit untuk meneruskan LEGASI baru, EMPAYAR aq ! 
jangan risau, kerna aq tahu kau MAMPU menanganinya !!

~cinta kamu~

Sebenarnya aq mula menyukainya.
 Tapi bagaimana ?
 dia milik orang dan hanya menganggap aq hanya seperjuangannya.
 mulanya aq malu untuk mengatakan, rupanya tipu semata. 
Memang aq suka caranya, tapi AKU KENA SEDAR ! 
dia memilih dan telah dimiliki.
 Tak pernah lama berbicara dan aq tahu dia seperti tak selesa dengan kehadiranku jugak. 
Aq terkejut jugak, diluar kau melambai, menegur. 
Di atas, kau senyap, berdiam diri.
 Ummmmm, 
kau pernah kata yang semua perbuatanmu hanya SAHABAT walaupun ke gerai makan jalan beriringan. 
Kerna kau luas pemikiran dan kurang mengendahkan. 
Tak kisah semuanya. 
Asalkan aq lihat kelibatmu hingga akhir semestanya. 

26 October 2011

bercinta ??


aq memandang dari sudut bercinta.
ummm...
da lame sangat aq tak masuk hal-hal nie.
sebab takda yang meminati
dan hati nie kurang diminati.
orang kate memang seronok bercinta nie.
semuanya layan, 
hingga kerhanyutan !
tapi bergantung jugakk pada pasangann.
aq ??
nakk jugak bercinta lagii, 
tapi
merasakan semua itu 1 keperitan.
dahsyat.
terumbang ambing hidup aq
selepas itu, 
hampir setahun aq bangkit diri.
gagahi hati.
hati siapa taknak berkasih ?? 
siapa pulak taknak disayangi ?
pernah jugak aq mencari punca semua ini,
kenapa putus, 
ada kesilapan.
kerna aq dengan dia
masih tak serasi.
aq terima.
jujur 
hati terluka.
tapi sekarang. 
aq cuba bukak hati
tapii
aq bukan rela hati.
cuma cari hati yang ikhlas utk hati yg suci ini.
:))
tengs cinta.


17 October 2011

rewind tragedi SEMESTER 2 ~

Sekarang ?? hanya tak sampai sebulan aq berada di rumah ini, dan semesta depan aq menginap di kamsis sudah. Nasib badan ! menetap di laur mengajar aq erti KEKOPAKKAN yang sungguh DAHSYAT giler nie ! mane taknye, aq nie bukan serba mewah, makan pon selalunya utk mengalas perut. Huhuu, nasib badan. Tapi semua uhh ajar diri aq erti sebuah pengorbanan ! kata putus aq, mulakan yang baru di semester hadapan dengan berkepuk duitnya tanpa berbelanja.. C= oklah, mehh kite rewind balek cerita-cerita sampingan aq bedasarkan gambar yang sempat diambil.

 
Bila duit dah kering, makin tergadak lah aq ! serius niee, ape sudah jadi heyyat ?? aiyoo, ni dah namanya betul2 dah kopak sangat. Haa, baru kau tawu dekat luar uhh belanja die BESAR ! memanglah duit habisnya belanja ! soo, ini lah penyudahnya.. haha, maggie dengan milo. :] kenyang lah jugak.


Berakhirlah MSP hoki untuk semester ini. poliPD adalah tempat ker-5 tak silap aq. Hahaha, kelakar dan bosan lah jadi ballpeeker nie ! nie, kena marah sebab lambat baling lah, salah tempat lah ! hep hep, noty marahh nie. Ade mamat mintak number lah, nak menggatal lah ea. Tapi aq tak kasi der, parah nantii ! dahla ORANG UTARA. Tak minat nieee !! Apebendalah. Tapi yang meninggalkan kesan, kaki aq habis GELAP !! berbelang pulak uhh. Buruknyee... =C


Berbuka di bulan syaaban. Terbaiklah ! hahaha, nie namenyer betul2 puase. Dengan makan yang tak kenyang2. Best time nie, with my housemates. huhuhu.. tapi cuba anda bilang ade brape cawan dlm gambar uhh, betul2 tong air niee. :D


Wah, nie time ambil gambar kelass. Mule2 duduk tepi nie, lastly jadi MADAM kot ! haahaha, excited SHEYUM ! sempat lagii peace nie.


Kelas OSHA yang sememangnya MENGANTUKKAN !! haish, ape lagii kerja kami, senantiasa melakukan KESIMPANGAN ! hahahaha, nie snap picture curi2, dengan meniru dlm quiz. Terbaiklah dalam peniruan ! nie, kalau lah xda benda yg nk mengunyah, dalame rebah. Hahaha. BOSAN ! bosan !


Rumah terbuka/majlis pertunangan di rumah syafiqa. Hahaha, SERONOK nya makan satay sampai KENYANG !!! hahaha, memang saving sekali lah. Masa otw makan, chak iaitu sahabat kamii pon tiba. So, join lah makan sekalii ! memang sweet memories :]


Sejak semua itu berlaku, ini lah diri aq SEKARANG. Berubah dan terus berubah. Umm, hayati dah hilang, hanya HEYYAT penggantinya. Selamat heyyat, semoga kau layak apa yang berlakunya. J


Makan di JONNY’s. Wah ! best dan seronok. Murah dan JIMAT ! Hehehe. Hang out wif my buddies, mieza and ippei budak madagascar ! hahaha, rinduu korang sangat2 nie !!


Penjualan APAM DOT-DOT yang teamat menguntungkan ! hehehe, digelar apamHEYYAT ! semangat budak kelas aq nie, suke membeli makin feymes aq jadinya ! tengs kepada OWNERS@citrawarna dan kepada semua CUSTOMER ! J


Berjalan-jalan di sekitar KL. Katepon musim raya, pergi merondalah kami bertiga ! heehehehe, kalau dah sampai KL, takk sah la akak aq nie tak singgah central market. Rendam kaki dalam ikan yang sungguh MENGGELIKAN aq ! tapii interesting. Nakk lagii !


Berkenalan dengan AIMAN, memang buat hatii aq tergelak sendiri. Pendiam dan dalam diamnya POK PEK jugakk. Hahaha, hang out dengan classmates mengelilingi KL hingga ker times square. BEST SESANGAT, habis penatlah 1 badan wey.. hahaha. Yang menariknya sehari uhh heyyat JADI HOTTEST ! mulaa lah perasan niee. :]


Berkenalan dgn dia ketika awal remajaku. melambangkan dunia ibarat pelangi. Tapi berakhir seketika kerana masing2 ada langkah sendiri. Huhuhu, 4 tahun menjarakkan kami, diamku, lelahku semuanya tak tahu. Dia, aq kenal tapi budinya cuma diantara sahaja ku tahu. Terima kasih sahabat lama, kau kenal lagii aq, terima aq di muka buku. :]


Pogram pertamaku ! bersama si kecil molek ini, hahaha. KESABARAN, KESUNGGUHAN ! semualah aq belajar disini. Di PRS jugalah mulahnya langkah aq yang membangkit diri, melawan sifat yang tak terpuji. Huhuhu, amat mencabar SANGAT-SANGAT ! lagipun, TERIMA KASIH megat, kau banyak mengajar, dan aq banyak jugak mempelajarinya. Hehehe, berjaya jugak pogram aq walaupun ada lebihkurangnya.. caiyok2 !! :]


Hehey, lastly.. terima kasih SEMUAnya !! sahabat, teman dan terapat. Semesta ini hampir menutup tirainya dan aq punyai impian baru utk kelaknya. Hehehe, mekasih kerna meluangkan masa di coretan MILIKI CERITA SAYA ! :] J