Followers

23 June 2015

Produk Untuk Kulit Sensatif

Assalamualaikum. salam ramadhan guys! dah 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. so kali nie yati nak try buat entry berperingkat dengan harapan yati nak beri informasi dekat korang yg penting dan sesuai untuk di share. okey, entry untuk kali nie yati nak story pasal product sensative care. sebelum nie sejak dari sekolah lagi yati mengalami alahan resdung. menggerutu tu pernah kena. sampaikan low confident nak berhadapan dengan semua orang. then after that yati cuba cuba produk tradisional yang membantu jugaklah proses kurangkan jerawat kat muka. syukur.

tapi sekarang, susah nak jumpa produk produk tradisional dekat kedai2. kalau ade pun kedai jamu. tapi merisaukan jugak sebeb tak tahu ada kkm atau tidak. sekarang pun banyak produk terbabas laris, yang menyebabkan jugak faktor faktor merosakkan kulit dengan cepat! *pandangan yati lah* hahaha
jadi kali nie yati nak share 3 produk sensatif skin yang memang tak diragui pemakaian dia. oyeh!

1. CLINELLE

hampir 5 bulan jugaklah penggunaan produk clinelle, memula memang tak confident nak pakai sebab masa pergi watson dulu, promoter tu kata cuba ini produk sesuai dengan muka you banyak blackhead. itu memang dah biasa lah sebab kadang clenser nie dia membersihkan muka bagi tidak mengeringkan kulit tapi tak semua membersihkan. sekali dah pakai haaa terus jatuh hati! hahaha sebab kita dah biasa dengan kulit berminyak, dan terasa give up nak try produk lain. so lepas belek2 memang sesuai. jadi yati suggest produk ini untuk kulit sensatif sebab memang buat kulit muka tak mengelupas dan kurangkan jerawat dan blackhead.

  cleanser
toner

so jangan lupa cari produk nie untuk kulit yang menyihatkan!

2. SEBAMED

sebelum nie yati pernah alergi ayam dan menyebabkan kulit nie mengelupas dan kemerah merahan. tak berjerawat tapi bila mengelupas, merekah rekah dan sungguh tak tahan! dah macam kulit rosak pun ade. so masa tu yati amek ubat hospital bagi mengurangkan pedih. tapi lama lama guna ubat hospital buat kulit kita gelap dan kusam. so second choice jom cuba sebamed nie! Produk nie kira memang zero perfume, tak menggunakan oily, dan neautral. kalau memang beginning muka dah problem dengan sensatif, memang disyorkan pakai produk nie.

Gel muka.


Pencuci muka berbuih


Toner

3. SIMPLE

Produk yang last sekali nie yati suggest untuk pengguna yg bukan heavy sensatif skin. dia ade penambahan perfume dalam produk tapi masih lagi sesuai untuk kulit. yati pernah menggunakan sekali tetapi tak bertahan lama sebab masa tu yati still lagi alergi tapi losyen simple nie memang sesuai untuk semua kulit. sapu kat tangan boleh, kat badan pun bole tau. before this, yati tak bole pakai mana mana lotion yang ade perfume. jadi untuk lotion neutral, memang bole digunakan bagi menghilangkan radang kulit kat tangan!


lotion simple

Semua produk yang yati tunjukkan ini sesuai untuk kulit sensatif. tetapi harga bagi setiap produk tu memang agak mahal dari produk produk lain yang pernah kita beli. contohnya kite beli clenser nivea dalam RM12 macam tu, tapi harga untuk cleanser clinelle RM27 lebih tak silap yati. takpe mahal sedikit pun janji kulit sihat!

okey okey nie last ya. for those yang tidak boleh memakai perfume bagi mengelakkan kulit tubuh meradang, jom try produk nie. yeyeye!


victoria secret nie best dia banyak body spray seakan akan perfume. so far yati pakai memang sesuai sangat. sejak kawan yati buat penukaran perfume, yati dah jatuh cinta dengan perfume nie. yey! sanggup beli yang original sebab satu satunya body spray yang seolah olah perfume. victoria ade jugak collection perfume sebenar so check this out lah nanti ye.

so keep healthty, keep refreshing and thanks spend untuk entry kali ini. kipidap guy!
Muah

17 June 2015

Salam Ramadhan

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.


Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan.

11 June 2015

Tunang Kawin



Alhamdulillah. sorang sorang dah bau nasi minyak. dengan lauk sedap. yey ! tahniah fara ngan anep. couple paling super duper pernah aku jumpa. susah senang korang, memang kieorang rasa. deep gilaa. so kalau jodoh dgn classmates, jangan tak sangka yaa.


so untuk shana, best of luck to you. bunga dah dipetik orang. Alhamdulillah moga kekal ke gerbang perkahwinan. kenal since form 1 lagi. masuk poli sesama, praktikal sesama. wahhhh excited. 


so yang tunggu calon nie wat lek dulu. selesaikan adik adik dulu. eh bukan aku ke yang bongsu. hahaha. so puasa dah dekat. fokus dengan bisnes Insha Allah ! dengan projek kuih raya, sewing lagi. general issue kat ofis nie. terasa nk belah belah badan nie buat semua kerja. huhu


so anything nak order whatsapp ya !

26 May 2015

When I Was Your Girl

aku tak tahu kenapa hati terasa tak tenteram. tak ada bahagia lagi. tak ada rasa mesra lagi. aku perasan, mungkin aku yang terlampau mengikut hati. ataupun sebenarnya menahan murung. terasa semua berbalik pada diri. sedih terlampau. sampaikan semua aku merasakan menyakitkan hati. betul. bahagia tu tercipta jika hati dah bahagia. bukan memiliki pasangan kau akan rasa bahagia. bukan. totally not. sebenarnya kau akan suffer kalau fikir macam tu. apetah lagi kau masih tak memahami pasangan kau sedangkan kau belum lagi faham diri sendiri.

kalau Allah tu kata mungkin sekarang masa untuk menghadapi dugaan. aku redha. ataupun Allah turunkan hukuman. Mungkin balasan aku yang terdahulu untuk dicashkan sekarang. tapi Allah, pedih sangat. terlampau. melepaskan seseorang yang aku sayang disebabkan aku tak mampu lagi nak kukuhkan. sampaikan aku dah rasa mana kekuatan aku dulu yang takde hal aku bole handle. tapi semua lebur. lebur sebab aku masih kurang yakin.

masing masing punya kelemahan. punya kelebihan. ataupun hanya salah seorang sahaja yang punya rasa kasih sayang. aku tak tahu. merajuk bukan persoalan. permulaan bagi mendiamkan. aku tak tahulah. kenapa aku mesti mengeluarkan semua kata kata sedangkan kau sendiri cuba nak bertahan. sebab tu lebih baik aku diam. supaya hati kau terjaga. dan melepaskan kau kalau itu yang sudahnya. 

Ya Allah. betul aku nak dia yang last dalam hidup aku. manusia yang mampu menahan kerenah aku. walaupun dalam masa yang sama aku tak mampu menahan setiap perkataan dia. terlampau tajam bagi aku. tapi mengertilah. tolonglah. mana pentingnya aku dalam hidup kau. sebab aku dah tak daya nak berdiri dengan sia sia.

enjoy it.



14 May 2015

Brownies


seminggu yang perit. mungkin sifat perempuan yang nakkan perhatian. nakkan kasih sayang (yeke?) hahaha. Ya Allah aku tau aku menduga emosi dia. marah dia. sampaikan naik darah dia. menangis aku far. memang silap aku. keluarkan ayat yang aku rasa sebenarnye aku tak mampu nak hilang kau.
hari hari pujuk. walaupun aku tak reply. kalau reply pun dengan icon thumbs up je. huhuhu

aku rase dah lama kot janji brownies tu. entah dia timbulkan balik. siap pujuk2 ajak lepak dengan heh sekali. motif ?? hmm yeke kalau merajuk je cepat2 vromm seremban. kesian jugak hmm

aku tau far kau sungguh, sanggup turun datang ambil aku. pusing balik hantarkan aku. tahan je kena marah dengan aku. try slow down kan aku. nak pujuk tapi sebenarnye x reti haha. semua aku nampak. takde yang aku tak nampak. sebab aku sayang. sebab tu aku buat macam tu.

mekaseh untuk perhatian tu.
rasa sayang tu.
sebab selalu ade disisi aku.

27 March 2015

The One

Alhamdulillah. rasa bosan tu tiada dalam 2 tahun nie. hari hari bertekak tu biasa. sampai masing masing pening kepala. dengan layankan aku jangan lah kata. hahaha sungguh aku sebak far. kau memang banyak merubah aku. even lah persahabatan dulu kat poli buat kita biasa biasa. sedangkan kalau kau berhadapan ngan aku tunduk. ini sekarang kau tak berubah. adab kau tetap sama. tak berubah apa.

even lah masa tu kau like semua pictures aku dari time bergambar dgn lelaki or others kau tetap like. kelakar jugak. habis poli baru rapat. chatting semua bagai. and after that we gather for the first time kat mid valley. hahaha dah tak bole cover dgn bebudak nie. and pernah sekali kau sanggup dari melaka turun ts sbb nak pujuk aku. (betul ke?) hahaha tadelah dah susah jugak nak jumpe. kau sibuk ngan robot, kesian aku takde kawan. huaaaaa and i really hargai far. kau buat aku nak nangis. time tu memang janji ngan shida, syafiq ngan dekwan je. terpancul kau depan aku. kau tau tak jantung den macam nak berhenti far. tahan nangis je tau ? T_T

"Suhanallah.. Hebat kan ciptaan tuhan?" ayat yang terpacul dalam mulut heh about aku dengan far. yes he is the one yang dapat sejukkan aku. kemarahan aku. sumpah far tak pernah janji manis, ayat manis. punya dia sabar tahan pening kepala dengan sikap aku. walaupun adakala dia marah, tapi dia dh tamau bangkit hal tu. still try buat aku gelak even dia bukan jenis berseloroh. huhu

aku harap. aku nak apa yg kita rancang kita kekalkan even hampir 4 tahun persahabatan kita nie walaupun istimewanya aku biarlah seperti sekarang. sayang tu bole pupuk tapi capai future dulu. see u in ipt pulak ya. hahaha dulu poli kann.

 terima kasih far.
thanks a lot .

11 March 2015

Sedar

dalam suram, ada terang. dalam sakit ada pulihnya. betul sabar bila dah bergaul dengan orang. kerja bertukar tukar. sakit kena hadap bos yang tak berperikemanusiaan. semua dah rasa. sampaikan aku terasa menyesal gila. tapi fikir baik jelah kan. Allah dah tentukan. redah sampai habis. duit boleh cari, tapi pengalaman hidup tu jarang dapat dan bernilai. slowly hayati. semua ditentukan.

harapkan dua roda, round seluruh seremban. cari yang baik. merayau tak kira masa. lantaklah, kau yg suruh aku angkot duit beribu. aku pun rela pulak kan. hmmm susah sebenarnya terima kenyataan. tapi dah tak fikir panjang. ending dia begini lah.

berusaha cari yang baik kan. hari ini post 7 salinan. redha dengan rezeki Allah.
amin.