Followers

24 February 2012

jadilah wanita dambaan lelaki wahai kaum hawa ♥



Untuk menjadi wanita terpuji dan sentiasa menjadi idaman lelaki, Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamzah menggariskan beberapa ciri yang menjadi buruan lelaki dalam mencari pasangan dan jodoh untuk mendirikan rumah tanga.
Kecantikan dalaman
Kecantikan dalaman akan menyerlahkan keindahan hati dan perilaku seseorang wanita. Walaupun berpewatakan lemah lembut, mereka masih mempunyai nilai dan prinsip untuk mencari nama dan wang, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya.
Selain itu, nur akan terpancar di wajah wanita yang mempunyai minda dan hati yang suka bersangka baik.
Keanak-anakan
Sifat semulajadi lelaki yang suka membela, menjaga, melindungi dan suka membimbing membuatkan mereka suka kepada wanita yang keanak-anakan dan manja. Namun, harus diingat, sifat keanakan yang terlampau juga boleh memperlihatkan wanita itu kurang matang dan membuatkan lelaki menyampah. Antaranya, bercakaplah dengan nada yang lemah lembut dan perilaku yang sopan santun.
Kecantikan
Wanita sememangnya diciptakan cantik dan indah. Malah, mereka akan bertambah cantik jika bujak menguruskan penampilan diri. Terdapat tiga pandangan tentang kecantikan wanita iaitu ‘nafsu mengatakan wanita itu cantik pada rupanya, akal mengatakan wanita itu cantik pada ilmu dan kepandaiannya dan hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya’.
Berakhlak mulia
Akhlak yang baik meletakkan wanita itu sebagai seorang yang solehah. Dan wanita solehah memainkan empat peranan penting iaitu sebagai seorang ibu, sebagai isteri tempat pengubat duka, seorang kekasih yang dirindui saban ketika dan sebagai mujahidah yang sentiasa teguh di belakang mujahidin.
Bepegang kepada agama
Berpegang kepada agama akan mengangkat martabat diri seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama menjadi kekuatan wanita melindungi maruah diri demi suami tercinta.
Keturunan baik-baik
Wanita dari keturunan baik-baik menjadi pilihan lelaki. Faktor keturunan sedikit sebanyak mempengaruhi generasi akan datang. Pun begitu, Allah juga mengangkat martabat wanita dari keturunan anak zina yang berperibadi mulia dan mereka tetap wanita idaman lelaki.
Bijaksana
Wanita yang bijak tetapi tidak menunjukkan memang menjadi idaman lelaki. Jika wanita suka menunjuk-nunjuk, ia boleh mencabar ego lelaki dan menyebabkan lelaki menyampah serta tidak berani mendekatinya.
Keseksian
Lelaki suka melihat wanita yang seksi tetapi awas lelaki juga tidak suka wanita idamannya menjadi bahan pameran kepada semua lelaki. Justeru, simpanlah keindahan dan keseksian tersebut hanya untuk suami tercinta.
Tidak cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Mulut wanita yang suka mengkritik, memperbesarkan perkara yang kecil, berceloteh benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki.
Wahai wanita, anda dinasihatkan berkatalah dengan perkataan yang indah, menghiburkan dan bermanfaat sahaja.
Memahami lelaki
Jadilah wanita yang peka dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami lelaki. Ini kerana lelaki mengimpikan pasangan yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan membaca riak wajah tanpa perlu berbicara. Lantas, bertindak menghiburkan dan memberikan semangat dan kekuatan.
Tidak terlampau cemburu
Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta. Jangan suka membuat tuduhan yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih elok bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat tuduhan melulu.
Sejuk mata memandang
Wanita yang sentiasa bersopan santun, manis wajah, sentiasa senyum, menutup aurat, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki.
Pandai menaikkan semangat dan motivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi. Wanita ini bukan sahaja menjadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsang anak-anak menjadi cemerlang.
Canggih
Bagi lelaki, wanita yang canggih sentiasa tampil ideal, anggun dan menawan. Wanita yang canggih tahu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri wanita islam.
Pemaaf
Wanita yang pemaaf mempunyai keunggulan yang tersendiri di hati lelaki. Meminta maaf terlebih dahulu walaupun diri tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang cukup tinggi dan mudah disayangi.
Sembang
Wanita yang pandai mengurus hidupnya dengan seimbang dari segi pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, pengurusan masa dan sebagainya juga menjadi idaman lelaki. Sifat ini penting dalam menguruskan keluarga kelak.

No comments: