kadang-kadang kita tak boleh tipu diri sendiri yang dunia nie tak selamanya sebelahkan kita dan tak semuanya baik-baik belaka. jujur aku sedih, hiba, kecewa dan adakala
aku nak hentikan semua.
memang erti kata lain aku seorang yang baran, aku pendengar yang tegar, aku mudah memberi nasihat dan aku mudah memahami orang, tapi tak sedarkah anda semua yang aku nie sebenarnya penat ! penat dengan gelagat korang. penat dengar kisah korang dan penat dengan menahan sakit hati.
aku sabar, aku pendiam, dan aku pemendam
dan aku malas nak menyoal
tapi aku sedih
kadang-kadang kesusahan aku tu bukan semua dikongsi
diambil berat
seperti mana aku menjaga mereka
aku bukan nak balasan !
cuma mahukan perhatian.
aku tak minta lebih. aku cuma mahu seseorang menjadi pendengar. bukan seseorang yang pendengar yang suka membandingkan. aku tak suka. aku tahu kau hebat, bagus. tapi dalam keadaan aku yang bermasalah nie, nak dengar cerita kau yang membandingkan masalah aku dengan cerita kau. maaf, back off .
buat masalah tak selesai, dan hati semakin sakit.
buang masa.
setiap ketika, aku terasa yang hibanya hadapi situasi begini
kurung diri, kesat air mata seorang diri.
tak ada tempat nak luahkan emosi ini
tapi aku sabar
aku diam.
buat macam tade apa-apa yang berlaku
jujur
aku betul betul terkilan.
masa suka, semua dikelilingi
masa kau sakit
kau jatuh
kau sedih
ada yang datang nak bantu ?
ada datang nak tanya masalah ?
ada semua ?
bangsat
aku puas dengar cerita orang
puas dengar luahan hati orang
kebalkan telinga dengar cerita indah orang
tapi aku nie sikit tak dikisahkan
aku tak tahu lah kenapa
tak seorang pun faham
tak sorang pun perasan
dan aku makin memendam.
tak semestinya berpasangan tu indah. sayang sentiasa. entahla, tapi aku dah terasa biasa sahaja. aku sayang, jujur aku sayang. tapi aku dah semakin lemah. makin terasa yang aku nie macam tiada gunanya. dah terasa yang amat-amat terasingnya. aku faham adat bercinta, tapi terasa aku tiada tempat luahannya. terasa diabaikan. hanya mampu tahan air mata walaupun hari hari menitik tanpa bunyi esakkannya. takkan sesiapa tahu. melainkan kau yang sedar yang aku betul betul terasa tentang hal kau.
aku bersabar, cuba lagi bersabar .mungkin dugaan. lagi lagi dia berjauhan. relakan segala perbuatan. dekatkan diri dengan kawan-kawan. tapi tak semua mampu kita tahan kan ? aku pasrah. terima dia walaupun sebenarnya hati aku banyak terluka. teramat terluka. even aku terlampau sayangkan dia.
aku kasar, aku baran. itu semua tahu. dari muka lagi semua aim aku nie serius. tapi please lah. aku bukan macam tu. entahlah, dunia ini makin kejam sehinggakan aku terasa aku tak lakukan apa-apa tapi hukuman datang serta merta.
kuatkan iman
kuatkan hati
terus tersenyum
moga ada hari
yang
sentiasa aku nanti
Insha Allah.
No comments:
Post a Comment