adakala, tak kuasa nak memikirkan setelah apa yang terjadi. tak tertanggung hati ini nak dipujuk lagi.
tapi mungkin semua ini seketika sahaja.
tak ada niat nak akhiri semua. just berharap tidak akan lost contact dengan mudahnya.
terasa jugak macam tak guna. geramnyaa. sakit hatinya.
melihat dia dengan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
mungkin dia dah bahagia kembali dgn dunia dahulu.
dunia tanpa aku.
aku cuba cari ruang kembali. mencuba merapatkan diri. bukan sebab aku mahukan status itu kembali, aku mahu berkawan.
bukan sebab aku nak tampal kesalahan setelah aku lakukan.
cuma aku tak mahu dia hilang.
sebab aku masih sayang.
ermmm, yup, mungkin orang sangka aku ini tak sedar dek untung. tapi aku tahu, mungkin ini ada hikmahnya.
mungkin ini yang terbaik buat dia.
dan mungkin ini pengajaran buat aku juga.
aku try mesej, try nak sumthing yang bole buat kiteorang rasa ada perbualan. tapi aku tak rasa itu semua ada hasilnyaa.
tak juga dibalasnya. dan aku tahu mungkin mesej aku ini mengundang amarahnya.
tapi takpelah, as long dia ingat aku. dia tak padam aku dalam memori dia.
mungkin itu kira cukup agaknya
:')
aku try busy kan diri. sampaikan berlambak kerja aku kena siapkan. dengan test yang tertunggak bagai. quiz yang mcm soalan final nk dijawabnyaaa.
tapi aku still lagi khayal. otak merewanggg. hurmmm
entahlaa, sedih jugak, tapi apa boleh buat.
aku kena teruskan.
bukan berlagak seperti tiada apa yang terjadi, cuma aku nak bangkit kembali.
tak tahulah. tapi Alhamdulillah.
sekarang aku dah bole kawal segalanya. dan aku terasa aku tak lagi dengan murungnya.
mungkin ada ketika aku terasa aku rindukan dia. rindu yg tentang seperti dulunyaaa.
tapi aku tahu, mungkin semua ini takkan seperti dulu.
aku menyesal ?
umm, bukan menyesal, cuma aku kesal dgn setiap tindakan.
betul,
sayang itu tak semestinya memiliki.
cinta itu hanya sekali.
tapi jodoh itulah sebenarnya yang betul betul abadi
wallahualam
No comments:
Post a Comment