Followers

13 March 2013

tiada lagi.

sekejap sahaja. berakhir semua. dan terhentinya semua.
ya, aku yang pinta. aku yang memulakannya. dan sebenarnya aku merasai sesalannya.
mungkin ini sudahnya. 
ada hikmahnya.

aku cuba bertahan. bertahan supaya tak merasai apa-apa. tak merasai yang hati ini sakit seksanya.
mungkin ini lumrah adat bercinta.
tapi mungkin kesabaran ini ada hadnya. 
dan jiwa ini mungkin tak boleh menerimanya.
biarlah aku lepaskan semua.
supaya hati ini tidak ada sesaknya.

aku cuba yang terbaik untuk kita. aku diamkan. dan adakala meninggi amarahku. sehingga kau sentiasa menjadi sasaran aku. cuma yang aku kesalkan, aku terasa aku hidup keseorang. bukan berpasangan. dan terasa kehilangan dgn seseorang yang dahulu  pernah panggil aku sayang.

aku kecewa bila dia relakan, sedangkan kau tak tahu yang aku mahu kau pujuk. mahu kau cuba kekalkan. tapi dengan mudah kau relakan.
mudahnya.
setiap hari aku tak dapat tahan dengan air mata.
dan aku buntu.
seperti mana kau buntu tentang hal kita.
:'(


No comments: