Followers

23 May 2013

tawakal


Kadang kadang kita tak sedar. Setiap apa yang berlaku mungkin ada sebabnya. Mungkin tiap-tiap perbuatan itu pembalasan untuk kita. Ataupun dugaan yang terpaksa juga kita hadapi. Adakala kita terfikir juga, dimana mulanya. Dimana mulanya dan dimana silapnya. Tapi hanya yang Esa sahaja yang tahu apa sebabnya. 

Aku perhati, aku mendiamkan dan aku tak menyoal. Biarkan semuanya berlaku. Terlepas begitu. Aku tak punya kuasa. Tak punya tenaga dan aku bukan pemulih segala. Hanya yang aku mampu bertahan. Bertahan setelah apa yang berlaku. Mungkin betul, kalau tidak sekarang kita lalui, tak mungkin kita berjaya untuk hadapi. Aku tawakal. 

Mungkin perasaan ini tak siapa tahu. Tak siapa rasa. mungkin takkan ada yang ambil tahu. apa perlu aku meraung. Merintih sedangkan semuanya sudahpun berlaku. Satu demi satu datang. Aku sabar. Masih ukir senyuman dan berharap Yang Esa membantu aku supaya sentiasa tawakal. Sedangkan aku terasa aku dah terasa aku dah tak punya apa. 

Ayah pergi dengan tiba-tiba. Sedangkan sebelum perkara ini terjadi, ayah sihat seperti biasa. Tanya tentang keadaan aku di poli bagaimana. Cukupkah wang saku yang aku ada. Sudah makankah. Semua dia tanya. Dan aku tahu arwah setiap hari cuba merapatkan dirinya denganku walaupun dia jauh dari mata aku. Mungkin Allah tu nak beri aku kesempatan merasai kasih sayang dari seorang ayah yang aku rindu dan telahpun aku rasai walaupun singkat masanya. 

Petang jumaat yang suram. Hanya mendung kelihatan. Aku menemani maklang usai solat zuhur. Aku lihat enor kembali menggantikan tempat aku disitu dan aku menjenguk ayah. Tekanan darah ayah menurun sehingga 70 – 50. Selepas itu pakngah memanggil utk membacakan yasin. Setelah selesai, aku masih berdiri disi ayah. Aku menggenggam tangan ayah. Sejuk. Aku genggam sehingga aku terasa aku mahu ayah kembali menggenggam tangan aku seperti dulu. Yaa mungkin semua tahu aku mungkin tidak rapat dengan ayah. Tapi aku adalah kesayangan dia suatu ketika dulu. 

Aku sayu. Aku perlukan dia. Walaupun mungkin umurku sudah cukup mantang untuk berdikari tapi aku masih rindu kasih sayang ayah. Aku genggam jari ayah. Aku usap kaki ayah. Tetap sejuk dan aku keluar seketika. Tak sampai setengah jam, sepupuku memanggil kami yang ayah sudah pergi selamanya. Tanpa sedar, dengan tenang ayah pergi meninggalkan semuanya. Mengadap yang maha Esa pada petang jumaat yang mulia. Innaillah. 

Seminggu aku berperang dengan test dan quiz yang berlambak dan tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berdepan dengan final. Aku cuba sebaik mungkin. Aku cuba menghilangkan segala yang berserabut di minda. Dan aku tak mampu nak fokus seketika. Orang yang dahulu aku sanjung. Yang aku terlampau cinta. Berusaha mendiamkan diri dan meninggalkan aq sekelip mata tanpa kata apa-apa. Mungkin Allah menunjukkan jodoh kami tak panjang. Mungkin. 

Tipulah tak terasa sedih. Tak terasa sakit. Tapi apa gunanya aku jika dia sendiri pun mendiamkan. Aku redha Ya Allah. Aku sabar. Aku sedaya upaya kebalkan hati ini walaupun aku terasa aku dah tiada siapa lagi. Dulu dia yang bagi kekuatan. Yang selalu menceriakan. Tapi semua sementara. Dan aku terima dengan hati yang terbuka. Dan aku sentiasa mendoakan dia bahagia dengan insan yang baru. Amin. 

Keputusan tak rasmi telahpun keluar. Walaupun masih tak disahihkan, aku telahpun dikuatiri mengulang modul dan betul betul amat menggusarkan aku. Sesungguhnya aku terkejut. Dan aku betul betul hilang arah. Ya Allah, satu demi satu aku terima. Adakah dugaan ini akan berlanjutan Ya Allah. Sesungguhnya aku tak kuat hadapinya. Aku tak mampu tempuhinya. Tapi semua dah terjadi. Dan aku perlu tunggu keputusan sebenar minggu depan untuk selanjutnya. 

Mungkin ada hikmahnya. Ada sebabnya semua ini terjadi. Sabar tu penting. Mungkin Allah menjadikan tiap tiap sesuatu yang berlaku itu atas kehendak-Nya. Dan aku mohon kekuatan untuk menempuhinya. Segalanya di tangan-Mu. 
Wallahualam.


2 comments:

shahana said...

sabar yat :') sabar percaya Allah akan tolong kau dengan doa yg kau mohon tu insya Allah yat, ape pun yang jadi Allah dah sediakan yg terbaik untuk kau yg tak pernah kau tahu, jgn menangis, kau kene kuat taw!kau ade ktorang semua mia,mas,hpis semua,ada pape bagithu,insyaAllah. lagi 1,xpe psl rsult tu, tak rasmi lagi ye.pape pun jadi teruskan berdoa & trus usaha kau ok,mcm mane kite jatuh pun bkn brmkna kite dah klah ok!keep moving dear friend! :* :') ok! kau boleh yat!

heyyat ashiya said...

Mekaseh shana. Mekaseh byk2. Aq harap2 sume nie dgaan n ade hkmah. Yg result tu aq da tawakal. Shbis baik aq buat. kau doakn aq ea. :') yee aq try jd kuat. Insha Allah. :)