Followers

23 May 2013

Peluang Kedua

Mungkin tak semua merasai keindahan setelah ‘terhantuk’ dari kesilapan pertama. Tak semua orang sedar bahawa peluang yang telahpun diberikan itu adalah amat amat berharga sebenarnya. Mungkin rasanya tak sama. Tapi aku merasakan ia benar benar pahit buat aku. 

Menjanjikan sebuah yang bererti, membuatkan aku tak berbunyi ataupun menyoal berulang kali. Sebab sayang yang terlampau menebal buat aku makin buta hati. Buat maruah aku senang ditolak tepi. Dan akhirnya aku sedar. Penghargaan itu tiada setelah peluang kedua aku beri. Tiada. 

Aku cuba pertahan. Cuba mendiamkan. Cuba kekalkan. Dan sesungguhnya Allah itu telahpun menunjukkan segala yang aku lakukan itu hanya sia sia. Hanya aku seorang yang beriya iya. Hanya aku seorang yang rasa sayang. Dan hanya aku seorang yang perasan. 

Tiada respon. Tiada kata. Kau ibarat tiada jiwa. Dan aku manusia yang kau anggap sandaran. Manusia membosankan. Tak sangka. Dengan mudahnya kau membiarkan semuanya lepas berlaku. Dan perkara yang paling aku kesalkan, kau hanya menggunakan aku dikala perlu. 

Sakitnya hati kau menipu. Sakitnya hati kau tipu perasaan itu. Dan aku tak sangka kau begini rupa. Tak sedarkah kau. Tak waraskah kau. Langsung tak menghargai setelah apa yang aku lakukan. Menyayangi kau ibarat nadi hidup aku. Mengabaikan kau bukan cara aku. Setia itu adalah paling utama. Kongsi bersama itu rutin aku. Tapi semua itu karut. Karut semata. 

Mungkin aku ini bukan yang kau hendak. Bukan pilihan hati. Bukan yang utamanya. Dan yang pentingnya aku ini mungkin tiada guna dalam hidup kau. Dengan erti kata lain membosankan. Benar bukan ? aku tiada apa. Aku jauh dimata. Apa daya aku. Apa je yang aku mampu untuk kau. Mesti begitu kau fikir kan ? Dan aku tahu itu puncanya. 

Kau diam. Kau buat tak endah. Kau buat aku jadi tunggul. Tak langsung fikirkan apa yang aku rasa. kau muncul bila kau perlu aku. Dan tak sangkanya aku dah terlalu lama menjadi ‘buta’ dalam melihat perkara itu. Ya aku manusia bodoh yang masih menunggu kau. Meraih cinta sayang abadi whatever itu. Tapi itu dulu. 

Aku cuba selesaikan. Aku cuba cari puncanya. Dan setelah aku tahu segalanya. Baik aku lepaskan. Tak guna aku kekalkan. Tak guna aku simpan. Tak guna aku mengaku sayang. Dan tak guna sebenarnya aku memberi kau peluang kedua. Sesungguhnya semua itu sia sia. Dan kau sekalipun tak menghargai aku. Dan kau tetap dengan perangai dahulu. Mungkin dari mulanya. Mungkin entah bila timbul rasa itu. Dengan cara kau yang berdiam diri mungkin boleh selesaikan masalah bukan ? buat apa kau masih berhubung dengan manusia bosan seperti aku. Lebih baik berdiam diri bukan ? 

Memang aku mengaku dulu ada perasaan sayang itu. Dengan jujur aku mengatakan aku terlampau cintakan kau. Rasa dunia nie terbalik tanpa kau. Perasaan itu memang aku sendiri tak boleh tipu. Dan secara jujurnya aku mengatakan aku tak mahu kau lagi dalam hidup aku. Jangan ada kaitan langsung pun tak apa. Sebab aku dah terasa sesalnya dengan setelah apa yang aku rasa. dan kini aku terasa sesuatu yang membebankan itu telahpun terlepas di bahu aku. Yaa aku lega. 

Kau boleh nilai aku. Kau boleh cakap apa jua tentang aku tapi kau kena ingat. Setiap butiran yang kau nilaikan aku itu mencerminkan diri kau. kau boleh buat orang. Tapi kau akan merasai juga sepertimana yang telah kau buat. Hidup ini ibarat roda. Mungkin sekarang kau buang seseorang yang patut kau hargai. Tapi tak esok atau lusa, kau akan dibuang dengan seseorang yang kau cintai. Beringat. 

‘jika awak anggap dia yang paling terpenting dalam hati, jaga dan pelihara dia sebaik mungkin. Jikalau sudah tiada penting itu lagi, lepaskan dia sebaik yang mungkin kerana dahulu awak sendiri yang menganggap dia yang paling bermakna dalam hidup awak.’ 

Mungkin aku patut berfikir soal peluang kedua itu. Entahlah, mungkin disebabkan terlampau sayang, aku buta dalam menilai. Tak mengapalah. Mungkin keadaan yang aku alami sekarang ini buat aku lebih berhati hati. Buat aku berhati hati menyintai seorang lelaki. Jodoh Allah yang tentukan. I deserve to get better. Yup, mungkin perit, tapi itu yang aku harus tempuh. 

Terima kasih awak. Baru saya tahu, even bertahun saya kenal awak. Seberapa lama kita saling menyintai, bukan bermakna kita kenal sepenuhnya bukan ? masa bukan menentukan segalanya. Tetapi memori dan pengalaman itulah yang membuat kita lebih dengan kenal seseorang dan menghargainya. Halalkan segala yang telah awak belanjakan untuk saya. Semoga awak bertemu dengan seseorang yang selayaknya untuk diri awak. Terima kasih kerana pernah ada sayang itu. Terima kasih untuk memori kita, dan terima kasih untuk semua. 

Assalam.


No comments: