Followers

26 July 2013

Iftar DAT6 S3

apabila ramadhan datang, bersegeralah kami merapatkan ukuwah. 
rancang apa apa sahaja.
untuk last semester ini.
Insha Allah.

even aku buzy dengan meeting, program prs. dengan homework. 
apatah lagi final project yang bikin sakit jiwa.
meluangkan masa bersama clasmates itu sudah semestinya.
kawan kawan yang dah 3 tahun bersama.
grouping.
hangout.
seronok.


sebahagian yang ada
:)

dah takda space, aq jadi bonda duduk tengah.
hahaha
kiteorang berbuka dekat restoran hidayah. area lukut sahaja.
last decision, senang carik yang dekat,
sebab malam tu kiteorang ade grouping research.
order set yang macam macam ada.
ikan siakap 3 rasa. tomyam. daging sambal. udang tepung.
mengancam.


semua licin, kepala ikan pun lesap !
hahaha


dah kenyang semua dah tak larat. hehehe
sorry haziq, muka kau interframe pulak.
hahaha

lepas nie masing masing ada haluan sendiri.
kehidupan sendiri.
last ramadhan for this moments.
harap ada rezeki kita iftar lepas konvo.
Insha Allah

:)


22 July 2013

Leopard Sessons

even design leopard dah semakin basi, aku masih tertarik nak guna jugak background nie. 
dengan dah dapat wallpaper gini, makin ghairah lah aku edit sampai ke lewat pagi ha.
hahaha
terima kasih tumblr, suke betul aku godek godek nie.
:D
esok dahla kelas tax 8 pagi. jangan lah terbabas lagi.
taubat meh
silap silap esok kena present. aku dah siapkan jawapan tapi masalahnya grouping aku tak buat pape.
alahai nasib badan.
esok kelas tak pack sangat. audit tak siap lagi. later lah aku buat. buku takda, susah betul lah. kena fotostet cepat cepat jawabnya.
takot nanti tak dapat notes, menganga aku dibuatnya !
ngaum

esok ada iftar dengan classmates, tapi tak tahu lagi kat mana. harap harap aku dapat lepas segala problemo dalam postmortem.
orang lebih sudu dari kuah nie susah.
silap silap kita nie dipijaknya.
bukan nak bermegah tapi kita ada cara yang mampu nak selesaikannya.
go heyyat go !

so jom relaks relaks and tidur.
esok kelas lah
nite tembam.
saya rinduuu nie

:)


14 July 2013

Impian aku

Assalamualaikum. 
kejap, curi masa before berbuka untuk update blog. feel nak update datang bila tadi dok scroll twitter and then terperasan irine update status dekat twitter. 
lepastu teringat dalame tak visit blog dia. aku dah tawu dia dah bersalin, tapi tak tengok lagi gambar anak diaa. dah sebulan lebih anak dia. comel sangat sangat. macam ibu dia.
dari awal dia due sampai berpantang dia update story.
berair mata aku.
:') 
huhu
_________________________________

sambung balik.
tadi buka dengan family farah. ade baby kembar
meh tengok 


:) 
macam tengah wrestling kan kan.

sambung balik story tadi. umur dah sebaya tapi irine dengan diana dah ade baby sendiri.
comel comel
even dorang pregnant, still lagi boleh further study. jadi seorang isteri .
and the best sekali, boleh lagi jadi ibu.

nie part yg aq print screen.


mudah mudahan 
:')


part nie terharu, sayu, sebak sangat sangat. 
mungkin kalau kita dah berkeluarga satu hari nanti, feel kita akan rasa macam nie jugak.
kan kan
siapa tak sayang anak. sebab tu parents kita tak pernah lupakan kita even dia buzy mcm mana pun.
kan kan .
sweet sangat sangat !!
*okey dah berangan dahh*
huhuhu

part yang last sekali


haish, bukan tak sabar nak kahwin, cuma mahukan sebuah kehidupan yang pasti hingga ke akhir hayat. 
tu kan fitrah manusia hidup berpasangan.
Insha Allah satu hari nanti.

tahniah untuk irine dan dena.
moga perkahwinan awk berdua kekal hingga ke anak cucu.
mudah mudahan rezeki terus menerus.
Amin.
:)

doakan saya even awak tak kenal saya lagi.
sebab kita sebaya and sy pun nak merasai kebahagiaan seperti awak berdua rasa sekarang.
Insha Allah.
Insha Allah.
moga ada hari bahagia buat aku.
Amin.
:')


12 July 2013

Al-Fatihah

Kadang-kadang sayu tu tak dapat nak lindung. Rindu pun tak dapat nak bendung. Kalau dulu boleh ucap walaupun jauh. Tapi ramadhan kali ini hanya doa yang mampu aku lakukan. 
Genap 3 bulan arwah ayah kembali ke rahmatulllah.
Al-fatihah..

adik rindu ayah.

:'(


10 July 2013

ramadhan

salam ramadhan buat semua.
ingat esok cuti, boleh jugak lah topup tidur. tapi kelas berjalan macam biasa.
apa boleh buat. huhuhu
esok ada postmortem then proceed next program.
hoyeh ! berjalan seperti biasa. then buka kat bilik prs lah jawabnya.


pendaftaran kelab prs. semua fokus. hehe


unexpected. ramai yang datang n beri kerjasama. mekaseh bebanyak ! 

research oh research.
aku takda tajuk nak buat nie. baru sekor je dapat. apa lagi tajuk aku kena fikir. 
assignment, homework punyalah bertimbun.
draf baru sehelai. 
wahh gerunnya sayaaa. dengan penyelia aku kos marketing.
kopak otak aku nak fikir idea.
huhu

sebulan nie aku tak balik temiang.
tinggal sorang sorang kat seremban. ibu dah melekat kat parit buntar. if budak budak nie ada, berbuka lah dengan dorang. kalau dorang takde, sengsorang lah jawabnya aku.
huhuhu
macam dah hidup merantau, enor siap pesan lagi if free datang penang. kelas aku hari hari, memang tak boleh miss lah.
redha ajelah sebulan nie.

sabtu lepas mai kl, tidur kat keramat. rumah kazen. shopping kat sogo. ghamai dia sesak nafas den.
baru tahu time tu ngah sale sogo card. patotlah.
dapat tangkap wedges sekor then before uh kiteorang pergi jalan tar.
beli tudung, kerongsang, makan-makan.
esoknya beli baju kurung kat semban.
memang aku pau akak aku cukup cukup.
cian tembam omey den.
mekaseh yer 
:)

aku still lagi tercengang yang kau dok kata nak datang umah. haish, gerun tapi nampak kau dah macam get ready. tapelah, tak salah nak datang, kate pun raya kan. 
hari nie aku buli kau sekejap. 
kesian tu ada tapi pandai pandai lah esok tu.
aku just tanak ambil berat sangat apa yg kau maksudkan. 
aku faham sangat kau nak yang terbaik, tapi aku still lagi carik ruang . 
ruang utk kepada yang asal.
pandai kau canang nama den kat anak buah kau ea. hahaha
she's cute. and i know u tell her about us.
tapi jgn sampai kat telinga nenek dia.
pandai pandai lah kau jawab sendiri.
hahahaha

esok pagi pukul 9 kelas tax 2 and aku rase serta kompem kelas audit cancel.
dah petang petang kelas teori.
tak sanggup. 
huhu

moga ramadhan kali ini lebih bererti buat aku. harap- harap aku jumpa sesuatu yang membawa keberkatan dalam hidup aku. 
Insha Allah
:)