baking baking baking
itu je yang mampu dibuat dalam minggu nie. order yang banyak. prepare kuih ghaye. apaa lagi. esok mantai, last day nak pasang langsir, tukar sarung kusyen and then kemas rumah bersih bersih. letih tu jangan nak kata. hari hari tidur area 4, 5 pagi. sekali ngan sahur. letih tak dapat nak kata.
baju kurung tahun nie banyak sikit sebab tempah jahit untuk baju kelas. dah banyak baju patot dah kena reject. bukan sebab sempit yer. hahaha tapi sebab dah lamaa, kainnya dah tercarik kat tepi. so rotate baju baru. hehehe
rendang dah otw, sedapnyeee rendang minang ibuu ! ketupat dah setel anyam. esok malam baru isi beras and rebus. sekarang baru pukul 3 lebih, lambat lagi nak berbuka. sabo lah dik oii. tahan puasa yer. huhuu
si tembam tu kate mau datang rumah. aku dah menggelabah. haish, ingatkan bergurau tapi makin serius pulak. siap order mee kari dekat aku. haish ! hahaha. aku pun tatawu nak starting cakap macam mana dengan ibu. yang dia pulak tak boleh belah, siap cakap ngan mak dia miss arab nak datang ghaye kat rumah. mamat nie memang nak kena lepuk agaknyaaa !
aku bukan tanak ambil ringan, tapi cukuplah apa yang berlaku dulu aq lebih berhati hati. au tahu dia jujur tapi tak terlalu awal sangat ke if aku menjalani alam berumah tangga. aku faham, umur dia tu dah betul betul matang nak kahwin cuma banyak lagi yang aku tak genggam. aku still lagi teringat apa yang dia bagitau aku, if habis je belajar nanti, mungkin dia nak merisik.
okey, ini reality. aku dah kelu nak cakap apa dahh. nak jawab dah blank. bukan aku kata dia tak baik, tapi setakat nie aku selesa berkawan dia. orang yang beradab dalam erti kata lain. yang best part sekali, if aku melenting, dia pandai control. dia tak memaksa, tak mengayat. just dia buat hati aku lembut. dengan anak buah dia yg suka wechat dengan aku. buat kiteorang lebih rapat.
aku tak tahu lah dengan macam nie hati aku bole dirawat. sekurang kurangnya aku terasa terisi jugak hati nie. hari hari sebut rindu. for sure rindu jadi sayang ! hahaha
almond london in pogress. m&m pun in pogress. tak sabarnyaa rayaaa !
No comments:
Post a Comment