Followers

25 March 2014

Ujian

tak mudah nak lupakan. apatah lagi mahu menidakkan. Allah itu meminjamkan pelbagai perasaan. sampaikan kita sendiri tak tahu menjaganya. erti kata lain terbuai buai sehingga terlupa pada Maha Pencipta. semua pernah mengalami. semua pernah merasai. begitu juga aku.

pedihnya jiwa bilaa hati dilukai. pedihnya jiwa bila janji dimungkari. dan musnahlah ikatan jika seseorang itu pergi. mungkin Allah Taala menguji dengan banyak cara. kadang kadang setiap perbuatan itu dibalas dengan keadaan sekeliling. cuma kita bersangka baiklah yang Allah itu menguji hambanya kerna kita adalah pilihan Dia. 

lemah. rebah. sesak. semua dirasai. terimbau dengan kesilapan lama buat diri belajar berdikari. move foward, don't look at back again. sesungguhnya Allah telahpun menyediakan sesuatu yang terhebat untuk hamba-Nya yang menghadapi ujian dalam iman. mungkin kita tak merasai kesenangan yang dihadapi. tapi percayalah bahawa kelak sesuatu yang akan menanti.

Insha Allah.
Allahu Akhbar.


No comments: