Followers

18 August 2012

malam raya

assalamualaikum sahabat.
hari ini adalah hari terakhir ramadhan untuk kali ini.
sayunya hati, hiba tak terkata !
walauun esok syawal menjelang, aku masih begini.. 
dengan sama setiap tahunnya...
bertiga yang tiada lagi sengketanya.
hanya sentiasa maaf dipinta.
enor.ibu.aku

sambil menaip, sambil itulah mengenang air mata.
tak tahu kenapa
sedih itu tidak cuma perasaan itu berbaur baur sahaja.
mendongak keluar, kiri kanan sepi terasa.
maklumlah, semuanya pulang ke desa .

aku
masih tak boleh tipu dengan perasaan ini.
sunyi
sayu
sedih
segalanya
bila lebaran tiba.
tak tahu kenapa
mungkin terkenang kisah lama
yang dahulu aku riang bersama kedua orang tua
tapi berubah segalanya
akhirnya kami berdikari atas ketentuan yang MAHA ESA
bersyukur atas rahmat-Mu 
cuma terasa masih belum ada uniknya
ada istimewanya
walaupun umurku setiap tahun berubah angkanya.
tapi semua tetap sama
tak berubah apa

kekalkanlah iman
kukuhkanlah hati
agar
semuanya aku mampu redahi
yang mampu aku tempuhi
dan
seseorang yang mampu memimpin aku
menuju 
nikmat kehidupan itu.

YA ALLAH
moga ada hari bahagia itu
yang ada terasa kasih sayang itu
yang boleh rasai kebahagiaan
setiap lebaran
yang tanpa air mata duka
hanya 
tangisan bahagia.

salam AIDILFITRI

16 August 2012

dalam ofis + mengantuk

assalamualaikum .
khamis khamis dan khamis.
esok jumaat, sabtu dan ahad.
wah ! aidilfitri marii :) riangnya hatii 
tapii...
aq masih dekat ofis lagi. hurrmm.
nak balek umah, nganyam ketupat, pasang lagsir suma. tapi ape bole buat ?
overnight lagi lah aq malam niee
=='
tadi baru dapat duit raya . yey ! patutlah dari semalam gatal tapak tangan.
hehehe
bosan sungguh di ofis. kejap kejap online, kejap kejap tido.
kejap kejap buzy.
huaaa, rindu sepet kite :( bila lah bole keluar sama .
urmmm...
first celebration for this years. iaitu genap sebagai 20 years old
and almost 3 months with ZULHELMIE  ♥

kalau dulu kecik kecik follow ayah balik kampung. tapi aq dah tak ingat dekat mane.
mmm... gemencheh kot. ramai kot kawan kawan, sepupu sepapat dekat sana
:)
for your information, dorang semua tuu anak sedara aq, sebab aq nie dah pangkat omak dgn dorang.
hihihi
'omak kecik' ape punya panggilan da :D
 dah grow up sikit raya dekat seremban. dekat villa tercinta tuu..
ngeh ngeh ngeh. sikamat lah mane lagii.
perkara WAJIB malam raya tunggu orang surau datang buat takbir dekat rumah.
sayuu jep hatii. sekalipun tak pernah miss sebab ibu kata itu pesanan arwah nenek
:)
semalam berjalan jalan lagii. usha usha baju dgn tudung. dapatlah tangkap satu dua . 
tapi blaus tu kena orter sikit sebab tade dat. nanti baru shaping sikit.
hehehehe
dah lama tak sewing :D ingat tahun nie nak buat langsir tapi masa pulak yang tade. huhuuhu
insyaAllah tahun depan yer ibu :)
sekarang dah kurang dapat angpow, kes dah berumur. Eh ? hahaha tapi belum lagi kerja. 
sungguh mereka tak faham dgn keadaanku.
hihihi
dgn rendah diri aq undur diri nak siapkan cash sale yg tertunggak lagi.
huhuhu
Assalam :)

05 August 2012

putrajaya vs. puasa ♥

assalamualaikum :) 
selamat berpuasa untuk semua blogger . 
hehey, lagi berapa hari saja lagi nak lebaran. tak sesabarnya merasa raya pada umur yg dah jejak 2 angka. 
harharhar
nie nak story sikit
:)
tarikh 28 Julai lepas aku dan zulhelmie ♥ keluar hang out lagii
ditemani oleh our photographer kita.
zainuddin aka 'bff zulhelmie'
hahaha
gerak pagi siap siap semua.
bawa bersama spegetti untuk si dia.
hehehe 
naik bas n then sampai pudu. tunggu sepet marii lepas tuu aku salah arah.
dia call n then naik kereta 'ladybug' 
abang sayang drive, kita pulak duduk sebelah
hewhew
sorry ya din :D
terus on the way pegi putrajaya
:)
sampai sampai ramai sangat tourist, so kiteorang jalan jalan
sebab tak bole makan. 
puasa lah
hahaha

 okeyy, sepet suka posing ♥

 haha :D moments

 inilah our photographer :D kesian din tahan panas amek picture kiteorang . hehe

 smile ♥
smart gilaa background

 kat sini pun bole :)

 okey, mekaseh matahari bole cover kulit kiteorang . HAHA

 seriously best shoot . i ♥ this picture ! oyehh :D

 sepet dgn montel. ♥
nampak tak muka tahan haus nie ? hahaha

 sempat lagi tuuu :)

 ape niee sepet curik curik amik gambo kite ♥

  hahaha :D nak tembak kita eaa. babab nak ?
sepet, kita snap picture dulu lepas tu baruu appoint dgn PM okey ?
hahaha
dah puas ronda ronda putrajaya, terus gerak pergi KLCC. jalan jalan 
and then cari sekali tempat berbuka :)

 tiba di KLCC . wahh dah semangat raya ! :D

 okeyy saya malu malu lah amek pic dgn si dia :P ♥

 lepak lepak luar kejap sebab dalam sesak sangat .
huhuhu

 sementara duduk tuu ♥
lalala
 
 " okey, nak pergi petrosains atau wayang ? masalah betul zul nie. nak layan Mae Nak ha. wa goyang brader."
hahaha :D 

finally, layan wayang jugak walaupun aq dah menggeletar gilaa :D
layankan ajee ♥
 
lepas layan wayang, n then gerak pergi berbuka at area KL. aku pun lupa dekat mana, ikutkan ajee :) 
seronok keluar dengan mereka
seronok keluar dengan awk :)
 
and one more thing, aku tak bole lupa yang dia send mesej nie .
HAHAHA
 
ilysm zulhelmie  ♥
forever
 
 

02 August 2012

kenangan

luar biasa ?
tak.
aq macam biasa.
yang selalu sediakala
yang selalu banyak kata
dan
banyak air mata.
ramadhan yang selalu buat terbuai-buai
membuat aku teringat-ingat
masa dahulu kala.

dulu 3 hari sebelum raya
macam macam dah setup.
aku memg tak bole show off dekat dapur.
habis nanti senduk kuali terbang kemana
 :D
kalau pormen nie retilah.
repair sana sini
pernah sekali aku buat langsir raya untuk ibu
:)
tak payah beli baru gituu
best moment dia aq dah pandai nganyam ketupat.
sampai lunyai daun tu aku kerjakan.
HAHA
ibu kata arwah nenek pandai buat
so aku lah generasi pelapis dia
cehh :D

since tahun lepas ayah datang bawak along datang beraya sekali.
best part bila aku dapat tahu cucu ayah tua setahun dari aku.
nasib baik tak boleh kawen.
opss, marah abg ZUL nanti :)

lepas tu abang kecik pun datang beraya dengan family dia sekali
yaa, aku teringat zaman dulu-dulu
manjang jep aku kena buli.
hahaha

i love my family  
Alhamdulillah

27 July 2012

Rahsia mengikut Tarikh Lahir

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

  • Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 
  • Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama


Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

  • Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
  • Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. 

Tarikh Lahir pada 4, & 13

  • Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 

Tarikh Lahir pada 5 & 17
  • Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
  • Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
  • Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 

Tarikh Lahir pada 8 & 23
  • Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
  • Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 

Tarikh Lahir pada 12 & 19
  • Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
  • Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 

Tarikh Lahir pada 22 & 25
  • Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Tahukah perempuan bahawa kamu itu sesuatu yang bernilai?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Barrack Obama juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan mereka, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.

Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.


Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?


Penutup:

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
  • Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
  • Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
  • Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
  • Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
  • Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
  • Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
  • Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.