Followers

02 September 2012

permysuri by OAG

addict this songs :) enjoy yaa !

Imajin aku Tvmu
Transmisionku terbit untukmu
Dramaku produk khas siaranmu
Trans-sonet gelora Satelit Chinta

Imajin aku radiomu
Intermisionku orbit untukmu
E-ramaku rekord khas hiburanmu
Inter-planet kejora Ke marikh asth-mara WO’o'oo

per-MY-suri rumahku
per-My-suri radarku
per-MY-suri syurgaku.. wO’o'oo
Yang teristimewa

Imajin aku Vjmu
Transvisiku terbitan untukmu
Karaktorku ilhamkhas pedomanmu
Trans-fonik gelora satelit chinta

Imajin aku Djmu
Intervisionku orbit untukmu
Metaforku iltizamkhas buatmu
Inter-sonik kejora Ke-marikh asth-mara Wo’o'oo


01 September 2012

Almost 3 months our relationship ♥

Segalanya kami tempuhi, kami hindari dan kami perbaiki. Syukur kepada Ilahi kerana jodoh tetap milik kami. Goyah, tangis, duka ceria semua pahit manis kami. Yang sentiasa kami rasai dan saling memaafi. Sungguh pada mulanya agak kekok dan semakin baran itu sentiasa agung dijiwa tetapi dia sentiasa menjadi ‘ais’ bak di kutub utara.
 haha
Hari hari mesej, hari hari mencuri mendail dan hari hari angau. Tak pernah jemu jemu. Walaupun tengah marah marah, rindu tuu tetap selubung hati. Walaupun keras sangat perasaan ini tapi bila tiba rajuknya datang, mula terasa sayu sama sama. 
Kadang kadang aq terkilan, sayu dan amat bersalah. Kerna aq masih belum tahu kehidupan dia sepenuhnya. Masih belum tahu sepenuhnya tentang suka dan bencinya.. dan aq jarang memperdulikan perasaan dia. Bukan terasa terpinggir, Cuma aq diamkan sahaja sebab aq tahu aq masih ‘hijau’ lagi dengannya. Mungkin suatu masa aq akan berada di dalam kelompoknya juga.

'Dunia ku berubah, gelap tak bermakna, namun semangatmu ada dijiwa'

Dia semangat aku, pernah dia katakan dia mahu dirinya menjadi diari harianku.. mencatit segala cerita harianku.. suka dukaku dan hari bahagiaku. Tak ku duga, tak pernah sekalipun dia menyalahkan aku, walaupun aq tahu aq keterlaluan selalu. Tak henti henti air mata ini menyalahkan diri kerna disebabkan aq sentiasa pentingkan diri.Tak pernah sekalipun dia salahkan aq, malah menganggap masalah aq dikongsi bersama, merasai getir pahit berdua. Sayunya jiwaa... 

'Takkan ada yang pisahkan kita. Sekalipun kau telah tiada . akan ku pastikan, ku kan memeluk menciummu di syurga'

Sesungguhnya hati ini merintih, memohon moga ada yang indah buat kami. Aq mahukan sesuatu yang pasti, yang muktamadnya. Supaya tak perlu lagi ganti hati dan sakit jiwanya serta tiada air mata. 2 years I’m waiting and i think this is best choices for my life !
Even pun aq terasa sukarnya perbaiki diri, tapi semua itu jaminan aq untuk bahagiakan dia. Untuk kesempurnaan kami kelak. Totally i’m feel in love with u mie. Less talk but more tears sayang. Tears because happiness 
Doakan kami. Insha ALLAH 


merdeka

tak perlu dicemuh perasaan itu. sebab semua orang punya hati dan perasaan. jikalau marah, kawal lah minda. takut jadi sengsara. tak perlu cemuhan dengan kata-kata sebab nanti kita hilang saudara.
tak semua ada tanggapan yang sama, fikiran serupa. memanglah rambut sama hitam tapi kalau selalu kasi highlight pun bole berubah jugakkan ?
kita serumpun, mungkin sejiwa. negara pun dah merdeka. bertegang urat tu perkara biasa tapi bukankah itu lebih mengeratkan ? membuat kita mengenali hati budi masing-masing. 
manusia, semua sama. dari Allah kita dicipta jadi perlu ke kita adakan jurang ? setiap insan punya kekurangan. ada kelebihan. jadi perlu ke ada riak takbur itu semua ?
matangkan fikiran, benarkah kita masih di takuk yang sama.
ataupun sengaja biarkan diri & emosi dijajah semula ?
kita ini sama semua.
tak ada beza
cuma amalan kita 
dan 
pegangan agama yang kuat atau tidak
menumjukkan siapa kita
pada PENCIPTA.
:) 
wallahualam

18 August 2012

malam raya

assalamualaikum sahabat.
hari ini adalah hari terakhir ramadhan untuk kali ini.
sayunya hati, hiba tak terkata !
walauun esok syawal menjelang, aku masih begini.. 
dengan sama setiap tahunnya...
bertiga yang tiada lagi sengketanya.
hanya sentiasa maaf dipinta.
enor.ibu.aku

sambil menaip, sambil itulah mengenang air mata.
tak tahu kenapa
sedih itu tidak cuma perasaan itu berbaur baur sahaja.
mendongak keluar, kiri kanan sepi terasa.
maklumlah, semuanya pulang ke desa .

aku
masih tak boleh tipu dengan perasaan ini.
sunyi
sayu
sedih
segalanya
bila lebaran tiba.
tak tahu kenapa
mungkin terkenang kisah lama
yang dahulu aku riang bersama kedua orang tua
tapi berubah segalanya
akhirnya kami berdikari atas ketentuan yang MAHA ESA
bersyukur atas rahmat-Mu 
cuma terasa masih belum ada uniknya
ada istimewanya
walaupun umurku setiap tahun berubah angkanya.
tapi semua tetap sama
tak berubah apa

kekalkanlah iman
kukuhkanlah hati
agar
semuanya aku mampu redahi
yang mampu aku tempuhi
dan
seseorang yang mampu memimpin aku
menuju 
nikmat kehidupan itu.

YA ALLAH
moga ada hari bahagia itu
yang ada terasa kasih sayang itu
yang boleh rasai kebahagiaan
setiap lebaran
yang tanpa air mata duka
hanya 
tangisan bahagia.

salam AIDILFITRI

16 August 2012

dalam ofis + mengantuk

assalamualaikum .
khamis khamis dan khamis.
esok jumaat, sabtu dan ahad.
wah ! aidilfitri marii :) riangnya hatii 
tapii...
aq masih dekat ofis lagi. hurrmm.
nak balek umah, nganyam ketupat, pasang lagsir suma. tapi ape bole buat ?
overnight lagi lah aq malam niee
=='
tadi baru dapat duit raya . yey ! patutlah dari semalam gatal tapak tangan.
hehehe
bosan sungguh di ofis. kejap kejap online, kejap kejap tido.
kejap kejap buzy.
huaaa, rindu sepet kite :( bila lah bole keluar sama .
urmmm...
first celebration for this years. iaitu genap sebagai 20 years old
and almost 3 months with ZULHELMIE  ♥

kalau dulu kecik kecik follow ayah balik kampung. tapi aq dah tak ingat dekat mane.
mmm... gemencheh kot. ramai kot kawan kawan, sepupu sepapat dekat sana
:)
for your information, dorang semua tuu anak sedara aq, sebab aq nie dah pangkat omak dgn dorang.
hihihi
'omak kecik' ape punya panggilan da :D
 dah grow up sikit raya dekat seremban. dekat villa tercinta tuu..
ngeh ngeh ngeh. sikamat lah mane lagii.
perkara WAJIB malam raya tunggu orang surau datang buat takbir dekat rumah.
sayuu jep hatii. sekalipun tak pernah miss sebab ibu kata itu pesanan arwah nenek
:)
semalam berjalan jalan lagii. usha usha baju dgn tudung. dapatlah tangkap satu dua . 
tapi blaus tu kena orter sikit sebab tade dat. nanti baru shaping sikit.
hehehehe
dah lama tak sewing :D ingat tahun nie nak buat langsir tapi masa pulak yang tade. huhuuhu
insyaAllah tahun depan yer ibu :)
sekarang dah kurang dapat angpow, kes dah berumur. Eh ? hahaha tapi belum lagi kerja. 
sungguh mereka tak faham dgn keadaanku.
hihihi
dgn rendah diri aq undur diri nak siapkan cash sale yg tertunggak lagi.
huhuhu
Assalam :)

05 August 2012

putrajaya vs. puasa ♥

assalamualaikum :) 
selamat berpuasa untuk semua blogger . 
hehey, lagi berapa hari saja lagi nak lebaran. tak sesabarnya merasa raya pada umur yg dah jejak 2 angka. 
harharhar
nie nak story sikit
:)
tarikh 28 Julai lepas aku dan zulhelmie ♥ keluar hang out lagii
ditemani oleh our photographer kita.
zainuddin aka 'bff zulhelmie'
hahaha
gerak pagi siap siap semua.
bawa bersama spegetti untuk si dia.
hehehe 
naik bas n then sampai pudu. tunggu sepet marii lepas tuu aku salah arah.
dia call n then naik kereta 'ladybug' 
abang sayang drive, kita pulak duduk sebelah
hewhew
sorry ya din :D
terus on the way pegi putrajaya
:)
sampai sampai ramai sangat tourist, so kiteorang jalan jalan
sebab tak bole makan. 
puasa lah
hahaha

 okeyy, sepet suka posing ♥

 haha :D moments

 inilah our photographer :D kesian din tahan panas amek picture kiteorang . hehe

 smile ♥
smart gilaa background

 kat sini pun bole :)

 okey, mekaseh matahari bole cover kulit kiteorang . HAHA

 seriously best shoot . i ♥ this picture ! oyehh :D

 sepet dgn montel. ♥
nampak tak muka tahan haus nie ? hahaha

 sempat lagi tuuu :)

 ape niee sepet curik curik amik gambo kite ♥

  hahaha :D nak tembak kita eaa. babab nak ?
sepet, kita snap picture dulu lepas tu baruu appoint dgn PM okey ?
hahaha
dah puas ronda ronda putrajaya, terus gerak pergi KLCC. jalan jalan 
and then cari sekali tempat berbuka :)

 tiba di KLCC . wahh dah semangat raya ! :D

 okeyy saya malu malu lah amek pic dgn si dia :P ♥

 lepak lepak luar kejap sebab dalam sesak sangat .
huhuhu

 sementara duduk tuu ♥
lalala
 
 " okey, nak pergi petrosains atau wayang ? masalah betul zul nie. nak layan Mae Nak ha. wa goyang brader."
hahaha :D 

finally, layan wayang jugak walaupun aq dah menggeletar gilaa :D
layankan ajee ♥
 
lepas layan wayang, n then gerak pergi berbuka at area KL. aku pun lupa dekat mana, ikutkan ajee :) 
seronok keluar dengan mereka
seronok keluar dengan awk :)
 
and one more thing, aku tak bole lupa yang dia send mesej nie .
HAHAHA
 
ilysm zulhelmie  ♥
forever
 
 

02 August 2012

kenangan

luar biasa ?
tak.
aq macam biasa.
yang selalu sediakala
yang selalu banyak kata
dan
banyak air mata.
ramadhan yang selalu buat terbuai-buai
membuat aku teringat-ingat
masa dahulu kala.

dulu 3 hari sebelum raya
macam macam dah setup.
aku memg tak bole show off dekat dapur.
habis nanti senduk kuali terbang kemana
 :D
kalau pormen nie retilah.
repair sana sini
pernah sekali aku buat langsir raya untuk ibu
:)
tak payah beli baru gituu
best moment dia aq dah pandai nganyam ketupat.
sampai lunyai daun tu aku kerjakan.
HAHA
ibu kata arwah nenek pandai buat
so aku lah generasi pelapis dia
cehh :D

since tahun lepas ayah datang bawak along datang beraya sekali.
best part bila aku dapat tahu cucu ayah tua setahun dari aku.
nasib baik tak boleh kawen.
opss, marah abg ZUL nanti :)

lepas tu abang kecik pun datang beraya dengan family dia sekali
yaa, aku teringat zaman dulu-dulu
manjang jep aku kena buli.
hahaha

i love my family  
Alhamdulillah