Followers

24 October 2012

~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
anda yang mana satu ? :)

16 October 2012

ciri-ciri anak lelaki sulung :)

 Anak sulung maksudnye cahaya mata pertama dalam keluarga. biasanya kalau jadi anak sulung ni korang akan dapat tumpuan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada bonda dan ayahanda - sampailah dapat adik baruuu~~ lepas dapat adek baruuuu... korang mulalah nak jelly2 kan, sebab adik korang telah mencurik privilege yang korang dapat sebelom nih! ekeke. tapi bila korang meningkat remaja, korang lebih pandai bawak diri masing-masing. maklum lah, namanye pon sulong~ ^^
Ciri-ciri yang ada kat anak sulung :
Bersikap pelindung. 
lagi2 kalo sulung lelaki. kalo dia ada adik2 perempuan... boifren adik dia mesti susah hati. abang long biasanya akan safeguard hal-ehwal adik2nye. nak pegi wayang? nak kuar makan? balek lambat? tanya along dulu. tapi yang bezanye... kalo abang long, dorang akan ceramah kat boifren adik dia tu sendiri. kalo kak long plak... adik dia tu sendiri kena ceramah. untung laaa... ekeke
'Suka' bertolak ansur. 
standard la tu... sebagai role model, along2 ni pandai nak handle give-and-take dengan adik2. yelah... mak abah dah didik camtu kan - "along, makan pizza tu ingat2 la kat adik2 kamu~ along, bagi la kak ngah pakai kete kamu kejap, kamu bawak la skuter tu ha... along, cuba jangan marah2 budak tu? beralah la sikit dengan adik..." lalalaa... ^^ eh tapi serius... kak long, abang long ni memang caring orangnye... itu natural la. kalo tak disuruh mengalah pon, dorang akan bagi jugak adek2 dorang menang. tol tak, long? =D
Ego.
ini wojib. anak sulung ada rasa extra important dalam diri dia. dorang akan rasa segala benda perlu ikot piawaian dia. along suka fikir banyak! dan dorang fikir untuk adik2 la... cumanya - selalu takleh terima pendapat yang go against his/her will. sifat ni jugak la yang sebenarnye meletakkan dorang sebagai sulung yang melindung. chewah! baek punya bekap ye. hiks. betol beb, kalo along2 tak tegas, sape nak jadi referee bila angah dengan dik chik gadoh? haa... kau tu hingus pon aku lapkan dulu, berani kau nak cabar keputusan aku?? sudah!! dudok rumah! tolong mak masak. =p

Sering berjaya dalam hidup.
okaaaayyy... kejayaan tu subjektif. tapi sebagai yang sulong, korang mesti rasa PERLU untuk jadi contoh dan teladan bagi adek2. korang wajib cemerlang dalam exam, wajib masuk univ, wajib grad dengan pointer cun melecun, wajib kerja elok2... so that later parents can simply marah adek2 "cuba ko tengok along tu! mengaji elok, kerja elok. cuba ikot, jadi macam dia!" dan korang bleh membisu seribu bahasa sambil hati di dalam berbunga-bunga. elele, ngaku je la... hihi! ^^
Lebih pandai ambik hati orang tua.
wuuuihhh... anak sulung ni memang pilihan utama ibu bapa. disebabkan dia sulung, so dia lebih dekat dengan parents. dari situ dia akan develop satu skill yang adek beradek laen normally tak dapat kuasai - skill kematangan jiwa dan minda. cakap pon dah macam orang dewasa kan, sebab banyak berinteraksi dengan mak ayah. hal2 kerja mama papa pon, kekadang along yang tolong cover. hahaha. so, kalo along kata tak boleh tu... sebenarnya tu jugaklah pendapat mummy daddy uolls~
Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
wajib jugak lah yang ni. "along, mama nak keluar ni. tengok2kan adik2 ye. kunci pintu, pagar. kalau ada orang call, jawab. kalau ada orang datang umah, call mama cepat2." see? segala benda yang dikira sebagai tugas dan amanah - adalah tertanggung di bahu anak2 sulung.... korang lah tu!  stail kan? menjadi harapan ayah bonda... oh~

:) copy and paste ! ummm nah awak, same tak dengan diri awk ? hihi
love you muah muah ! :)

sifat anak kedua :)

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

PAKAIAN

Nak ajer up to date…semua nak kemas....

agak agak serupa tak dengan diri ? hehehe ! ini menurut pandangan, tapi bergantung juga pada seseorang tersebut. 
:)



Harapan

selepas baca status awak kat twitter. 
yang mengatakan ada kelahiran baru yang akan tiba.
tahniah sahabat seusia,
 mungkin rezeki awak tiba terlebih dahulu.
tiba-tiba
saya makin terasa sebak membacanya. 
Indahnya mendirikan sebuah keluarga yang halal dan menjalani kehidupan disamping yang tersayang. 
bukan tak sabar, 
cuma tumpang bahagia. 
Insha Allah saya pun berharap akan mengalaminya kelak.
 harap begitulah
 :')




k.a.m.i

Kami. Seiring sejalan. Seiring bertekak juga kadang-kadang. Haha. Lumrah yang terjadi diantara kami. Kalau dia tak merajuk, aku jugak lah yang selalu merajuk. Kalau tak, dua-dua akan diam serentak. Esok, comfirm saling merindu-rindu. Lastly terasa nak ketawa. Sweet sangat cara dia pujuk tu. Wey ! hati mane tak keruan. Hati mana tak tersentuh. Cukuplah, hati aku makin terseksa kalau aku seksa jiwa dia. Sebab kami sejiwa.

Pendapat selalu bercanggah, bertikam lidah dah macam perkara biasa. Belang pun mulalah lihat, hingga tak sedar ayat apa entah keluar. Jangan kata, touching itu dah sentiasa. Tapi itulah hakikatnya. Bagi aku itu semua normal, tapi semua itu buat kami lebih akrab, buat kami faham dengan peel pasangan. Memanglah, pada mulanya aku geram. Rasa nak gigit-gigit dia sebab nak suruh faham apa yang aku minat. Tapi nak buat macam mana, dah dia tak suka. Macam itulah jugak dia dgn aku, nak jugak pertahankan pendirian. Tapi akhirnya masing-masing dengan minat sendiri.

Pernah sekali bertikam lidah, buat aku malu terasa. Dahlah public figure, tapi terasa juga maybe silap aku. Siapa suruh masuk campur bagai. Hahaha lastly diamkan sahaja. Emmm, aku jugak yang terpaksa menanggung rindu. Tapi tak tahulah dia. Harap-harap dia pun macam aku. 

Tapi orang selalu kata, kalau pasangan kita ini kontra dengan diri, bermakna Insha Allah panjang jodohnya. Makin luas fikirannya. Wallahualam. Tapi yang penting sayang itu sekalipun takkan pernah pudar. Marah macam mane pun aku, sayang itu takkan berganjak. Kekal. Melainkan dia buang aku dalam hati dia.

‘Kau yang terindah, di dalam hidupku. Hanya cintamu mekar selamanya. Tak inginku lagi mencintai yang lain. Kau telah mengikatku selamanya. Ku disini menantikan janji yang hilang. Aku disini menghitung harapan. Setiap detik tiap nafasku ada cintamu. Bagai semalam semuanya hilang....’

Mohon Ya Allah, kekalkanlah jodoh kami. Yaa, memang adakala aku manusia yang keterlaluan. Tanpa batasan tingkah dan bicaranya. Tapi tak bermakna aku abaikan dia. Dia yang teristimewa. Dia yang buat aku terasa bernyawa, buat aku terasa ada keyakinannya. Dan aku terlampau sayangkan dia. Aku tahu, adakala aku terlampau tak terduga sifatnya, murung sentiasa, tapi janganlah kau jauhkan dia dariku YA Allah... jangan kau buat air mata ini mengalir lagi, mohon jangan buat aku hidup dengan kesepian lagi. Aku yakin Ya Allah. Aku tak ragu-ragu lagi !

Zulhelmie, maafkan saya awak. Saya harap awak, kita akan macam dulu. Yang selalu gelak ketawa itu. Saya tak nak awak jauh dari saya. Saya taknak awak panggil sayang dekat orang lain selain saya. Saya mahukan awak seorang. Jujur awak, tiada yang selain dari awak. Saya tahu mungkin saya ini selalu ramah tak kira orang tapi hati saya ada awak sorang. Tak pernah sekalipun saya selingkuh dengan awak. Menduakan awak dlm hidup saya ibarat juga menduga malapetaka. Jangan tinggalkan saya awak, saya mahukan awak, jangan buat saya macam nie.. maafkan saya....

Just fokus dengan test awak. Awak jangan risau, saya takkan ganggu awak. Ambillah berapa pun masa yang awak nak, saya tetap ada. Tetap tunggu awak.. saya nie tetap norhayati yang awak mula-mula kenal dulu. Saya takkan berpaling. Sebab saya mahu awak seorang. Zulhelmie seorang ! saya teramat sayangkan awak.. cintakan awak..



12 October 2012

rindu.rindu.rindu

sejak dua menjak nie, entah apa kena pun tak tahu. hati tak menentu. termenung .
banyak mendiamkan. 
tade ape ape pun cuma rindu yang menebal sesangat !
huhuhu
dah lebih sebulan gak nie tak jumpa.
tapi nak buat macammana.
hujung bulan nie dia test.
hope dia bole buat kali nie, inshaAllah !
aku tahu dia boleh, 
memang dia boleh pun :)
and you know what, selasa lepas, masa aku membuta kat opis yang membeku nie.
aku mimpi dia.
that was a first time okey
 seriously.
i rindu you hubby.
totally.

 celik mata tengok laaa, depan pc rupe ea.. ingatkan ade bobok td..
and that time terasa sayu sangat. 
dah pulak tu my officemates ade, so just silent ajelah.
huhuhu

and semalam, he said he really really missed me.
hubby i miss you too.
and last night i mimpi you lagi
mimpi awak borak-borak dengan ibu kat rumah saya.
and then
I was cried this morning

i love you


05 October 2012

kecekalan

Tinggal lagi dua bulan, semuanya akan selesai.
 Sediakala. Bererti dan bermakna.
 Tak perlu susah-susah kerna masa tetap lancar sentiasa. 
Takkan berhenti, takkan terhenti, sebab YANG ESA sentiasa tepati janji.
 Tak mudah dan tak susah, cuma jalankan sahaja. 
Sebab kita dipilih, bukan memilih untuk melaluinya,
 kerna kita telahpun ditetapkan sebagai umat-Nya.
Tak lekang dek hujan, tak lekang dek panas.
 Mana ada manusia tak ditimpa musibah, dan tiada yang tak terima dugaan-Nya. 
Selagi degup jantung ini bernyawa, selagi itu juga masalah tiba. 
Merobek jiwa, pedih sentiasa sehinggakan memohon pada PENCIPTA agar segera menarik nyawa. 
Ya aku tahu semua itu sia-sia cuma merasakan ini adalah yang terbaiknya. 
Bukan sengaja, tapi tak rela pinta menimbulkan dosa. 
Hari hari lalui, tak bermakna hati tak selalu disakiti. 
Cuma cari ruang buat diri.
 Permudahkan apa yang diingini dan lelapkan mata, segera memohon hati pada ILAHI.
 Ego sentiasa membara, tapi relakah aku untuk merasai derita buat sekian kalinya ?
 mohon YA ALLAH, selagi urat ini masih belum putus semuanya,
selagi darah ini belum terpercik mengalir keluar, aku sanggup. 
Aku sanggup redahi semua. Aku terimanya dengan redhanya.
Tak semua sekepala, tak semua punyai harapan yang sama
. Dan tak semua dipermudahkan oleh-Nya, hanya yang dikehendaki sahaja
. Aku tahu, aku rasai, aku melihat. 
Semuanya boneka. 
Semuanya dusta. 
Dan aku terluka.
 Gagahkan kudrat walaupun aku tahu aku tak mampu hadapinya. 
Tapi nak buat macam mana, aku rela.
 Rela segalanya.
Air mata tak bererti aku lemah, tapi perasaan geram menebal dijiwa.
 Senyuman tak bererti aku gembira, tapi semuanya sinis semata.
 aku cuba menjadi seperti yang lain tapi aku penat. 
Penat merasai sesal yang tak berakhirnya. 
Yang aku masih tidak lagi terima noktahnya.
Cuba jadi yang terbaik, dimegahi jelata,
 tapi aku tak daya untuk menjaga hati mereka. 
Aku bukan malaikat. 
Sentiasa patuhi, tanpa mengingkari. 
Bukan aku semua itu. Bukan..
Yang rapat, tetap akan tahu sebenarnya aku, yang tahu kerasnya hati aku. 
Tapi aku merasakan   
tak sepenuhnya mereka mengenaliku. 
Ya, aq tetap dengan duniaku,
 dengan airmataku. 
Dengan sandiwara wajahku. 
Sebeb aku tak mahu mereka tahu kerna aku adalah manusia ego itu. 
Cuma aku sayu, hiba, sesal, kecewa.. 
kerna aku masih lagi belum ada lagi pendengar setianya. 
Faham situasi duniaku  yang terlampau bezanya.
Aku akui, sakitnya hati.. 
pedihnya jiwa. 
Terseksanya semuanya.

 Buatkan aku terbuai-buai dengan silamnya. 
Yang aku dilahirkan ibarat menimpa malapetaka. 
Dan sekalipun aku terasa tiada bahagianya. 
Aku percaya, semuanya ada sebabnya tetapi hatiku punah kerna aku sandarannya. 
 Maaf, ya memang aku pinta,
 Cuma berikan aku ruang dijiwa untuk merasai kasih sayang dunia.

Mohon semuanya. 
Ampuni aku. 
Yakinkan aku. 
Akhiri segalanya.
Supaya aku tahu, dimana sebenarnya kasih sayang abadi itu.....

01 October 2012

kehidupan.

Kadang kadang perkara yang tak duga, yang tak jangka selalu terjadi.. 
buat aku terasa makin jauh hati.. 
sebalnya jiwa.. 
marah tak terkata.. 
tapi sebab apa ? 
sebab aku terasa di pinggiran. Bukan yang sentiasa dibanggakan. Dan aku bukan kesayangan. 
Mudah diabaikan, terasa berjauhan. 
Yaa family selalu yang pertama, 
tapi bagiku ibarat yang kedua.

Aku bongsu, aku manja, aku ceria. 
Tapi kau tak pernah duga, 
aq racunnya dan aku hanya sandaran sahaja. 
Tak lekang air mata, tak pernah berpisah dengan pancaroba
tapi 
aku cuma tahu hanya hidup bersendirian lebih bermakna. 
Tak pernah sekalipun aku menyesal berada di dunia, 
sebab aku tahu yang PENCIPTA ada khabar gembira buat aku juga. 

Perkara yang membanggakan, 
selalu dikongsi, dihebahkan.. 
tapi aku bukan begitu.. 
disimpan, erat dan kemas. 
Tak perlu diolah, dihebah dengan banyak perkara.. 
sebab aku tiada yang istimewa.. 

Sahabat kadang kala ada suka duka dan tawa tangisnya. 
Ada yang sekepala, 
ada yang sejiwa, ada yang menjadi perosak bangsa.
 Tapi aku tak pernah berkira, 
asalkan hidup ini dapat diharungi bersama. 
Susah senang itu sentiasa bersama. 
Melainkan jiwa dah x serupa baru kita sedar ada juga yang iri hati dengan kita.

Ya aku punyai kekasih hati, 
pelembut jiwa, tenang sentiasa. 
Dia pengubat duka, dialah pengesat air mata, dan dia anugerah ALLAH. 
Aku sayangkan dia. 
Jujur. 
Dia ibarat pelita, terangi aku dikala gelap. 
Mengajar aku erti kesabaran. 
Tongkatku pabila rebah.
 Dia segalanya. 
Maafkan aku ya sayang, 
aku selalu dengan duniaku. 
Dengan tanggapan sendiriku. 
Hidup dalam emosiku. 
Bukan niatku untuk berahsia, 
Cuma aku tak mahu kau susah hati kerana aku.
Maka, aku cuba yang terbaik di dunia ini, 
dengan semangat baru. 
Cuba harunginya tanpa rasa hati retak seribu. 
Aku tahu, indahnya kelak. Indahnya sebuah kenyataan. 
INSHA ALLAH