Followers

15 February 2013

Reunion 5 Cekal REDZARIAN

Assalamualaikum semua !
Salam Jumaat .
post kali nie nak cheghita pasal reunion kelas heyyat pada 11 feb 2013 dan bertempat di Pantai Purnama, Port Dickson.
Setelah hampir 4 tahun meninggalkan alam persekolahan, kini group 5 Cekal batch 2009 mengadakan reunion kecil-kecilan bersama-sama ex-student 5 Cekal.
meriah tu jangan lah kata, macam2 cerita nak habaq naa. even kiteorang pure orang nogori, ramai dah yang sambung belajar kat negeri orang.
Mostly negeri Terenggana lah, maklumlah, tanak jauh lagi agaknyaa.
The Head Master and yang merupakan orang kuat menjayakan BBQ nie adalah Masroha and Hafiz Maula.
banyak2 terima kasih la yerr .
okey, check this out gambar yang sempat Heyyat copy dalam facebook.
:)

 sebelah pagi, kami breakfast dengan bekalan yang dibawa masing masing. 
macam2 ado ^.^

 okey, bos a.k.a tukang masak pro nie adalah abang nor. bako bang, jangan tak bako ! 
hehe
 
 hai kawan kawan, selamat datang kek podekson ! hahaha

 ayam dah masak jom bedal.

 memperkenalkan kepada anda, tukang perap ayam. hahaha
hafiz maula

sambil makan  sambil bercerita. ish3, mak ngan anak buah tak boleh berpisah nie. 
hehehe


 amacam terliur tak ? sedap tauu

 lepas makan, mari bersantaii . hehehe

even dah nak habis makan, still ada lagi yang belum dibakar. 
haa, tu diaa, siap bersusun ayam, burger and sosejnyaa. 
hehehe

 mari tengok sekali lagii. sedap kann ? wahh, macam nak lagi jer.
 heheheh

kaki dengan leher ayam pun ado tau. bedal semuaa. hahaha

 okey, selesai makan and menyelam. make up sikit then bergambar ! 
hehehe

senyum geng :) yang kiri tu mizah, tengah wana and kanan tu masroha.

 gambar kenangan . 
kami dah 21 tahun yaa, tapi rupa muda lagi kan kann ? 
opsss !
hahaha

 peace ! :)

lepas kemas kemas tu, masing2 berpecah. so destinasi kedua pulak adalah teluk kemang. member sorang nie ajak jalan2 kat expo. so dengan berbaki 7 orang sahaja yang turut serta ke sana. hehe

dah parking kereta, jom shopping ! hehehe

 tu diaa abang daus, wearing spec baruu. hehehe

 sebelum balik tu lepak lepak dekat tepi pantai sambil bedal rojak buahh. 
tapi yang dua orang nie dok bergambar ajelah.
 hahaha

 cakk :D
sempat ajaa posing. hehe

 senyum senyum ! 

 okey, last pictures dari kami berempat. 
 smart sehh ! :D

 jangan tengok muka, pentingkan pemandangan. 
hahahaha !

okey, candid ! 
mekaseh masrohaa. 
yawnnn !

terima kasih yang terlibat.
terima kasih yang turut serta.
ada rezeki jumpa lagi.
harap2 ketemu lagi.
sayangsentiasakawankawanlimacekal ❤

14 February 2013

kecewa

kadang-kadang kita tak boleh tipu diri sendiri yang dunia nie tak selamanya sebelahkan kita dan tak semuanya baik-baik belaka. jujur aku sedih, hiba, kecewa dan adakala
aku nak hentikan semua.

memang erti kata lain aku seorang yang baran, aku pendengar yang tegar, aku mudah memberi nasihat dan aku mudah memahami orang, tapi tak sedarkah anda semua yang aku nie sebenarnya penat ! penat dengan gelagat korang. penat dengar kisah korang dan penat dengan menahan sakit hati.

aku sabar, aku pendiam, dan aku pemendam
dan aku malas nak menyoal

tapi aku sedih
kadang-kadang kesusahan aku tu bukan semua dikongsi
diambil berat
seperti mana aku menjaga mereka
aku bukan nak balasan !
cuma mahukan perhatian.
aku tak minta lebih. aku cuma mahu seseorang menjadi pendengar. bukan seseorang yang pendengar yang suka membandingkan. aku tak suka. aku tahu kau hebat, bagus. tapi dalam keadaan aku yang bermasalah nie, nak dengar cerita kau yang membandingkan masalah aku dengan cerita kau. maaf, back off .

buat masalah tak selesai, dan hati semakin sakit.
buang masa.

setiap ketika, aku terasa yang hibanya hadapi situasi begini
kurung diri, kesat air mata seorang diri.
tak ada tempat nak luahkan emosi ini
tapi aku sabar
aku diam.
buat macam tade apa-apa yang berlaku
jujur
aku betul betul terkilan.

masa suka, semua dikelilingi
masa kau sakit
kau jatuh
kau sedih
ada yang datang nak bantu ?
ada datang nak tanya masalah ?
ada semua ?
bangsat

aku puas dengar cerita orang
puas dengar luahan hati orang
kebalkan telinga dengar cerita indah orang
tapi aku nie sikit tak dikisahkan
aku tak tahu lah kenapa
tak seorang pun faham
tak sorang pun perasan
dan aku makin memendam.

tak semestinya berpasangan tu indah. sayang sentiasa. entahla, tapi aku dah terasa biasa sahaja. aku sayang, jujur aku sayang. tapi aku dah semakin lemah. makin terasa yang aku nie macam tiada gunanya. dah terasa yang amat-amat terasingnya. aku faham adat bercinta, tapi terasa aku tiada tempat luahannya. terasa diabaikan. hanya mampu tahan air mata walaupun hari hari menitik tanpa bunyi esakkannya. takkan sesiapa tahu. melainkan kau yang sedar yang aku betul betul terasa tentang hal kau.

aku bersabar, cuba lagi bersabar .mungkin dugaan. lagi lagi dia berjauhan. relakan segala perbuatan. dekatkan diri dengan kawan-kawan. tapi tak semua mampu kita tahan kan ? aku pasrah. terima dia walaupun sebenarnya hati aku banyak terluka. teramat terluka. even aku terlampau sayangkan dia.

aku kasar, aku baran. itu semua tahu. dari muka lagi semua aim aku nie serius. tapi please lah. aku bukan macam tu. entahlah, dunia ini makin kejam sehinggakan aku terasa aku tak lakukan apa-apa tapi hukuman datang serta merta. 

kuatkan iman
kuatkan hati
terus tersenyum
moga ada hari
yang
sentiasa aku nanti
Insha Allah.


09 February 2013

rasa hati

secara tak sedar
perbuatan diri tak setimpal dengan kehendak diri
adakala
tak duga, tak terkata
akan melakukan sesuatu yang laur jangka.
tak sedar tentang sekeliling
dan juga perasaan orang lain.

itu biasa
itu normal

kerna
keinginan melampau itu membuatkan diri luar dari kawalan
luar dari kemampuan
membuatkan hati ini perlu dipuaskan
bukan sengaja
adakala perasaan itu yang mengawal minda.

mengalir air mata
itu sahaja yang akan buat kita lega
rasa selesa
walaupun
tiada sesiapa disisi
menjadi pendengar setia.

senyuman mesra
tak beranggapan indah selamanya
hanya mengawal hati yang sentiasa duka lara.
dan takkan sentiasa ceria.

adakala, bukan semua orang boleh kita percaya
tak semua boleh dikongsi bersama
cuma curiga itu tetap ada.

terpaksa kebalkan hati
kuatkan jiwa
dari sentiasa timbul sengketa.
supaya 
akhirnya semua baik-baik sahaja

:)


kehidupan

masa.
adakala kita lupa tentang kepentingannya.
terlupa tentang perkara utamanya. 
dan manusia, tak pernah sekalipun tak tepat pada masanya.

usia.
angka bukan ukuran sebenarnya.
tak semestinya luarannya nampak dewasa.
tetapi fikiran lebih mematangkan dirinya.

duapuluhsatu.
tak percaya itu angka buatku.
angka bersama-sama dengan tentera seangkatanku.
tapi tak bermakna kami sebulu.

tak duga, tak percaya.
puluhan angka itu beri seribu erti buatku
memikirkan hari-hari yg penuh berliku.
dan tak semua aku mampu tempuh

kerjaya, cita-cita, impian.
semuanya amat-amat diidamkan.
didambakan.
yang berharap sesuatu yang pasti untuk dikecap.

memori
yang selari dengan pengalaman diri
buat aku lebih berhati-hati 
untuk perbaiki segala kelemahan diri.

masa
tak duga makin hari makin lanjut kiraannya
makin tinggi angkanya
tapi tak bermakna 
aku bukan manusia tua
haha

usia
buat jiwa aku makin berkobar
buat aku lebih berjiwa
dan
buat aku lebih faham dunia sebenar
  yang penuh pancaroba.