Followers

28 March 2013

busy busy busyy !

tak sampai sebulan, final dah dekat. berlambak kerja. sampai bersepah semua modul aku. timing tidur janganlah kata. seminggu tu tipulah tak tidur. kalau kelas tengah hari, boleh jugak lelapkan mata. kalau tak, menelaah sampai subuhlah jawabnya. 

fening dengan peel lecturer. last minit bagi kerja memang payah lah. ade sampaikan presentation tu nak disumbatkan sama timing dengan test. oh may hantu, gilaa lah nak siapkan slide dengan nak hafal nota. haish, lain cita lah kalau slide tu topik yang masuk test. boleh jugak terima lagi. ini tidak, simpang.. simpang...

makin dekat dengan final, makin dekat lah jugak dengan program aku. risau jugak nak lead anak buah aku. dengan nak g usha tempat dinner tu entah bila. wahhh, menyeramkan pulak if ada yang menghalang. huhu. dengan misi penyambung generasi masa hadapan lagi. ohh harap harap semua baik baik je.
huhu

weekend nie tak dapat balik lagi. alkisah ade program kat planetarium kat KL. aku diwajibkan follow sebab ajk program. aktiviti dia simple jep. hahaha. senang aja bahh. so tak ramailah ajk tak dapat join sebab tempat terhad sebab pertukaran bas panjang ke bas ketot yang last minute. haish

esok betul betul test audit aku. entahla, aku nak mesej dia, macam tade pape effect kat dia jep nanti. aku try nak conct, tapi dia buat dia. aku tatawu lah. lagipun mesti dia dah contact dengan ex dia. so buat apa aku mencelah. 

entahlah, lepas satu satu datang dekat aku. sampai aku dah tak tertampung lagi dengan hal nie. sampai terbawak bawak demam nie. tak sangka pulak gini jadinya. kena jugak berjaga-jaga even aku rasa aku dah berada di position selesa. tapi tak jugak. takut tak lepas je. hmmm. gila tak suka, tapi aku tahu hal tu bukan akan jadi akhirnya. kan ?

so be happy and senyum 

:)




24 March 2013

kecewa

bangun pagi pagi sementara nak setup makanan untuk program
leka leka dulu online kejap.
then sambil bukak facebook.
sementara tu sempat jugak aku tgk fb dia.
and 
ape yang aku nampak kat post dia...
dia dah frend balik dgn ex dia.
ermm
.............................
okey...

aku tak sangka macam nie.
bodohnya aku percaya kat dia selama nie.
pagi pagi lagi mood aku lariiiii !!!!!!!!!!!!!
aarghhhhhhhh !!
memang lah hak dia, tapi akuuu ??????
okey fine, memang aku nie dah tade pape ngan kau.
tapi boleh tak respect hati aku nie !!
Ya Allah, tak sanggupnya mcm nie
ahhhhh !!!
tak tahannya akuuuuu !!!

sumpah aku dah tak sanggup lagi nak stalk fb dia.
serius kalau aku tahu mcm nie, takkan aq fikirkan lagi hal dia.
dia tu ade sekali pun nak faham aku ?
faham segala perasaan aku.
kenape salu mcm nie.......
:'(

aku dah tak mampu lagi. 
dan aku tak sangka dia buat aku mcm nie.
jujur aku sakit hati.



18 March 2013

" jangan kau anggap tindakan aku itu seperti membuang kau dalam hidup aku. sekalipun aku tak anggap sebegitu. Cuma aku mahukan kau memiliki hidup sendiri seperti yang kau inginkan. mungkin sebuah kebebasan. aku tahu tak sepatutnya aku lakukan semua ini. aku merasakan dengan cara ini, ada something yang lebih baik untuk kau.. Tapi bukan aku lepaskankan kau untuk perempuan lain.. Cuma untuk masa depan kau.... "

                               ~ heyyat ashiya ~
"memang aku boleh delete semua gambar kenangan kita dulu dekat facebook or instagram or whatever. tapi tak bermakna aku boleh delete kau dalam ingatan aku dan dalam diari aku. sebab kau adalah orang yang pernah aku sayang dahulu..."

                                                                                                    ~ heyyat ashiya ~       

move on girl !

adakala, tak kuasa nak memikirkan setelah apa yang terjadi. tak tertanggung hati ini nak dipujuk lagi.
tapi mungkin semua ini seketika sahaja.
tak ada niat nak akhiri semua. just berharap tidak akan lost contact dengan mudahnya.
terasa jugak macam tak guna. geramnyaa. sakit hatinya.
melihat dia dengan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
mungkin dia dah bahagia kembali dgn dunia dahulu.
dunia tanpa aku.

aku cuba cari ruang kembali. mencuba merapatkan diri. bukan sebab aku mahukan status itu kembali, aku mahu berkawan.
bukan sebab aku nak tampal kesalahan setelah aku lakukan.
cuma aku tak mahu dia hilang.
sebab aku masih sayang.
ermmm, yup, mungkin orang sangka aku ini  tak sedar dek untung. tapi aku tahu, mungkin ini ada hikmahnya.
mungkin ini yang terbaik buat dia.
dan mungkin ini pengajaran buat aku juga.

aku try mesej, try nak sumthing yang bole buat kiteorang rasa ada perbualan. tapi aku tak rasa itu semua ada hasilnyaa.
tak juga dibalasnya. dan aku tahu mungkin mesej aku ini mengundang amarahnya.
tapi takpelah, as long dia ingat aku. dia tak padam aku dalam memori dia.
mungkin itu kira cukup agaknya
:')

aku try busy kan diri. sampaikan berlambak kerja aku kena siapkan. dengan test yang tertunggak bagai. quiz yang mcm soalan final nk dijawabnyaaa. 
tapi aku still lagi khayal. otak merewanggg. hurmmm
entahlaa, sedih jugak, tapi apa boleh buat.
aku kena teruskan.
bukan berlagak seperti tiada apa yang terjadi, cuma aku nak bangkit kembali.
tak tahulah. tapi Alhamdulillah.
sekarang aku dah bole kawal segalanya. dan aku terasa aku tak lagi dengan murungnya.

mungkin ada ketika aku terasa aku rindukan dia. rindu yg tentang seperti dulunyaaa.
tapi aku tahu, mungkin semua ini takkan seperti dulu.
aku menyesal ?
umm, bukan menyesal, cuma aku kesal dgn setiap tindakan.
betul, 
sayang itu tak semestinya memiliki.
cinta itu hanya sekali.
tapi jodoh itulah sebenarnya yang betul betul abadi
wallahualam

:)


13 March 2013

tiada lagi.

sekejap sahaja. berakhir semua. dan terhentinya semua.
ya, aku yang pinta. aku yang memulakannya. dan sebenarnya aku merasai sesalannya.
mungkin ini sudahnya. 
ada hikmahnya.

aku cuba bertahan. bertahan supaya tak merasai apa-apa. tak merasai yang hati ini sakit seksanya.
mungkin ini lumrah adat bercinta.
tapi mungkin kesabaran ini ada hadnya. 
dan jiwa ini mungkin tak boleh menerimanya.
biarlah aku lepaskan semua.
supaya hati ini tidak ada sesaknya.

aku cuba yang terbaik untuk kita. aku diamkan. dan adakala meninggi amarahku. sehingga kau sentiasa menjadi sasaran aku. cuma yang aku kesalkan, aku terasa aku hidup keseorang. bukan berpasangan. dan terasa kehilangan dgn seseorang yang dahulu  pernah panggil aku sayang.

aku kecewa bila dia relakan, sedangkan kau tak tahu yang aku mahu kau pujuk. mahu kau cuba kekalkan. tapi dengan mudah kau relakan.
mudahnya.
setiap hari aku tak dapat tahan dengan air mata.
dan aku buntu.
seperti mana kau buntu tentang hal kita.
:'(


09 March 2013

Latest Stories

Assalam semua. 
lama tak berblog. nak buat gi mana, sibuk memanjang. nak sapu habuk kat lappy sendiri pun tak sempat. hehehehe
dah masuk bulan ketiga. assignment yang sungguh menggunung sekarang nie. kejap kejap quiz, kejap kejap test. kejap kejap tutor. alamatnya tak tidur lah sampai pagi.
dan sekarang program bole dikatakan every weekend, so if ada peluang dapat join, kena jugak lah datang. lagi seronok ade pegawai pelatih yang sekepala. meriah gituuuu ! 
hahaha

kali nie heyyat nak bercerita soal sesi kauseling secara individu. banyak kelebihan yang dapat dari sesi tersebut. yelah, first kite dapat lepaskan segala problem yang selama nie berlonggok dalam minda nie. second, kaunselor itu sendiri akan permudahkan kita bagaimana nak mengatasi masalah yang dihadapi sekarang.

so Alhamdulillah heyyat dah nampak apa yang heyyat inginkan dan ade perkara juga yang dapat diselesaikan. jujur lah dari hati, bersyukur sangat dapat bersama-sama join kelab PRSP PPD nie sebab banyak advantage yang kita dapat. tak kisah lah pada mula dulu kita join kelab nie sebab nak kejar populariti tapi sebenarnya kelab nie mendidik kita lebih menjadi seorang kilauan emas. maksud heyyat, tak semua orang dapat seperti mana kelab kami dapat. Alhamdulillah.

so weekend nie terpaksa pulang ke seremban sebab my belonging sister dah dapat tawaran mengajar. dekat nibong tebal hangpaa tau takk. jauhhnyaaaaa :( 
berfikiran jugak aku nak ulang alik dari poli ke seremban hari hari tapi masalahnya lesen takdo laie. harapan sajalahh.
yelah, next week dia dah kena daftar dekat sana, if dia tak setel apa semua, dalam 2 3 minggu lagi baru pulang. cepatnyaa result dia keluar. huhuhu
terpaksalah jugak sabar, ibu kesian tinggal sorang sorang. so dengan ini, amat keraplah aq balik setiap weekend nak teman bonda tersayang.

harap harap dipermudahkan segala oleh-Nya

:')