Followers

21 April 2013

responsibility

esok kemuncaknya.
bermula peperangannya.
bersenjatakan kalkulator yang boleh kata dah uzur.
hahaha
pening pening lalat aku study management.
satu topik 
ade empat sub topik
step lain lain
last last malam tadi aku pun berkeroohh
mengantuk punya pasal.

belek belek diari.
tengah bulan depan ada program.
nun jauh dekat pantai timur.
dah siap kira kira hari
cukup tak sebulan 
nak buat part time
cuti enam minggu harus bekerja.
ehh WAJIBBB !
heee

lepas perlantikan .
aku dah terasa gusarnya.
berdebarnya.
tak tahulah aku mampu atau tidak.
sekurangnya aku berusaha kan ?
amanah orang
laksanakan dengan drastiknya.
tapi aku akan pastikan
aku mampu.

mungkin dengan penerimaan ini
ada dugaannya
dan
ada hikmahnya
tapi harapan aku
aku mampu berdiri
berdiri dengan kemampuan dan semangat aku
bukan sebab aku mengalah
menerima dengan penguasaan dari seseorang.
yang membuat aku terasa ada sebuah penindasan !
no no noo
yes i know i can do it !
dengan adanya mereka.
aku tahu aku mampu.
insha Allah

:) 

go heyyat go !


17 April 2013

arwah ayah

genap 12 hari bulan april
tahun 2013
ayah pergi meninggalkan aku, enor dan ibu.
dengan tenang, dan semuanya berjalan lancar.
arwah dikebumikan selepas maghrib.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.

ingat dahulu, pada awal-awal perhubungan dengan ayah.
dengan tiba-tiba ayah datang rumah.
dengan senyuman
dengan ayam kfc.
dari situ aku dah terasa sayu. ayah masih tak lupa 
yang kecik-kecik dahulu 
aku suka bedal ayam.
dan
mencium tangannya merupakan satu perkara yang dah lama aku tinggalkan.

ketibaan ayah dirumah hanya untuk mengambil kembali hati aku.
yang dahulu panggilan 'adik' disebut-sebut.
rindu
tak terkata.
cuma aku dengan ayah adakala kurang berbicara.
dan diam sahaja.

semakin hari, semakin tahun. aku makin rapat dengan ayah.
segala benda tak lengkap, 
masalah
mesti ayah yang pertama aku beritahu.
adakala rasa kesian ada juga
tapi aku nak bersama ayah.
aku menjalankan hak aku sebagai anak
yang perlukan perhatian daripada ayah.

sekalipun ayah tak pernah protes setiap butir bicara aku.
dia senyum ketawa walaupun dia tahu aku berlebih.
dan dia akan dapatkan segalanya untuk aku.
sebab untuk aku.

keluar masuk hospital
ibarat rumah kedua ayah. 
aku makin serba salah apabila ayah sentiasa berulang alik disebabkan aku.
tapi ayah tak kisah.
asalkan dia kata dia nak ambil berat pasal aku.

dulu kecik-kecik aku selalu anggap aku nie selalu menyusahkan.
membebankan. 
tapi ayah tak pernah sekalipun bangkitkan hal lama. 
dia sabar.
cuma kadang-kadang aku terasa serba salah.
melihat keadaan ayah 
mencari kehidupan dia.
yang sentiasa berada disekeliling anak-anak dia.

memang dulu dalam fikiran aku hanya ada ibu
segalanya dengan ibu setelah ayah tinggalkan kami.
tapi usia mematangkan kami
dan 
Allah membuka hati kami.
dan mengeratkan kami.

tak sekalipun aku terasa dia itu membebankan.
tak sekalipun aku dendam pada dia.
dan
tak sekalipun aku marah pada dia.

dia ayah aku. 
selamanya dia tetap ayah aku.
dan aku berharap dia tenang disana.
Ya Allah, rahmati dia.
dan cucurilah rohnya.
moga ayah tenang disana.

adik sayang ayah :')


05 April 2013

terkena vs balasan

satu satu datang.
satu satu dibangkitkan.
dan 
satu satu timbul puncanya.
aku dah tak tahu nak buat apa
nak cakap macam mana
terasa apa lagi yang nak diduga.
jujur aku pasrah saja.

mood memang lari kalau mula ditanya.
hati nie sakit kalau ada penyebabnya.
tapi aku tak tahu 
kenapa aku yang mangsa.

aku percaya.
dugaan mungkin.
ataupun balasan mungkin.
aku akur. 
aku terima.
tapi aku tak kuat seperti yang mereka jangka.
aku bukan penyelesai yang kau rasa.
sebab aku dah terlampau 'biasa' terkena'.
kau faham kan ?

aku cuba tak mahu ingat.
takkan cuba
takkan mahu rasa buat kali kedua.
sebab aku tahu yang aku akan kecewa.
kecewa dengan dunia.
sebab aku masih belum berpeluang.
rasa bahagia.

adakala aku senyum. 
ketawa
sampai kau sangka aku dah lupa hal lama.
ya
hal lama. 
tapi sekali terlintas
aku terasa kebahnya.
tunggu rebah sebenarnya.

aku rasa
kau tahu apa yang aq tak tahu
yang mungkin disebalik hal ini
mana tahu
tak semua hal itu boleh didedahkan.
yang sebab atau puncanya.
tapelah
asalkan ada hikmah.
dan mungkin ada kebenarannya.
mungkin.

buat apa nak kenang hal lama. 
kau sendiri dah tak peduli
dan takkan aku ungkit.

mekasih sebab kau pernah sayang aku.
mekasih sebab ada jugak memori dalam hidup aku.
dan 
mekasih jugak sebab kau buang aku.