genap 12 hari bulan april
tahun 2013
ayah pergi meninggalkan aku, enor dan ibu.
dengan tenang, dan semuanya berjalan lancar.
arwah dikebumikan selepas maghrib.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.
ingat dahulu, pada awal-awal perhubungan dengan ayah.
dengan tiba-tiba ayah datang rumah.
dengan senyuman
dengan ayam kfc.
dari situ aku dah terasa sayu. ayah masih tak lupa
yang kecik-kecik dahulu
aku suka bedal ayam.
dan
mencium tangannya merupakan satu perkara yang dah lama aku tinggalkan.
ketibaan ayah dirumah hanya untuk mengambil kembali hati aku.
yang dahulu panggilan 'adik' disebut-sebut.
rindu
tak terkata.
cuma aku dengan ayah adakala kurang berbicara.
dan diam sahaja.
semakin hari, semakin tahun. aku makin rapat dengan ayah.
segala benda tak lengkap,
masalah
mesti ayah yang pertama aku beritahu.
adakala rasa kesian ada juga
tapi aku nak bersama ayah.
aku menjalankan hak aku sebagai anak
yang perlukan perhatian daripada ayah.
sekalipun ayah tak pernah protes setiap butir bicara aku.
dia senyum ketawa walaupun dia tahu aku berlebih.
dan dia akan dapatkan segalanya untuk aku.
sebab untuk aku.
keluar masuk hospital
ibarat rumah kedua ayah.
aku makin serba salah apabila ayah sentiasa berulang alik disebabkan aku.
tapi ayah tak kisah.
asalkan dia kata dia nak ambil berat pasal aku.
dulu kecik-kecik aku selalu anggap aku nie selalu menyusahkan.
membebankan.
tapi ayah tak pernah sekalipun bangkitkan hal lama.
dia sabar.
cuma kadang-kadang aku terasa serba salah.
melihat keadaan ayah
mencari kehidupan dia.
yang sentiasa berada disekeliling anak-anak dia.
memang dulu dalam fikiran aku hanya ada ibu
segalanya dengan ibu setelah ayah tinggalkan kami.
tapi usia mematangkan kami
dan
Allah membuka hati kami.
dan mengeratkan kami.
tak sekalipun aku terasa dia itu membebankan.
tak sekalipun aku dendam pada dia.
dan
tak sekalipun aku marah pada dia.
dia ayah aku.
selamanya dia tetap ayah aku.
dan aku berharap dia tenang disana.
Ya Allah, rahmati dia.
dan cucurilah rohnya.
moga ayah tenang disana.
adik sayang ayah :')
No comments:
Post a Comment