Followers

26 March 2014

Penghijrahan.

since dah rajin guna hotspot nie, makin rajin pulak aku follow and open blog blog yang bole bagi inspirasi aku membaca and pengetahuan. tapi news yang paling latest aku baca nie tentang penghijrahan kepada bertudung. Alhamdulillah.. speechless bila kita tengok orang yang kita tak terfikir akan berubah secara drastik tentang penampilan diri. kan Allah itu berkuasa dengan sekelip mata membuka hati hamba-Nya berubah dan kembali kejalan-Nya. Subhanallah.
first of all yang aku terbaca nie tentang hal misz nina. seperti yang kita tahu, dia artis pop dengan pernah buat konsert yang bole dikatakan kebaratan tetapi kini berpenampilan muslimah dan meninggalkan segala karier dia. tipulah tak terkejut tapi memang kita sebagai wanita muslim memang mengucap rasa bersyukur sebab Allah bukakan hati dia untuk menjadikan agama sebagai panduan dalam hidup dia bersama suami. 
as we know, misz nina nie low profile, tak show off and mostly dia nie tak banyak pun kena kejar dengan wartawan dan lebih kepada kerjaya seni dia. dan kini dengan perubahan sekarang, kebanyakan peminat dia pun memberi pandangan yang baik.

and ini ulasan dari misz nina sendiri.


ade orang ambil ringan bila statement macam nie keluar. tapi mungkin dia jujur dalam percakapan. ada sesetengah orang diberi hidayah melalui mimpi, kejadian tetapi mungkin kes dia nie dia dalam akal fikiran yang waras serta emosi yang stabil dia memikirkan tentang masa depannya. Allah, besarnya kuasa-Mu.

yelah, mungkin ada daripada kita dari kecil cukup didikan agama, diajarkan solat yang sempurna tetapi masih jahil tentang kekuasaan-Nya. bukan aku nak menuduh mana mana pihak. tapi inilah yang berlaku. sesetengah orang dilahirkan dalam keadaan yang berbeza cara hidupnya. ada yang tak kenal Al-Quran yang mana. Mungkin keluarga yang kurang didikan agama. dan mungkin jugak yang baru memeluk Islam. Wallahualam. tapi dengan niat yang betul, penghijrahan boleh berlaku.

sekarang macam macam hal terjadi. konsert bebas berleluasa. mati dengan kekufuran. hilang penghormatan. terasa syahdu pilu sedangkan saudara lain berlumba lumba inginkan kehidupan yang sempurna yang kita ada.


bila dengar berita, sana sini berlaku. kehilangan pesawat malaysia, keganasan di mesir, penindasan agama di swedan, gejala sosial dalam negara. tak takutkah kita Allah sedang 'berkias' apa yang terjadi di hadapan mata ? meremang bulu roma bilaa kita merasai kehilangan, kesengsaraan umat lain yang bertungkus lumus dapatkan kemakmuran Islam. Allah meminjamkan segalanya dihadapan kita, dan kehendak Dia ingin mengambil kembali. termasuk nyawa kita sendiri !

ingatlah, sebaik baik kejadian itu Allah tentukan.


Surah Al-Insyirah (ayat 5 hingga 8)

Allah itu uji kita dengan macam macam perkara, sebab apa ? sebab Allah tahu kita mampu hadapinya. Allah takkan uji luar dari kemampuan kita. jadi bersangka baiklah. ermm aku pun tersentuh hati dengan apa yang berlaku disekeliling aku, pengalaman aku. tipulah tak menyesal. kerdilnya diri. tapi janganlah dikenang lagi. Allah dah bukakan hati kita dan beri peluang untuk kita tebus. jangan bazirkan. doakan hidup kita ini diberkati dengan dikurniakan anak anak yang soleh satu hari nanti.

Allah Berkuasa. Allah Pencipta Agung. Allah Segalanya.
Allahu Akhbar.


25 March 2014

Ujian

tak mudah nak lupakan. apatah lagi mahu menidakkan. Allah itu meminjamkan pelbagai perasaan. sampaikan kita sendiri tak tahu menjaganya. erti kata lain terbuai buai sehingga terlupa pada Maha Pencipta. semua pernah mengalami. semua pernah merasai. begitu juga aku.

pedihnya jiwa bilaa hati dilukai. pedihnya jiwa bila janji dimungkari. dan musnahlah ikatan jika seseorang itu pergi. mungkin Allah Taala menguji dengan banyak cara. kadang kadang setiap perbuatan itu dibalas dengan keadaan sekeliling. cuma kita bersangka baiklah yang Allah itu menguji hambanya kerna kita adalah pilihan Dia. 

lemah. rebah. sesak. semua dirasai. terimbau dengan kesilapan lama buat diri belajar berdikari. move foward, don't look at back again. sesungguhnya Allah telahpun menyediakan sesuatu yang terhebat untuk hamba-Nya yang menghadapi ujian dalam iman. mungkin kita tak merasai kesenangan yang dihadapi. tapi percayalah bahawa kelak sesuatu yang akan menanti.

Insha Allah.
Allahu Akhbar.


19 March 2014

Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson ke - 23


Alhamdulillah dengan izin Allah aku berkonvo semalam. berdebar, selawat tak putus dalam hati. usai saja majlis, bersorak dengan kawan kawan. berakhirnya perjuangan di politeknik. bersyukurlah apa yang telah aku genggam. dup dap dup dap bila nak naik atas stage. menjunjung kasih lagi. kelu lidah nie sebenarnya. tapi pape pun selesai jugak.

sampai sampai je aku sorang belum saeung jubah konvo. mana tidaknyaa jem nak keluar dari taman, lupa pulak aku budak sekolah haritu. menggagau lah dibuatnya. sampai poli dalam 7.45, semua dah beratur siap siap. hahaha tulahh lambat lagi. tapi pape pun sempat lagi bergambar dengan bebudak nie semua.


kawan yang sentiasa berkongsi suka duka. makan bersuap, tido beralas, nota copy and paste. kantoi sesama. memang semuanya sama sama. hahaha tak lupa pada yang tiada dalam gambar, korang tetap dalam hati aku. 


kami takkan terpisah. sentiasa merindui dan sentiasa bergosippp. hahaha miss all of you. gudluck what you done. mogaa tidak lost contact yaa !

:)

13 March 2014

stay away

hello guys.
suddenly aku tergerak hati update blog malam nie. dalam tetengah malam nie nak sharing dengan reader semua. ermm talking too much but nothing pun payah gak kan ? but i dun know why this situation always make me lost everytime. seriously, sikit sikit aku buat diri aku lebih kepada-Nya. adakala humans makes us terigau igau. buat salah sampai non stop. but until when right ?
entahlah, for those yang baca blog aku nie. please aku tak libatkan sesiapa dalam story aku. just tak suka when my privarcy u make i remember my past. damn it. who are u to keep me in ur bullshit life ? gosh. aku dah ada orang lain. yang bole buat aku bahagia. i want my day in my life. a best day with sumone of my life. please close the story now ?

i have him. seriously i want him. aku tahu Allah tak beritahu dia jodoh aku. tapi aku berpegang pada seorang sahaja. Alhamdulillah, he accept me even he know i nakal nakal dulu. free hair, cakap banyak. tapi setidaknya dia jujur. ape yang dia tak suke dia cakap. dia tak simpan. bukan aku nak cakap aku berubah sejak with him. tapi hati nie dah tak sanggup jadi orang lain. menjadi kepuasan dia mata orang lain.

bila dia ingatkan aku pasal jodoh. aku tergamam. bila dia ingatkan aku pasal kewajipan, aku tersedar. dengan dia, even i not totally understand him body languange, tapi kelama lamaan aku faham kenapa dia buat macam tu. dengan perangai aku dengan dia kontra. apetah lagi warna kulit. hihihi tapi tu tak kisah sangat lah. cuma dia jenis tak macam partner aku before nie.

dia tak cakap pun kiteorang kapel. dia tak cakap pun kiteorang declare. but when we meet, ade electric short yang aku pun pandai dah malu sekarang. hahaha kalau dulu tak kisah pun berbual kat bilik prs tu. tapi aku bukan takot dengan keadaan aku dengan dia. just aku risau ada yang seseorang keep visit my blog and still whatsapp me untuk berkias kias. erm aku pun tak tahu nak stopkan dia macam mana. lost.

tapi aku berserah kat Allah. aku nak berubah. adakala naluri aku tu tak terlepas dari sifat kemahuan and buat aku hilang kemampuan. please, i'm happy now. happy with him, happy in new life. 

stay away from me.
go find ur own life.