Assalamualaikum gais. Okey entry kali nie, yati nak story tentang kursus DIPLOMA AKAUNTANSI di Politeknik Port Dickson. untuk yang bersedih tergolek terlentang yang tak dapat masuk universiti, asasi mahupun matrikulasi janganlahh risau. sebab yati one of them jugaklah! hahaha tapi I never regret and I'm proud be Polipd Graduates. Politeknik nie kira under goverman lagi, fees pun murah, kamsis (asrama) pun teramat murah tapi sekarang polipd ade dah apartment baru (tak tahu berapa fees) jadi tak perlu kuatir rasanya tentang diploma di politeknik nie valid ke tak ataupun sampai katakan poli nie macam sekolah ke? lebih kurang tapi life as mahasiswa tu still ada.
1. Malaysian Qualifications Agency
mengikut rekod dari MQA klik sini kursus akauntansi berdaftar dan tidak diragui. Alhamdulillah sekarang cari kerja merata pun student politeknik tak diketepikan malah pernah dilabel bekas pelajar politeknik lebih mudah menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan atas faktor pernah menjalani latihan industri ketika di semester 4 hampir 5 bulan.
2. Suasana Pembelajaran
beginning masuk politeknik tu memang akward gila actually. yelah politeknik nie diibaratkan kira anak tiri pengajian tinggi seperti kolej komuniti lah. hahaha tapi tu abaikan sebab takde masalah pun kan? dengan result SPM agak impress tapi masuk poli? tipu tak down kann. teringat yati masuk first class basic accounting. benda pertama yang lecturer - Encik Fouzi tanye siapa yang dapat A dalam prinsip akaun? siapa tak bangga kan? so hanya 3 orang termasuk yati yang angkat tangan dalam kelas. then siap tanye apesal masuk politeknik dengan tanya kenapa dapat second intake? mengekek lecturer tu sebenarnya. kite tengah down boleh cakap macam tu? grrrr.
tapi last skali lecturer tu cakap,
tak poli tak universiti lain, jangan risau korang product paling laku kat luar sana kalau kau belajar kat sini....
so dah ada semangat kat situ. dari semester satu kau target bagi cungap sampai 3.40 above okey? sebab kadang kadang sem 3 atau 5 kau boleh tersungkur sikit and bila result kau merundum nanti pointer kau paling tertinggi tu nanti akan cover pointer kau supaya tak kurang dari 3.00 kebawah. sebab ape yati cakap? sebab yati dah buat experiment setiap pointer yang yati dapat. hihi
subject politeknik lebih kurang dengan universiti yang lain. beza hanya cara pembelajaran. dekat poli korang tak payah risau pasal notes, white board or assignments. sebab bila masuk topic baru setiap subject, lecturer dah suruh monitor pergi fotostet untuk chapter baru. biaselah setiap awal semester setiap subject akan ade cost outline pun kadang kadang ada lecturer baik hati tolong printkan. haa mulia betulkan? just kalau ada lecturer yang straight sikit korang kena godek sendiri dekat portal SPMP under polipd bagi download semua kejadah tu.
dari semester satu sampai semester 6, kelas dengan penasihat akademik takkan berubah even ada carry paper or exstand sem. sebab penasihat akan sentiasa guide and tolong uruskan jadual dan kita yang kena tempuh lecturer baru or yang sama bagi yang repeat paper. classmates pun sama selagi korang tak exstand sem. keadaan bilik kuliah (maaf cakap) seperti sekolah lagi. cuma upgrade bilik ada pagar and ada aircon (macam makmal). sebabkan commerce department lebih kepada teori dan latihan (tutor) jadi infrastruktur tak sama macam kursus seni bina ataupun kursus teknikal lain. biaselah kelas setiap subjek akan berubah. contoh kelas finance dekat utara, kelas taxation dekat selatan, jadi marilah berkejaran ketika habis kelas.
ketika pembelajaran sedang berjalan, cara pensyarah semua berlainan. sungguh! mengikut pengalaman yati, korang kena adapt jenis2 lecturer nie
- ada lecturer beginning explain sikit je pasal introduction bagi setiap chapter then suka bagi tutor berlambak dari soalan previous exam and complete kan semua soalan then bincang bersama dalam kelas. biasanya pen marker lecturer tu mampu bertahan sehingga 6 bulan dek kerana lecturer takkan salin jawapan tu dekat board then selalunya jawapan yang majoriti akan dikira betul. (biasenye ade sorang yg genius dlm kelas bagi jawapan) haha so yang nie korang kena cepat tangkap sikit. misalan satu kelas tak tahu flow soalan tu macam mana baru lecturer tu tunjuk dekat board. dahsyat kan?
- kedua lecturer yang suka salin penuh2 dekat board (padahal bole je fotostet soalan dia tu) and kite wajiblah menyalinnye. lecturer yang selalu macam nie kire dia buat soalan sendiri and takde aihh dekat lecturer lain. bole jadi dalam 2 jam tu korang dah salin sampai 5 soalan dan jawapan (bayangkan klau 1 soalan account kena bukak sampai 10 ledger) mihmihmih. masa yati dulu ade jugak tinggal2 tapi mintak tolong mane yang sempat salin korang tirulah. janji jangan jadi ketam yer..
- ini khas untuk subject teori lah ea, contoh subject law, audit, teori economics or management. korang akan nampak 1 makhluk bernama lecturer beri khutubah kat depan. hahaha kena dengar khutubah tu dengan teliti sebab nota yang korang dapat tu kebiasaannya english. paham2 jelah kadang2 notes dari lecturer or kos yang kita belajar nie menggunakan buku standart master. ready gula2 or air masak lah kebiasaannya. macam yati dulu kelas marketing paling mengantuk. then lecturer tu ada inisiatif suruh kiteorg buat summary maps setiap chapter or setiap hari apa yg kita faham. kalau kelas company law tu setiap butir lecturer tu sebut kau salin malay dekat buku english tu. salah maksud or lambat tangkap, kau takkan paham setiap bahasa asing dari buku tu. hahaha
- untuk subject elektif tu tak payah risau sangat sebab subject takde final. kalau kelas pendidikan islam tu siap makan buah jambu lagi. kalau kelas english nie selalu buat short drama lah, role play lah. kire release tension jugaklah. subject elektif nie lebih kepada kerja teamwork. dari situ kite tau nak manage kerja or masa.
- okey yang nie serius sikit. setiap sem korang akan dihadiahkan subject kembar mathematics yang agak menggilakan dari subject account ya. hahaha sebabkan yati memang menyampah subject math, so tak suka kalau ade subject related dengan kira2. even orang kata alaa akaun tu kire math jugak kan. ehhh tidak yaa. jauh beza!
semester 2 - bisnes mathematics (kiraan housing, personal loan berkenaan dgn banking jugak)
semester 3 - cost accounting (jgn terpedaya ade ayat account ya, ini kiraan overhead factory)
semester 5 - tax (lebih pada kiraan gaji, untung benefit), management account (kiraan lebih pada formula)
semester 6 - business finance (perah otak kira susah oo lupa blaja ape ahaha)
okey berkenaan tentang carry mark dengan percent lulus. syarat lulus setiap test, quiz, assignment dan tutor masa zaman yati 50% ya. dapat 49 tu sila kipas lecturer cari lagi seketol kalau ada terlepas pandang. okey untuk carry mark pulak 50% assignment dan seangkatan dengannya dan 50% lagi final exam.
contoh ya ini kiraan yg selalu yati target
assignment & keseluruhan tutor audit 2 : 80 markah (bahagi 2 dapat 40)
final exam : 72 markah(bahagi 2 dapat 36)
jadi 40 + 36 = 76 keseluruhan.
audit dapat B yey!
haa faham kan?
3. Kamsis
untuk semester 1, memang akan diberi tinggal di asrama dan bole buat rayuan mane yang tak dapat. kalau nak apply lagi untuk semester berikutnya pun boleh yang penting buat permohonan dan berkelakuan baik. ade je yang dari semester 1 sampai semester 6 stay asrama. depends lah ya. dalam asrama tempat basuh kain okey lengkap, almari meja belajar semua ada. mesin basuh berbayar pun ada. kalau dapat asrama belakang poli selalu dapat ampaian dekat setiap blok, tapi yang dapat stay asrama blok depan kena berebut sikit lah. di Politeknik Port Dickson, ada 9 bangunan asrama perempuan dan 7 bangunan asrama lelaki. asrama perempuan di bahagian depan dan belakang and lelaki tengah2. korang jangan risau, polipd nie seluas luasnye tempat dia and kalau nak menapak tu memang kalau lewat masak jugaklah nak berlari. hahaha! satu bilik hanya 2 katil je tau. memang betul2 sape nak mood belajar bole stay kamsis. okey fees satu semester je baru RM60 ya. murah gila kan? tapi banyak rules korang kena ikut. mihmihmih!
- wajib turun solat maghrib dekat pusat Islam bagi lelaki setiap hari dan wajib selasa dan khamis bagi perempuan
- wajib bertudung, berseluar longgar dan tak boleh bawa kenderaan masuk dalam kamsis
- wajib register kehadiran dekat ketua aras kalau ade aktiviti dekat asrama.
- setiap rabu ada bacaan yasin di blok masing2.
- tak boleh keluar asrama, pindah bilik sesuka hati.
- wajib masuk asrama sebelum pukul 7 malam, letak kad kamsis kat guard. 3 kali lewat kad kena gunting.
- tak boleh bawa barang elektrik (kebiasaan kan?)
- dilarang merokok atau mencerobohi asrama berlainan jantina
sebabkan dulu yati jenis yang aktif and salah seorang majlis tertinggi dalam organisasi, selalu jugak skip datang pusat Islam tu and selalu roommate jadi mangsa, dengan ketua aras dok tanya mana pergi. stress jugak tapi kena explain bebetul lah yang kite nie busy arranged meeting dengan program lain. bukan kita tak pegi pusat islam tu tak solat ya, Alhamdulillah solat berjemaah dalam bilik PRS tu.
taknak stay kamsis? okey sewa taman poli jee dekat je jalan kaki.
4. Persekitaran
Nama pun podeksen kann, tepi pantai kasi swim lah! hahaha social life tu biasa dekat mana2 tempat belajar, pokok pangkal diri sendiri ya. ingat kita ade parents yang susah payah hantar belajar and kos hidup sana tak tinggi mana. cukuplah belanja bulan2 tu.
dalam politeknik port dickson soal bas ke rumah sewa tak perlu risau sebab byk taman perumahan yang boleh sewa dan pergi kelas jalan kaki je. kalau ada motor or kereta tu pastikan berdaftarlah kalau nak parking dalam poli. yang duduk asrama pun dekat je jalan kaki bole ikut laluan susur gajah sebab asrama betul2 belakang kawasan kampus.
5. Latihan Industri
Untuk jabatan perdagangan, semester 4 merupakan tempoh latihan industri bermula, kiranya dalam 4 5 bulan macam tu. kalau tak ada idea nak LI kat mana, terus je pergi unit latihan industri sebelah HHP tu, dia ade senarai syarikat yang bole jalankan latihan industri ya. untuk kursus akaun takde masalah kalau nak apply sekitar seremban. contoh audit firm ke tax agent ke consultancy ke secretary firm ke boleh asalkan related dengan akaun ya.
so kalau ada keraguan and tak pasti lagi boleh direct call pihak polipd sendiri or google je. Insha Allah belajar kat memana tak kisah pun, penting jaga diri jaga pointer! cewahhhh. so goodluck junior.
:)
No comments:
Post a Comment