Followers

15 April 2014

Roman Cinta - Mojo

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus 
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh 
Dalam hening jiwa 

Jika kamu tak percayakanku 
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ 
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu 

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba 
Tanpamu hilanglah makna 
Untuk menikmati romancinta 

Aku akan setia selamanya 
Selagi masih bernyawa 
Pulangkan kembali romancinta 
Yang kau bawa pergi 

Tanpa kamu menyiram kalbu 
Punah semua harapan larut dalam mimpi 
Batinku meronta 
kau ulang semula 
Menyayangi aku 

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba 
Tanpamu hilanglah makna 
Untuk menikmati romancinta 

Aku akan setia selamanya 
Selagi masih bernyawa 
Pulangkan kembali romancinta 
Yang kau bawa pergi 

Beri semula 
Hatiku rasa 
Romancinta 


06 April 2014

Tazkirah : kehidupan.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, 
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika kita tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin kita diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan (tidak memiliki tempat tinggal).

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia hidup berteman dan segalanya terjaga.

Jika kita tiada rezeki mendapat jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu dan bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia berbakti sepenuhnya pada kedua orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka lebih baik bahagia kerana rezeki yang tak dijangka kelak.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, ALLAH Yang Maha Adil penentu dalam segala hal.

Wallahualam.


26 March 2014

Penghijrahan.

since dah rajin guna hotspot nie, makin rajin pulak aku follow and open blog blog yang bole bagi inspirasi aku membaca and pengetahuan. tapi news yang paling latest aku baca nie tentang penghijrahan kepada bertudung. Alhamdulillah.. speechless bila kita tengok orang yang kita tak terfikir akan berubah secara drastik tentang penampilan diri. kan Allah itu berkuasa dengan sekelip mata membuka hati hamba-Nya berubah dan kembali kejalan-Nya. Subhanallah.
first of all yang aku terbaca nie tentang hal misz nina. seperti yang kita tahu, dia artis pop dengan pernah buat konsert yang bole dikatakan kebaratan tetapi kini berpenampilan muslimah dan meninggalkan segala karier dia. tipulah tak terkejut tapi memang kita sebagai wanita muslim memang mengucap rasa bersyukur sebab Allah bukakan hati dia untuk menjadikan agama sebagai panduan dalam hidup dia bersama suami. 
as we know, misz nina nie low profile, tak show off and mostly dia nie tak banyak pun kena kejar dengan wartawan dan lebih kepada kerjaya seni dia. dan kini dengan perubahan sekarang, kebanyakan peminat dia pun memberi pandangan yang baik.

and ini ulasan dari misz nina sendiri.


ade orang ambil ringan bila statement macam nie keluar. tapi mungkin dia jujur dalam percakapan. ada sesetengah orang diberi hidayah melalui mimpi, kejadian tetapi mungkin kes dia nie dia dalam akal fikiran yang waras serta emosi yang stabil dia memikirkan tentang masa depannya. Allah, besarnya kuasa-Mu.

yelah, mungkin ada daripada kita dari kecil cukup didikan agama, diajarkan solat yang sempurna tetapi masih jahil tentang kekuasaan-Nya. bukan aku nak menuduh mana mana pihak. tapi inilah yang berlaku. sesetengah orang dilahirkan dalam keadaan yang berbeza cara hidupnya. ada yang tak kenal Al-Quran yang mana. Mungkin keluarga yang kurang didikan agama. dan mungkin jugak yang baru memeluk Islam. Wallahualam. tapi dengan niat yang betul, penghijrahan boleh berlaku.

sekarang macam macam hal terjadi. konsert bebas berleluasa. mati dengan kekufuran. hilang penghormatan. terasa syahdu pilu sedangkan saudara lain berlumba lumba inginkan kehidupan yang sempurna yang kita ada.


bila dengar berita, sana sini berlaku. kehilangan pesawat malaysia, keganasan di mesir, penindasan agama di swedan, gejala sosial dalam negara. tak takutkah kita Allah sedang 'berkias' apa yang terjadi di hadapan mata ? meremang bulu roma bilaa kita merasai kehilangan, kesengsaraan umat lain yang bertungkus lumus dapatkan kemakmuran Islam. Allah meminjamkan segalanya dihadapan kita, dan kehendak Dia ingin mengambil kembali. termasuk nyawa kita sendiri !

ingatlah, sebaik baik kejadian itu Allah tentukan.


Surah Al-Insyirah (ayat 5 hingga 8)

Allah itu uji kita dengan macam macam perkara, sebab apa ? sebab Allah tahu kita mampu hadapinya. Allah takkan uji luar dari kemampuan kita. jadi bersangka baiklah. ermm aku pun tersentuh hati dengan apa yang berlaku disekeliling aku, pengalaman aku. tipulah tak menyesal. kerdilnya diri. tapi janganlah dikenang lagi. Allah dah bukakan hati kita dan beri peluang untuk kita tebus. jangan bazirkan. doakan hidup kita ini diberkati dengan dikurniakan anak anak yang soleh satu hari nanti.

Allah Berkuasa. Allah Pencipta Agung. Allah Segalanya.
Allahu Akhbar.


25 March 2014

Ujian

tak mudah nak lupakan. apatah lagi mahu menidakkan. Allah itu meminjamkan pelbagai perasaan. sampaikan kita sendiri tak tahu menjaganya. erti kata lain terbuai buai sehingga terlupa pada Maha Pencipta. semua pernah mengalami. semua pernah merasai. begitu juga aku.

pedihnya jiwa bilaa hati dilukai. pedihnya jiwa bila janji dimungkari. dan musnahlah ikatan jika seseorang itu pergi. mungkin Allah Taala menguji dengan banyak cara. kadang kadang setiap perbuatan itu dibalas dengan keadaan sekeliling. cuma kita bersangka baiklah yang Allah itu menguji hambanya kerna kita adalah pilihan Dia. 

lemah. rebah. sesak. semua dirasai. terimbau dengan kesilapan lama buat diri belajar berdikari. move foward, don't look at back again. sesungguhnya Allah telahpun menyediakan sesuatu yang terhebat untuk hamba-Nya yang menghadapi ujian dalam iman. mungkin kita tak merasai kesenangan yang dihadapi. tapi percayalah bahawa kelak sesuatu yang akan menanti.

Insha Allah.
Allahu Akhbar.


19 March 2014

Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson ke - 23


Alhamdulillah dengan izin Allah aku berkonvo semalam. berdebar, selawat tak putus dalam hati. usai saja majlis, bersorak dengan kawan kawan. berakhirnya perjuangan di politeknik. bersyukurlah apa yang telah aku genggam. dup dap dup dap bila nak naik atas stage. menjunjung kasih lagi. kelu lidah nie sebenarnya. tapi pape pun selesai jugak.

sampai sampai je aku sorang belum saeung jubah konvo. mana tidaknyaa jem nak keluar dari taman, lupa pulak aku budak sekolah haritu. menggagau lah dibuatnya. sampai poli dalam 7.45, semua dah beratur siap siap. hahaha tulahh lambat lagi. tapi pape pun sempat lagi bergambar dengan bebudak nie semua.


kawan yang sentiasa berkongsi suka duka. makan bersuap, tido beralas, nota copy and paste. kantoi sesama. memang semuanya sama sama. hahaha tak lupa pada yang tiada dalam gambar, korang tetap dalam hati aku. 


kami takkan terpisah. sentiasa merindui dan sentiasa bergosippp. hahaha miss all of you. gudluck what you done. mogaa tidak lost contact yaa !

:)

13 March 2014

stay away

hello guys.
suddenly aku tergerak hati update blog malam nie. dalam tetengah malam nie nak sharing dengan reader semua. ermm talking too much but nothing pun payah gak kan ? but i dun know why this situation always make me lost everytime. seriously, sikit sikit aku buat diri aku lebih kepada-Nya. adakala humans makes us terigau igau. buat salah sampai non stop. but until when right ?
entahlah, for those yang baca blog aku nie. please aku tak libatkan sesiapa dalam story aku. just tak suka when my privarcy u make i remember my past. damn it. who are u to keep me in ur bullshit life ? gosh. aku dah ada orang lain. yang bole buat aku bahagia. i want my day in my life. a best day with sumone of my life. please close the story now ?

i have him. seriously i want him. aku tahu Allah tak beritahu dia jodoh aku. tapi aku berpegang pada seorang sahaja. Alhamdulillah, he accept me even he know i nakal nakal dulu. free hair, cakap banyak. tapi setidaknya dia jujur. ape yang dia tak suke dia cakap. dia tak simpan. bukan aku nak cakap aku berubah sejak with him. tapi hati nie dah tak sanggup jadi orang lain. menjadi kepuasan dia mata orang lain.

bila dia ingatkan aku pasal jodoh. aku tergamam. bila dia ingatkan aku pasal kewajipan, aku tersedar. dengan dia, even i not totally understand him body languange, tapi kelama lamaan aku faham kenapa dia buat macam tu. dengan perangai aku dengan dia kontra. apetah lagi warna kulit. hihihi tapi tu tak kisah sangat lah. cuma dia jenis tak macam partner aku before nie.

dia tak cakap pun kiteorang kapel. dia tak cakap pun kiteorang declare. but when we meet, ade electric short yang aku pun pandai dah malu sekarang. hahaha kalau dulu tak kisah pun berbual kat bilik prs tu. tapi aku bukan takot dengan keadaan aku dengan dia. just aku risau ada yang seseorang keep visit my blog and still whatsapp me untuk berkias kias. erm aku pun tak tahu nak stopkan dia macam mana. lost.

tapi aku berserah kat Allah. aku nak berubah. adakala naluri aku tu tak terlepas dari sifat kemahuan and buat aku hilang kemampuan. please, i'm happy now. happy with him, happy in new life. 

stay away from me.
go find ur own life.


23 February 2014

kerja. kerja. kerja.

Konvo around in the corner ! yehaaa tak sabarnyee tapi baju pun tak beli lagi adoi adoi. Tapelah, tggu gaji lah nampaknyer, harap2 ade lah dpt lebih dari bos sebab team acc handle case client yg tax dorang 500k kau. hamboi tulahh, memang terbaik nak korek balik semua payment dorang. Huhuhu

Haa lupe nak bagitawu. Alhamdulillah aq dah dapat kerja yg tempat yg lebih baik dari dulu. kerja pun memang bidang aku. Just ade certain part secretary dengan audit je aku gagau sikit. Huhuhu so far staff okey, bos pun okeyy. Siap first day kena buli kau budak2 nie kenakan aku.
Hahaha staff lelaki mostly handle audit, so kurang related ngan dorang. Aq part secretary ngan account lah, firm tu taklah besar tapi memang pack barang2 diaa. Fail memang bersepah manjang, jangan lah usik, semua tu adelah sebabnya letak macam tu. Tapi tak sampai seminggu aku dapat clearkan 3 bilik filing dorang. Amacam terer tak ? hahaha terer sangat sampai aku pun kena resdung.

So dalam offer letter uh memang aku as a secretarial/account assistance. Alhamdulillah, basic tak banyak je tapi dah comfirm 3 months nanti ade kenaikan dia. Agpun aq still lagi dalam pemerhatian sebab akak2 nie guide aku buat state audit dengan annual return bagi. Fening !
Everyday pergi kerja pun tak rushing dah macam dulu, sampai opis lewat 10 minit pun tape sebab aq tak pegang kunci. Agpun pepagi dorang nie handle kerja yg tak heavy sebab petang2 je prepare dokumen untuk curier. Disebabkan sekarang nie handle case account tu, so memang nak kena rushing lah sebab LHDN nak tengok. Sambil2 tu ade jugak usik kerja secretarial.

Nie ade 1 hari tuu, aq dok bilik filing (opis adik bos gak) dok belek2 list company, tetibe kak faizah datang....

“ yati nanti tolong akak buat state audit untuk Synergal yer, pape tanye kak anis. Harinie nak tau. “

Aku pun dah terkebil kebil. Si basyar uh ape lagi bantai sengih2. Memang aq tatawu kot. Mase kak anis explain pun aq mamai je tgk kertas uh. Hahahaha tapi senang uh bolehlah, just shareholder kena tengok betul2, selalu sangat transfer nyer. Penyudah ea aku yg pening sebab nak kena update.

Time lunch dekat je. Hujung dari blok ofis aku. Dah selalu bedal bergedil dgn sayur je kat tempat keje lame, tetiba makan kat situ yang hari hari aq tengok lauk ade ikan ayam sotong. Hurmmm memang bajet sehari mesti bawah rm7, memang nak pergi tempat lain tu tak lah sebab aq rehat ngan akak akak nie. Just hari jumaat je lunch kat tesco, sebab kedai makan uh tutup. sabtu tengok jugak, if byk kerja, bos belanje lunch, tapi kerja fullday lah jawabnyer. So memang gaji kena siapkan belanja minyak ngan lunch. Nak pora2, fikir dulu. huhuhu

Haa nie story sweet sikit. Ade staf dalam ofis aku tuu husband n wife tau. Husband dia part audit, wife dia account n tax. Yg good dia, wife dia ade MIA kau. perghhh. Datang ofis sesame, breakfast kat opis sesame, buat keje sesame, balik sesame. Lunch je tak sesame, sebab husband dia jenis duk dalam ofis je, layankan budak2 lain yg tak turun makan nie. Bak kate pika, standart kalau keje dalam audit firm mesti ado yg laki bini nie. Sebab dah terlampau byk kerja, so bercinta dengan staf lah jawabnyer. Aku ? jangan lah, banggali nak letak mana. Hahaha

Aku ingat aku yg paling muda, rupenyer ade yang bawah aku. Jimbo. Dulu aq tersasul panggil dia abang, bantai budak opis gelakkan aku. Rupenyer dia baru 19 tahun. Just badan dia besar tinggi lah. Ingatkan dia runner bos, rupenyer admin. Heheheh first time aku tahu ade jugak lelaki jadi admin. Aku nak cuti nie leave form kena bagi kat dia. Pun boleh jimbo oii.

Sekarang ramai dah update tempat kerja memasing. Tersenyum biler tengok dorang post pasal kerja. Time dulu post pasal assignment macam haram. Hahahaha rezeki Allah yang tentukan. Nie ade sorang kawan aku kerja kat RHB, so if nak buat loan refer kat dia je. Mantap kauu. Rezeki kan Allah dah tentukan. Sekarang pun aku dah bersyukur dapat kerja nie. Environment pun sangat okey, harap harap lah kekal lama sikit dalam firm tu.

Gaji tu biaselah starting memang tak cukup tapi bila dah pegang duit hasil kerja sendiri nie rase lain dah. Memang lah dulu time cuti sem je part time, tapi beza sangat bila dah keje tetap nie. Siyes, memang tak cukup gaji tu tapi bila aq fikir2 balik, aq dah mampu bayar motor, roadtax aq bayar sendiri. Lesen aq bayar penuh sendiri. Makan, beli barang semua aku sendiri. Rase bersyukur sangat aku bole berdikari sendiri. Yelah, kadang kadang ade kite dengar parents tanggung sikit, ulur sikit tapi aku tak. Just pape aku kena jugak carik sendiri sebab aku tanak susahkan ibu..

Kadang kadang ado gak terlepas laku, mintak kat enor sikit, ibu sikit untuk belanja, tapi bulan2 untuk ibu aq tak pernah lupa. If tak dapat bagi cash, yang penting barang dapur lengkap. Tapi bila dah kerja nie teringat kat arwah ayah, tak sempat ayah nak tengok aku dah kerja. Kalau tak da bole belanja ayah minum kopi o . feveret aku dengan ayah . lagipun ayah banyak tolong aku masa stay poli dulu. Sedih terasa bilaa macam nie tapi nie lah yg buat aku lebih kuat. Rase semangat nak kerja. Nie nak konvo lagi banyak pakai duit, tapelah bajet sikit boleh kann.

Sejak pakai motor nie pergerakan memang jauh lah. Hahaha just belanja transportation tu tak banyak macam dulu. lagi lagi aku dah nak test jpj nie perghh bapak tak sabar nak jpj nie. Huhuhu ingat lagi tayar motor aq bocor, perghh nak meraung carik kedai motor kot. Nasib baik ade 1 family nie boleh mintak tolong. Sampai depan kedai moto tu dorang tunjukkan dari tempat keje lame aku tu. Serius mekaseh yer.
Sekarang dalm otak nie aku terasa nak upgrade barang dalam rumah. Tapi tunggu aku ngam 3 bulan dah bole buat aeon credit tu. Enor pun ade je kate bole dah touch up untuk raye nie. Hehehe tak sabar dah. Ibu pulak siap tunjuk kat aq nak sofa baru. Huhuhu sabar yer bu. Ado rezeki bedal 1 yaa.

Best dah kerja nie tapi yang penting sekarang aku nak amek MUET bulan 6 nie. Banggali nie suruh remindkan dia sekali beli num pin ha. Lepas dah setelkan MUET, boleh lah aku mohon upu tu. Tape lambat sambung belajar, experience banyak. Aku tanye senior, even kite smbung belajar lambat, once mintak belajar senang if dah keje ikot bidang lebih 1 tahun. Huhuhu tape tape, rezeki mesti ade, kepul2 kumpul duit nak sambung belajar. DEGREE AN ACCOUNTING !!!

For the banggali, master in your mind right. Waaa semoga berjaya okey, terasa nak tumpang sekaki je. 

Hahaha

Insha Allah, mohon doakan aku kengkawan.
Kita Berjaya sesame.
Ya Allah, makbulkan doa kami.
Amin.