Followers

27 July 2012

Rahsia mengikut Tarikh Lahir

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

  • Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 
  • Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama


Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

  • Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
  • Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. 

Tarikh Lahir pada 4, & 13

  • Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 

Tarikh Lahir pada 5 & 17
  • Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
  • Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
  • Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 

Tarikh Lahir pada 8 & 23
  • Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
  • Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 

Tarikh Lahir pada 12 & 19
  • Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
  • Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 

Tarikh Lahir pada 22 & 25
  • Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Tahukah perempuan bahawa kamu itu sesuatu yang bernilai?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Barrack Obama juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan mereka, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.

Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.


Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?


Penutup:

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
  • Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
  • Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
  • Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
  • Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
  • Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
  • Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
  • Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

20 July 2012

anugerah ALLAH

menangis lah heyyat, itu yang boleh memuaskan kau. 
yang buat hati kau lapang, 
yang buatkan kau temui cinta baru kau :) 
YA ALLAH adakah dia yg selama ini aku tunggu ? 
adakah dia lelaki yang dalam mimpi aku pernah suatu ketika dulu ? 
YA ALLAH, Subhanallah ! aku jatuh cinta, yaa aku memg cinta dia :')

pernah dan banyak kali dia kata dia sayangkan aku dan ayat CINTA itu selalu kau ungkapkan.
 tapi aku banyak mendiamkan,
 menahan hati ini dari mengaku dan akhirnya terluah juga. 
sebab jujur aku cinta kau .

tenanglah hati, 
mungkin dia milik kau INSYAALLAH !
 mungkin dia ADAM buatku :)
 mungkin dia yang berbaju melayu dalam mimpi aku. 
yaa aku yakin.

zulhelmie awak selalu kata awak sebak, 
sebab ayat saya terlalu tersentuh dekat hati awak, 
tapi percayalah. 
setiap apa yg saya katakan ini,
 setiap itulah air mata saya mengalir sebeb terlampau sayangkan awak. 
CINTAKAN awak. 
ingat tuu. 
saya takde orang lain awak, 
awak datang dalam hidup saya memang saya bahagia sangat dengan awak.
 maafkan saya awak jika selalu kerenah saya ini merimaskan awak. 
saya tak sengaja, 
saya memang mudah beremosi.
 maafkan saya sepet :) 
sume syg nak tunjukkan dekat awak, 
sy nak awak tahu siapa saya dan nak awk lihat sy bgaimana.
 saya nak awak terima seadanya saya supaya saya sesuai untuk jadi permaisuri dalam hidup awak. 
ONE DAY sayang,
 saya akan tunggu hari ituu .

speechless sayang
i miss you
saya cintakan awak ZULHELMIE ♥



17 July 2012

high school

praktikal ohh praktikal. bukan tak best tapii tak ready lah.
entahh, terasa bukan dunia aku lah 
duduk opis sampai petang, ketak ketuk tekan keyboard dengan 'kurung' dress
mak jemah =='
bukan aku seriously ! tapi dahh tu bidang aku, bukan outdoor punya orang.
kan best kalau kerja gerak sana sini.
pergi side sana side sini
siap pakai slack cotton, baru ngancam sehh !

aircond kuat sangat, macam stay dekat switzerland pulak. 
dah pulak aku yg terbiar dalam nie sorang sorang. 
baru 3 minggu, macam manelah kalau dah kerja betul betul
selamanyaa ?
OGH !
tak berkembang otak.
comfirmlah aku nak buat bisnes sendiri
aku bos aku pekerja. okey kan ?
:)

dulu masa high skul, beriya sangat nak further dengan akaun.
sebab ade geografi :D
sehinggakan
every exam pun boleh fail, gila !
memang tak suai agaknyer aku dengan akaun.
sungguh sungguh betul aku dengan geografi. 
sampaikan siow wan kuan tuu kalah dengan aku.
hebat tak ? haha
tapi tak jugak, aku down gilaa dengan math. walaupun bergiat siap siaga sampai spm
cam tuu gak. haha !

dulu pun sama, best student pun tak, best score tuu penah lah
:) cuma aku niee tak tahu perangai aku niee aper ke tak
yang suka tido, bising bising tuu
akulah. 
selalu kena attack sampi kena bawak masuk bilik guru
hahaha
hayati ohh hayati
tapi semua hal lama, dorang bising pun boleh beat geng aku ?
mia,mizah,shana,pija,mas,myra,biela,zue,syira
im,aiman,maula,ridzuan (eh ?)
dulu geng kuat tapi lain kelas lah :)

naik form5 lagii dahsyat, tak sangka geng aku congker 1 skola.
kautim sana sini, aku pulak ?
sorang sorang jep jadi line digi :D
pustakawan lah.
rehat manjang library, dah responsibility 
aku leader cover 6 dept kot
tapi bukan life aku okey, senyum ajelah
dah pulak aku tak kukuh lagi dengan spm.
teruk kena marah denan ibu kata aku main main
sampai tak daya nak study jauh jauh
kes putus asa
huuhuhu
one day, result trial spm kuar
1 kelas tepuk tangan buat aku sebab aq score soklan dokumen
alhamdullilah
berkat agaknya
sana sini kertas percubaan geografi, tak jugak aku mengerti
sampai pernah sekali teacher mengamuk sakan sampai baling buku sbb aku lowest dalam kelas
main main lagi kau
aku sedih
menangis jugak time tuu bila one by one terjadi
maybe ALLAH nak uji aku.
family, study buat problem gilaa. tak tahu nak share dengan siapa
menangis semua bagai.
lastly alhamdullillah geografi n akaun aku cemerlang gilaa
yang lain boleh makan juga.
hehehe
sekali pun tak pernah lupaa

best memories kot
aku suka stay high school
sebab aku ada geng
sebab aku boleh tido
sebab aku memang aku.
kau ada ?

:)

16 July 2012

moment day ♥

terang terang lagi bersuluh. Eh? haha, tak tahu nak bilang or kata apa. semalam ialah first date with ♥ and
pada mulanya aku berasa biasa biasa semua ini tapi makin hari ker hari tersa debarnya sehinggakan malam sebelum hari kejadian itu aku pulak yg tak boleh tidur. haha ! serius lawak gilaa bila kenang balik.

dah siap siap balut, and hadiah buat sepet :)

bangun bangun dari 'tidur ayam ayam' terus pack kek and mandi siap semuanya. tak sabar gilaa nak dia rasa kek yg aku buat niee. aq pun x tahu sedap ker tak tapi nak buat mcm ner, redahkan ajer. sampai terminal, aq terus ambil bas n duduk seat yg boleh tahan saket belakang. pejam pejam kelip kelip dalam bas. first time naik sorang sorang tapi tawakal ajep. nasib baik hafal camner rupaa Pudu. haha ! dah tuu turun and waiting for him

dah tak sampai 10 minit dia muncul. wahh, berdebar sehh. goyang goyang! haha, comel lah sepet, angau gilaa aku tenguk muka dia. dahh tuu jalan jalan naik tren sampai salah arah, haha ! tapelah, aku memg tak tahu n dia pulak tak berapa faham sangat area situu. gelak gelak n then secara spontannya aq pulak nak blushing gilaa. haha ! dah sampai plaza sungai weng lepak at macd before nak pergi lowyat :) lepak lepak n then aku keluarkan kek aku, dia rasa. dia kata sedap :D 

 heaven sehh, LULUS ! haha .senyum senyum and borak pasal aku excdent rituu.. dan dia makan kek aku dengan seleranya. wahh, betul kot kek aku sedap :D

dahh tuu, jalan jalan masuk lowyat, perghh penuh gila sehh. usha usha phone sampai tak sedar dah nak dekat pukul 1, seriously dia pilihkan aku phone, rugii lah aku kalau tanak date ngan dia rituu. dah tuu jalan jalan lagii tukar tren ker KLCC :) hehehe, sampai situu terus pergi makan. kesian diaa pukul 3 baruu nak makan, yang aku niee pulak tak lalu nak makan tp tak tahulah kenapa. dah jalan jalan cuci mata lain ice age heee

okeyy, bukti ya sepet layan kartun :) heee
makan makan and lepak lepak, jalan jalan and then kiteorang snap gambar yg memang rupa kami masih budak budak okey . harharhar


 sepet suka ambil gambar orang curi curi XD

 hahaha, comel lahh tu ea biee

 sukaa gila

hehe sepet suka dengar heyyat bebel kan :)

before balik tuu ade something special antara kami, seriously buat aku dah flying habis and angau tak terkata. tak relaa seh nak balik seremban tapi nak buat macam mana, terpaksalah aku. and on the spot aku bole menangis dalam bas tuu. aduhaii.

and sampai sekarang aku still tak boleh hilang kan air mata aku sebab aku makin rindu dia.
aku sayang dia
terima kasih zulhelmie 
ILYSM

12 July 2012

dia ♥ aku

assalamualaikum.
hai kawan kawan yang rindu tak terkata. tapi jangan buat apa apa, just stay baca coretan saya ya !

dah lebih dua minggu aku praktikal yang sungguh perah otak gila. tak pernah dapat task gila begini, key in sana sini sampaikan boleh hafal account yg tak pernah sekalipun keluar final nie. HAHA seriously memang sampai sekarang aku ingat lagi pesan En. Pojiee. 
''rasakan nanti tahulah kau LI macam mana"
alahh, goyang sekejap jep, esok esok datang LI semua okey tapi tak tahulah bos macam mana, dia jarang ade dekat ofis, sebab tulah manjang aku on9 ! 
hihihi

tapi biasalahh, life kurang. sampai ofis, open pc dah tuu tertera lah MYOB & fail yang bertindan yang memanggil untuk aku setelkan. dah celah celah tengah hari mata dah juling tengok deretan nombor and baru HEAVEN nak lunch.
heaven lah sangat =='

rendah diri yang aku mengatakan yang aku tiada transport nak bergerak jauh. asal lunch gerak jep deretan kedai dekat area ofis aku. nak diceritakan lah nie.
first day praktikal, shana pulak ajak aku lunch restoran nelayan. teragak na mencuba tapi memang ada dengar dekat sana mahal tapi manusia spesies aku nie takkan senduk lauk selain ayam dan kuah.
order sekali ice lemon tea yg boleh segarkan tekak. nyum nyum borak borak, timing dah sampai, mara ker kaunter pembayaran
ketak ketuk mesin duit kena caj sampai RM6.50 
?????
ayam seketul dengan kuah lemak cili api + lemon ice tea
apa cerita ini . atototo
first and last aku tak mahu singgah sana.

since praktikal, tade yang HOT story. LOVE story adelahh :3 sikit sikit lah ea mau cerita tapi semua tak boleh lah . heee

mungkin aku kena belajar fahami dia, cuba faham situasi dia dan cuba bertoleransi dengan dia. seriously sayang aku hanya untuk dia tapi cuma kadang kadang aku perlu buang segala negatif tuu.
betul dan terang terang lagi aku perlu dia dalam hidup aku sebab dia semangat aku.
kadang kadang aku kesian dengan dia,
sebab aq yang selalu banyak peel, tapi cara dia tak pernah bosan.
dia banyak melayan.
and
one day pernah sekali aku menangis sambil aq katakan aku sayangkan dia. yaa, aku sayang kan dia.
he's mine,
you're mine zulhelmie ♥
serius aku betul betul nak dia disisi aku, harungi hidup aq nak dia tahu kisah hidup aku dan apa impian aku.
tak mudah sayang kalau nak cari seseorang yang rela bersama kita, tahu kelemahan kita.
cukuplah seorang yang sedia ada.
 yaa, aku memang perlu tahu, dia tak pernah bangkang sekali kata-kataku
sekalipun tak.
dan buat aku terasa serba salah gilaaa

sentiasa buat apa yg aku inginkan/katakan
berbanding dia yang selalu mengalah

YA ALLAH
jika benar dia millik ku, dekatlah dia dan moga dia JODOHKU :)
Amin Ya Rabbal Alamin.

10 July 2012

Hukum Memakai Contact Lense

Pada zaman kini ramai yang gemar mengenakan mata dengan pelbagai jenis contact lens. Namun ramai tidak sedar bahawa pemakaian contact lens tanpa tujuan boleh mengundang fitnah terutama golongan wanita.




Hukum Memakai Contact Lense / Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.
  • Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
  • Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

  1. Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  2. Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya). 
  3. Tidak mengubah ciptaan Allah. 
  4. Tidak berupa penipuan atau pemalsuan. 
  5. Tidak menyerupai perbuatan orang kafir 
  6. Tidak berlebihan. 
  7. Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Melayukini.net - Jadi kembalilah kepada fitrah alam. Apabila seseorang itu cuba mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT bermakna seolah-olah ia tidak redha dengan apa yang diterimanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana masih ramai insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat melihat ketika hayatnya.

p/s : jadi renung-renungkan niat kita sebenarnya. wallahualam

(copy from Melayukini.net )

95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu!

  • Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.

  • Lelaki benci kekasih di'ngurat'

  • Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.

  • Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.

  • "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.

  • Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.

  • Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.

  • Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.

  • Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.

  • Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

  • Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..

  • Lelaki juga boleh menangis!

  • Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

  • Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

  • Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

  • Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

  • Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

  • Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

  • Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.

  • Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 

  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.

  • Lelaki benci gay!

  • Lelaki sayangkan ibu mereka.

  • Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.

  • Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.

  • Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.

  • Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.

  • Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.

  • Perempuan adalah kelemahan lelaki.

  • Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

  • Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.

  • Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

  • Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.

  • Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.

  • Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.

  • Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 

  • Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.

  • Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.

  • Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.

  • Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.

  • Lelaki boleh berbual tentang apa pun.

  • Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.

  • Lelaki berfikir terlalu banyak.

  • Fantasi lelaki tidak terbatas.

  • Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.

  • Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 

  • Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

  • Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.

  • Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

  • Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 

  • Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.

  • Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

  • Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.

  • Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 

  • Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.

  • Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

  • Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!

  • Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

  • Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

  • Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.

  • Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 

  • Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

  • Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up

  • Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.

  • Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia

  • Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.

  • Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!

  • Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

  • Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)

  • Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

  • Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

  • Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

  • Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

  • Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

  • Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

  • Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

  • Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.

  • Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

  • Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

  • Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

  • Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

  • Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.

  • Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

  • Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

  • Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

  • Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.

  • Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.

  • Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

  • Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'

  • Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.

  • Lelaki benci perempuan yang gedik.

  • Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.

  • Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...
  • 05 July 2012

    kita ♥

    terasa diri hanya sandaran.
    ha ?
    entah ! susah mau bilang, susah nak kenal. 
    aq tak berubah hati, cuma gusar bila ada yg berlainan.
    tak baik fikir macam tu..
    tapi aq nak selindung macam mana ?

    terasa aq yang berlebihan tapi aq nampak kau yang keterlaluan.
    serius aq tak faham lagii erti keperempuanan.
    dengan erti kata lain 'taken by'
    ?
    apa dehhh 

    goyang goyang kaki
    sambil kelip kelip mata
    kau dah gila ?
    ape nieee !

    the truth is aq dah angau :)
    just tak tahu nak mention macam mane sebab takut ter'over'
    tapi kau tak pernah resah, kau slumber.
    sebab aq memang macam nie.

    dulu hidup sorang sorang
    sume benda jalan
    katepun tak 'dijaga'
    tapi sekarang
    dah lain makna
    'double' lah sayang :)
    dalam hati ada taman HAHAHA

    tapi cuma aq gusar
    sebab masih banyak persoalan.
    hari hari aku doa dekat ALLAH yg dia ade dekat sisi aq
    hari hari aq teringatkan dia
    walaupun dia pernah tegur aq jangan mesej dia bila aq busy kerja.
    tapi aku bukan mcm tu.
    aq nak teman
    cuma bila aq marah
    aq perlu bersendirian .

    bukan tak yakin
    bukan tak percaya
    cuma takut hati terluka
    jujur aq sayang gila dekat kau
    cuma aq harap kau pun begitu.

    ILYSM ♥