Followers

12 October 2012

rindu.rindu.rindu

sejak dua menjak nie, entah apa kena pun tak tahu. hati tak menentu. termenung .
banyak mendiamkan. 
tade ape ape pun cuma rindu yang menebal sesangat !
huhuhu
dah lebih sebulan gak nie tak jumpa.
tapi nak buat macammana.
hujung bulan nie dia test.
hope dia bole buat kali nie, inshaAllah !
aku tahu dia boleh, 
memang dia boleh pun :)
and you know what, selasa lepas, masa aku membuta kat opis yang membeku nie.
aku mimpi dia.
that was a first time okey
 seriously.
i rindu you hubby.
totally.

 celik mata tengok laaa, depan pc rupe ea.. ingatkan ade bobok td..
and that time terasa sayu sangat. 
dah pulak tu my officemates ade, so just silent ajelah.
huhuhu

and semalam, he said he really really missed me.
hubby i miss you too.
and last night i mimpi you lagi
mimpi awak borak-borak dengan ibu kat rumah saya.
and then
I was cried this morning

i love you


05 October 2012

kecekalan

Tinggal lagi dua bulan, semuanya akan selesai.
 Sediakala. Bererti dan bermakna.
 Tak perlu susah-susah kerna masa tetap lancar sentiasa. 
Takkan berhenti, takkan terhenti, sebab YANG ESA sentiasa tepati janji.
 Tak mudah dan tak susah, cuma jalankan sahaja. 
Sebab kita dipilih, bukan memilih untuk melaluinya,
 kerna kita telahpun ditetapkan sebagai umat-Nya.
Tak lekang dek hujan, tak lekang dek panas.
 Mana ada manusia tak ditimpa musibah, dan tiada yang tak terima dugaan-Nya. 
Selagi degup jantung ini bernyawa, selagi itu juga masalah tiba. 
Merobek jiwa, pedih sentiasa sehinggakan memohon pada PENCIPTA agar segera menarik nyawa. 
Ya aku tahu semua itu sia-sia cuma merasakan ini adalah yang terbaiknya. 
Bukan sengaja, tapi tak rela pinta menimbulkan dosa. 
Hari hari lalui, tak bermakna hati tak selalu disakiti. 
Cuma cari ruang buat diri.
 Permudahkan apa yang diingini dan lelapkan mata, segera memohon hati pada ILAHI.
 Ego sentiasa membara, tapi relakah aku untuk merasai derita buat sekian kalinya ?
 mohon YA ALLAH, selagi urat ini masih belum putus semuanya,
selagi darah ini belum terpercik mengalir keluar, aku sanggup. 
Aku sanggup redahi semua. Aku terimanya dengan redhanya.
Tak semua sekepala, tak semua punyai harapan yang sama
. Dan tak semua dipermudahkan oleh-Nya, hanya yang dikehendaki sahaja
. Aku tahu, aku rasai, aku melihat. 
Semuanya boneka. 
Semuanya dusta. 
Dan aku terluka.
 Gagahkan kudrat walaupun aku tahu aku tak mampu hadapinya. 
Tapi nak buat macam mana, aku rela.
 Rela segalanya.
Air mata tak bererti aku lemah, tapi perasaan geram menebal dijiwa.
 Senyuman tak bererti aku gembira, tapi semuanya sinis semata.
 aku cuba menjadi seperti yang lain tapi aku penat. 
Penat merasai sesal yang tak berakhirnya. 
Yang aku masih tidak lagi terima noktahnya.
Cuba jadi yang terbaik, dimegahi jelata,
 tapi aku tak daya untuk menjaga hati mereka. 
Aku bukan malaikat. 
Sentiasa patuhi, tanpa mengingkari. 
Bukan aku semua itu. Bukan..
Yang rapat, tetap akan tahu sebenarnya aku, yang tahu kerasnya hati aku. 
Tapi aku merasakan   
tak sepenuhnya mereka mengenaliku. 
Ya, aq tetap dengan duniaku,
 dengan airmataku. 
Dengan sandiwara wajahku. 
Sebeb aku tak mahu mereka tahu kerna aku adalah manusia ego itu. 
Cuma aku sayu, hiba, sesal, kecewa.. 
kerna aku masih lagi belum ada lagi pendengar setianya. 
Faham situasi duniaku  yang terlampau bezanya.
Aku akui, sakitnya hati.. 
pedihnya jiwa. 
Terseksanya semuanya.

 Buatkan aku terbuai-buai dengan silamnya. 
Yang aku dilahirkan ibarat menimpa malapetaka. 
Dan sekalipun aku terasa tiada bahagianya. 
Aku percaya, semuanya ada sebabnya tetapi hatiku punah kerna aku sandarannya. 
 Maaf, ya memang aku pinta,
 Cuma berikan aku ruang dijiwa untuk merasai kasih sayang dunia.

Mohon semuanya. 
Ampuni aku. 
Yakinkan aku. 
Akhiri segalanya.
Supaya aku tahu, dimana sebenarnya kasih sayang abadi itu.....

01 October 2012

kehidupan.

Kadang kadang perkara yang tak duga, yang tak jangka selalu terjadi.. 
buat aku terasa makin jauh hati.. 
sebalnya jiwa.. 
marah tak terkata.. 
tapi sebab apa ? 
sebab aku terasa di pinggiran. Bukan yang sentiasa dibanggakan. Dan aku bukan kesayangan. 
Mudah diabaikan, terasa berjauhan. 
Yaa family selalu yang pertama, 
tapi bagiku ibarat yang kedua.

Aku bongsu, aku manja, aku ceria. 
Tapi kau tak pernah duga, 
aq racunnya dan aku hanya sandaran sahaja. 
Tak lekang air mata, tak pernah berpisah dengan pancaroba
tapi 
aku cuma tahu hanya hidup bersendirian lebih bermakna. 
Tak pernah sekalipun aku menyesal berada di dunia, 
sebab aku tahu yang PENCIPTA ada khabar gembira buat aku juga. 

Perkara yang membanggakan, 
selalu dikongsi, dihebahkan.. 
tapi aku bukan begitu.. 
disimpan, erat dan kemas. 
Tak perlu diolah, dihebah dengan banyak perkara.. 
sebab aku tiada yang istimewa.. 

Sahabat kadang kala ada suka duka dan tawa tangisnya. 
Ada yang sekepala, 
ada yang sejiwa, ada yang menjadi perosak bangsa.
 Tapi aku tak pernah berkira, 
asalkan hidup ini dapat diharungi bersama. 
Susah senang itu sentiasa bersama. 
Melainkan jiwa dah x serupa baru kita sedar ada juga yang iri hati dengan kita.

Ya aku punyai kekasih hati, 
pelembut jiwa, tenang sentiasa. 
Dia pengubat duka, dialah pengesat air mata, dan dia anugerah ALLAH. 
Aku sayangkan dia. 
Jujur. 
Dia ibarat pelita, terangi aku dikala gelap. 
Mengajar aku erti kesabaran. 
Tongkatku pabila rebah.
 Dia segalanya. 
Maafkan aku ya sayang, 
aku selalu dengan duniaku. 
Dengan tanggapan sendiriku. 
Hidup dalam emosiku. 
Bukan niatku untuk berahsia, 
Cuma aku tak mahu kau susah hati kerana aku.
Maka, aku cuba yang terbaik di dunia ini, 
dengan semangat baru. 
Cuba harunginya tanpa rasa hati retak seribu. 
Aku tahu, indahnya kelak. Indahnya sebuah kenyataan. 
INSHA ALLAH 


25 September 2012

hikmah jatuh sakit :)

Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,
Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...

:) sayang sungguh ALLAH pada umatnya


23 September 2012

dugaan ♥

berpasangan ini mengajar aku erti kesabaran, erti kasih sayang dan erti kefahaman.
yaa pada mulanya aku selalu menyoal, sentiasa menidakkan, dan mencari salah silapnya.
kadang-kadang tak terduga lontaran kata-kata membuatkan dia terasa seketika.
maafkan saya kekasihku, bukan niatku cuma hati ini terlalu meruntun
meruntun mahukan dirimu
jujur awak, mengalir air mata ini, sedihnya tak terkata. kau sanggup demiku dan aku akan tetap sentiasa berada disisimu.
inshaAllah awak, kita tetap bersama.
terima kasih tahan dengan saya, bersabar dengan kehendak saya.
previous dengan one day nie
tak keruan dengan hati ini bila awak merajuk dengan saya.
huhuhu
saya tahu awak tak suka, tapi saya buat jugak. maafkan saya yee, saya nie memang degil sangat sangat.
tapi saya tahu awak mampu control saya
  ♥
awak jangan risau, saya tahu niat awak, sentiasa 
tak pernah sekalipun saya anggap awak ini mengongkong saya.
saya tahu itu kebaikan kita bersama awak
macam selalu yang kita kata
'lebihnya awak, kuranglah saya. kurangnya awak, lebihlah saya'
saya sayang awak tau
:')
sejak dua menjak nie, saya perasan kita selalu berperang, ada saja yg saya bangkitkan
cemburu saya sehingga tak terkawal
ada sahaja yang mula lah yang menyakitkan
 tapi
saya tahu bukan niat awak melakukan semua itu.
cuma saya tak sanggup awak menoleh
menoleh dari merenung saya
sebab saya nak saya seorang yg menguasai hati awak
 ♥
hujung bulan depan awak dah stay pasir gudang
hmm
susah sikit nak jumpa
tapi awak dah janji kan nak wat sumthing, curi masa untuk kita berduaa
i'm waiting hubby
:)
 jujur awak, saya nie selalu fikir yang bukan bukan
bukan sebab apa, cuma saya takut
saya takut saya tak jadi yang terbaik untuk awak
saya cuba awak
cuba jadi yang terbaik untuk awak
tapi maafkan saya
saya manusia biasa, kelemahan itu tetap adaa
berharap sangat sangat awak dapat terimanya
:'(
tapi demi awak
saya cuba awak inshaAllah Zulhelmie
awak doakan saya ea..
 ♥
seronok masa last day kita kuar sama-sama
dah tak kekok macam dedulu
cuma masih lagi berdebar bilaa awak suka curi curi pandang saya
seriously saya berdebar
huhu
kesian awak, saya pun dah lupa jalan nak pergi sogo rituu
hehehhe

i love this part :)

 ♥
awak cinta hati saya tau
   rindu sangat dekat awak
rindu dekat pipi tuu...
lalala
:)

anak saudara HAHA

melangkah setiap saat, melalui setiap hari dan kesannya dirasai setiap bulan.
kini sudah 3 bulan aku menjalani LATIHAN INDUSTRI.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar
cuma
ada anasir bernama zoragon sahaja mengganggu kami.
hew hew hew
kerja dah tak banyak, cuma aku dah hilang idea nak tulis apa dalam report.
zoragon banyak mengambil alih tugas aku.
kesabaran
kesabaran
huhu
batuk batuk dan batuk, 
dugaan darii Ilahi, aku terima dengan hati yang terbuka.
tak ada apa yang lain cuma alergi pulak yang melanda
-____-
apakah ? aitotototo
huhuhu 
hot story hot story
lalalala
tadi tertimbul number baru di phone.
pelik sungguh number ituu yg byk 7
lalu aku bertanya siapa
dijawabnya saudara.
ehh ?
rupanya shahfiq-nephew
dah lama tak contact mak yew.
makk ? ewww
hahahaha
dia cucu ayah aku, so dia sangat respect aq as her auntie, 
sekalipun tak pernah kau aku
how sweet you are
:D
sekarang kerja dekat logistik, and single.
aik? mane yang lame..
katanya sudah crush
so sad
lepastuu siap tanya apa cerita, bf sihat
hehehehe
Alhamdulillah
pandai haa stalker !
lupa pulak mak dia ade fb aku
kuang kuang kuang
so dah siap pesan pesan nie jangan lupa yaa roger makcik nie kalau turun seremban 
hahaha
he's a good guy
always being my nephew 
:)

12 September 2012

demam

hitung hitung hari pakai jari baru perasan dah lebih 3 hati tak sedap badan. 
entah ape yang aq telan sampai tade pantang.
 adoi
raba dahi raba leher
agak agak rebus telur pun bole masak nie.
masuk opis muka dah *fake smile*
mata lebam gitu
aduhh betul aircond atas kepala.
mula mula nyaman gilaa
dah lama sikit 
bibir pun bole biru
=,=
malam malam naik ragam
dah batuk macam atok tua
panadol tu aq macam nk telan sepapan
fikir nak kebah punya pasal
hew hew hew
kalau sihat walafiat, sume benda nak tendang
dah gini selubunglah jadinya.
terkepit kepit tutup selimut jangan ada angin masuk
hahaha
migrain sudah mari
apa pun tak bole.
berpinar pandang jalan
denyut denyut
lepastu duduk diam diam jadinya
adoi
moga sembuh cepat ya heyyat 
:)
insha Allah