Followers

21 April 2013

responsibility

esok kemuncaknya.
bermula peperangannya.
bersenjatakan kalkulator yang boleh kata dah uzur.
hahaha
pening pening lalat aku study management.
satu topik 
ade empat sub topik
step lain lain
last last malam tadi aku pun berkeroohh
mengantuk punya pasal.

belek belek diari.
tengah bulan depan ada program.
nun jauh dekat pantai timur.
dah siap kira kira hari
cukup tak sebulan 
nak buat part time
cuti enam minggu harus bekerja.
ehh WAJIBBB !
heee

lepas perlantikan .
aku dah terasa gusarnya.
berdebarnya.
tak tahulah aku mampu atau tidak.
sekurangnya aku berusaha kan ?
amanah orang
laksanakan dengan drastiknya.
tapi aku akan pastikan
aku mampu.

mungkin dengan penerimaan ini
ada dugaannya
dan
ada hikmahnya
tapi harapan aku
aku mampu berdiri
berdiri dengan kemampuan dan semangat aku
bukan sebab aku mengalah
menerima dengan penguasaan dari seseorang.
yang membuat aku terasa ada sebuah penindasan !
no no noo
yes i know i can do it !
dengan adanya mereka.
aku tahu aku mampu.
insha Allah

:) 

go heyyat go !


17 April 2013

arwah ayah

genap 12 hari bulan april
tahun 2013
ayah pergi meninggalkan aku, enor dan ibu.
dengan tenang, dan semuanya berjalan lancar.
arwah dikebumikan selepas maghrib.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.

ingat dahulu, pada awal-awal perhubungan dengan ayah.
dengan tiba-tiba ayah datang rumah.
dengan senyuman
dengan ayam kfc.
dari situ aku dah terasa sayu. ayah masih tak lupa 
yang kecik-kecik dahulu 
aku suka bedal ayam.
dan
mencium tangannya merupakan satu perkara yang dah lama aku tinggalkan.

ketibaan ayah dirumah hanya untuk mengambil kembali hati aku.
yang dahulu panggilan 'adik' disebut-sebut.
rindu
tak terkata.
cuma aku dengan ayah adakala kurang berbicara.
dan diam sahaja.

semakin hari, semakin tahun. aku makin rapat dengan ayah.
segala benda tak lengkap, 
masalah
mesti ayah yang pertama aku beritahu.
adakala rasa kesian ada juga
tapi aku nak bersama ayah.
aku menjalankan hak aku sebagai anak
yang perlukan perhatian daripada ayah.

sekalipun ayah tak pernah protes setiap butir bicara aku.
dia senyum ketawa walaupun dia tahu aku berlebih.
dan dia akan dapatkan segalanya untuk aku.
sebab untuk aku.

keluar masuk hospital
ibarat rumah kedua ayah. 
aku makin serba salah apabila ayah sentiasa berulang alik disebabkan aku.
tapi ayah tak kisah.
asalkan dia kata dia nak ambil berat pasal aku.

dulu kecik-kecik aku selalu anggap aku nie selalu menyusahkan.
membebankan. 
tapi ayah tak pernah sekalipun bangkitkan hal lama. 
dia sabar.
cuma kadang-kadang aku terasa serba salah.
melihat keadaan ayah 
mencari kehidupan dia.
yang sentiasa berada disekeliling anak-anak dia.

memang dulu dalam fikiran aku hanya ada ibu
segalanya dengan ibu setelah ayah tinggalkan kami.
tapi usia mematangkan kami
dan 
Allah membuka hati kami.
dan mengeratkan kami.

tak sekalipun aku terasa dia itu membebankan.
tak sekalipun aku dendam pada dia.
dan
tak sekalipun aku marah pada dia.

dia ayah aku. 
selamanya dia tetap ayah aku.
dan aku berharap dia tenang disana.
Ya Allah, rahmati dia.
dan cucurilah rohnya.
moga ayah tenang disana.

adik sayang ayah :')


05 April 2013

terkena vs balasan

satu satu datang.
satu satu dibangkitkan.
dan 
satu satu timbul puncanya.
aku dah tak tahu nak buat apa
nak cakap macam mana
terasa apa lagi yang nak diduga.
jujur aku pasrah saja.

mood memang lari kalau mula ditanya.
hati nie sakit kalau ada penyebabnya.
tapi aku tak tahu 
kenapa aku yang mangsa.

aku percaya.
dugaan mungkin.
ataupun balasan mungkin.
aku akur. 
aku terima.
tapi aku tak kuat seperti yang mereka jangka.
aku bukan penyelesai yang kau rasa.
sebab aku dah terlampau 'biasa' terkena'.
kau faham kan ?

aku cuba tak mahu ingat.
takkan cuba
takkan mahu rasa buat kali kedua.
sebab aku tahu yang aku akan kecewa.
kecewa dengan dunia.
sebab aku masih belum berpeluang.
rasa bahagia.

adakala aku senyum. 
ketawa
sampai kau sangka aku dah lupa hal lama.
ya
hal lama. 
tapi sekali terlintas
aku terasa kebahnya.
tunggu rebah sebenarnya.

aku rasa
kau tahu apa yang aq tak tahu
yang mungkin disebalik hal ini
mana tahu
tak semua hal itu boleh didedahkan.
yang sebab atau puncanya.
tapelah
asalkan ada hikmah.
dan mungkin ada kebenarannya.
mungkin.

buat apa nak kenang hal lama. 
kau sendiri dah tak peduli
dan takkan aku ungkit.

mekasih sebab kau pernah sayang aku.
mekasih sebab ada jugak memori dalam hidup aku.
dan 
mekasih jugak sebab kau buang aku.



28 March 2013

busy busy busyy !

tak sampai sebulan, final dah dekat. berlambak kerja. sampai bersepah semua modul aku. timing tidur janganlah kata. seminggu tu tipulah tak tidur. kalau kelas tengah hari, boleh jugak lelapkan mata. kalau tak, menelaah sampai subuhlah jawabnya. 

fening dengan peel lecturer. last minit bagi kerja memang payah lah. ade sampaikan presentation tu nak disumbatkan sama timing dengan test. oh may hantu, gilaa lah nak siapkan slide dengan nak hafal nota. haish, lain cita lah kalau slide tu topik yang masuk test. boleh jugak terima lagi. ini tidak, simpang.. simpang...

makin dekat dengan final, makin dekat lah jugak dengan program aku. risau jugak nak lead anak buah aku. dengan nak g usha tempat dinner tu entah bila. wahhh, menyeramkan pulak if ada yang menghalang. huhu. dengan misi penyambung generasi masa hadapan lagi. ohh harap harap semua baik baik je.
huhu

weekend nie tak dapat balik lagi. alkisah ade program kat planetarium kat KL. aku diwajibkan follow sebab ajk program. aktiviti dia simple jep. hahaha. senang aja bahh. so tak ramailah ajk tak dapat join sebab tempat terhad sebab pertukaran bas panjang ke bas ketot yang last minute. haish

esok betul betul test audit aku. entahla, aku nak mesej dia, macam tade pape effect kat dia jep nanti. aku try nak conct, tapi dia buat dia. aku tatawu lah. lagipun mesti dia dah contact dengan ex dia. so buat apa aku mencelah. 

entahlah, lepas satu satu datang dekat aku. sampai aku dah tak tertampung lagi dengan hal nie. sampai terbawak bawak demam nie. tak sangka pulak gini jadinya. kena jugak berjaga-jaga even aku rasa aku dah berada di position selesa. tapi tak jugak. takut tak lepas je. hmmm. gila tak suka, tapi aku tahu hal tu bukan akan jadi akhirnya. kan ?

so be happy and senyum 

:)




24 March 2013

kecewa

bangun pagi pagi sementara nak setup makanan untuk program
leka leka dulu online kejap.
then sambil bukak facebook.
sementara tu sempat jugak aku tgk fb dia.
and 
ape yang aku nampak kat post dia...
dia dah frend balik dgn ex dia.
ermm
.............................
okey...

aku tak sangka macam nie.
bodohnya aku percaya kat dia selama nie.
pagi pagi lagi mood aku lariiiii !!!!!!!!!!!!!
aarghhhhhhhh !!
memang lah hak dia, tapi akuuu ??????
okey fine, memang aku nie dah tade pape ngan kau.
tapi boleh tak respect hati aku nie !!
Ya Allah, tak sanggupnya mcm nie
ahhhhh !!!
tak tahannya akuuuuu !!!

sumpah aku dah tak sanggup lagi nak stalk fb dia.
serius kalau aku tahu mcm nie, takkan aq fikirkan lagi hal dia.
dia tu ade sekali pun nak faham aku ?
faham segala perasaan aku.
kenape salu mcm nie.......
:'(

aku dah tak mampu lagi. 
dan aku tak sangka dia buat aku mcm nie.
jujur aku sakit hati.



18 March 2013

" jangan kau anggap tindakan aku itu seperti membuang kau dalam hidup aku. sekalipun aku tak anggap sebegitu. Cuma aku mahukan kau memiliki hidup sendiri seperti yang kau inginkan. mungkin sebuah kebebasan. aku tahu tak sepatutnya aku lakukan semua ini. aku merasakan dengan cara ini, ada something yang lebih baik untuk kau.. Tapi bukan aku lepaskankan kau untuk perempuan lain.. Cuma untuk masa depan kau.... "

                               ~ heyyat ashiya ~
"memang aku boleh delete semua gambar kenangan kita dulu dekat facebook or instagram or whatever. tapi tak bermakna aku boleh delete kau dalam ingatan aku dan dalam diari aku. sebab kau adalah orang yang pernah aku sayang dahulu..."

                                                                                                    ~ heyyat ashiya ~