Followers

16 December 2015

aku tak tahu nak akhirkan tahun 2015 nie dengan kejayaan apa. bagus yang tang mana. hebatnya dimana. yang aku rasa sekarang perit. perit sangat. terasa kau dumb dalam semua perkara. satu persatu himpap jatuh dekat bahu kau. sampai satu saat kau jatuh then apa kau buat? nangis sampai teresak-esak. dalam umur kau 23 tahun ini kalau kau rasa kematangan tu dah exposes diri kau, maybe ade silap sikitlah. maybe matang dari segi muka or permikiran tapi kau belum matang dalam solve kan masalah diri kau.

pada mulanya kau risaukan tentang kerjaya. dalam sibuk kau cari yang kukuhnya, kau dah jumpa pengakhiran niat kau nak sambung belajar. give up? kalau Allah dah tunjuk hint bukan sekarang kau nak study sebab banyak kekangan, baik kau redha. soal cari kerja baru still lagi pending. tapi apa kau buat? kau masih sabar kan? hilang someone yang kau banyak share dengan diri dia betul-betul terkesan dalam diri. serious. aku tak buang kau. tapi lebih baik aku kena sedar, untuk berdiri bersama dengan kau, baik aku pergi.

aku buntu. buntu sangat. dan tak boleh fikir semua nie. biarlah.

08 December 2015

THE TEARS

KISAH 1.

A MOTHER’S LOVE - STORY FROM DYMM RAJA ZARITH SOFIA, THE QUEEN OF JOHOR

“The time in China was quite hard because we were in a completely different environment, completely different from Singapore and Malaysia, where we had visits from friends and relatives,” 
said Raja Zarith Sofiah, reliving the year’s development that had seen her shed 10 kg off her already petite frame.

“For me, to know that he had gone through this massive operation and to see him in pain was very hard. I knew I couldn’t take away his pain, and I knew he must be feeling afraid.."

“There were times when I would wake up feeling very sad and this went on until the coronation was over.."

“Jalil himself told me to tawakkal but he felt guilty about making us worry.”
She was able to heave a big sigh of relief only after the coronation in March this year.
THE TEARS, FINALLY

“It was only then that I was able to cry. When the tears came, it was such a relief to let it go. Before that, even my children noticed that I was in a daze most of the time. I had no interest in anything. There was a sort of heaviness to do anything. Dressing up to go to functions was difficult,” 
said Raja Zarith Sofiah of the ordeal.

However, she was blessed with having a very close knit family and a network of close friends. More importantly, she found solace in her daily prayers and zikir.
Nevertheless, it was fated that the test and challenges for Raja Zarith Sofiah did not stop after the transplant in December.
A routine monthly scan found nodules, small masses of tissue in Tunku Jalil’s lungs and these were cancerous. The cancer had spread from the liver to the lungs. A round of chemotherapy was again necessary.
The chemotherapy, which had taken a toll on not only Tunku Jalil, but also the family, was finally stopped last July. The nodules had not shrunk. This month, another scan is on the cards to see if the cancer has spread or has actually disappeared.

“The complication in Lil’s situation is that he is someone with a liver transplant, not just someone with cancer. So whatever drugs they give, they would have to consider the liver,” 
said Raja Zarith Sofiah.

“We are lucky in the sense that we can afford to give him the best treatment, but it doesn’t take away the fact that my son has cancer. However much money you have, health is still important.”

She was also quick to admit that she found it even harder to see children with cancer after Tunku Jalil’s diagnosis.

“I guess it was easier to offer solace to other mothers until you become that mother yourself. I just don’t know why,” 
she said by way of an apology, adding that from what her son had described to her of the after-effect of chemotherapy, she just couldn’t imagine how young children would cope.

Tunku Jalil himself is coping by visiting children and adults with cancer. The Sultan of Johor had also set up a foundation in his name called the Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation.
Raja Zarith recalled visiting the late Zakwan Anuar, who made news when he was photographed with the visiting Duchess of Cambridge. The 15-year-old boy had acute leukaemia.

“When I heard that Zakwan was not well, we flew to Kuala Lumpur. Jalil was with me. Zakwan was already in a bad shape but he had told his mother that I would never come. His mother then told him that he was wrong as I was there with Jalil to visit him,” 
she said.

The family ordeal brought them even closer together with the siblings taking turns to visit Tunku Jalil whenever he was in hospital.

“One night when he was in pain, he asked one of the staff to call me. So I went in the middle of the night. My eldest son and all the children were there as well and he was just in bed in so much pain from the chemo,” 
said Raja Zarith Sofiah who added that she is a changed person.

“Too much had happened within this one year, from the diagnosis last August till now, moving house, arranging for our son’s wedding, the coronation and all the time anxious about Jalil. I realise now that money isn’t everything. Having good health is very important,” 
she said philosophically.

KISAH 2.

pertama sekali aku mintak maaf bebanyak jilkalau story aku nie ade yg kurang sahih ataupun ada tak cukup garam. perkara ini berlaku dalam hujung tahun ini, berkenaan dengan kawan sama poli aku tapi tak sama batch. lain kelas tapi cuma berkenalan dari bilik prs. perwatakan arwah biasa sahaja, cuma lebih pendiam dan senyum je kalau selisih. nak kata gelak ketawa tu rasenye kalau duduk berkelompok tu pernah agaknya. arwah selalu rapat dengan masitah dengan rohaida. selalu lah kepit ketiga dorang tu. 

starting yang aku tahu dia sakit masa ida whatsapp aku kata nak turun seremban. dalam hati aku tergerak maybe dorang nak dating berdua dengan omar mungkin. bila aku tanya balik ida kata nak melawat orang sakit. 
siapa sakit? 
mas amira. 
sakit apa? 
kanser tumor stage 4.
meremang bulu roma. ida kata mas amira dah tak sedarkan diri. jadi petang tu omar drive bawak kami ke hospital seremban. sampai je ward then cari katil mas amira. sayu tengok. kiri kanan mesin berselirat di badan. badannya susut, terlantar tak sedarkan diri. uminya kata mas amira tak boleh ditempatkan di ICU sebab nurse mahu mas amira dalam perhatian keluarga jugak. sumpah sebak. orang yang kita kenal tak rapat, then moments masa dia lewat masuk dewan wawasan untuk konvo, suddenly muka dia keluar dekat skrin. semua teringat kat fikiran nie.

ida ada cerita tak silap aku, mas amira mengidap penyakit tu dari tingkatan 4 lagi, pernah buat operation buang tumor dan kimo selepas tu. then arwah selalu tumpang solat dekat bilik masitah ngan ida. jadi dorang ternampak bekas jahitan operate tu tapi dorang tak tanya sampaikan arwah cerita sendiri kenapa sampai jadi macam tu. kalau kite rapat dengan kawan kita sendiri pun kita sedihkan. muda lagi sakit seteruk itu. tapi tabahnya arwah, setiap semester anugerah ketua jabatan dia rangkul. aku rasa bila tengok dia tu macam dia tak pernah hidap pape sakit pun.

arwah tak lalui zaman remaja dia macam kita sekarang nie. bergantung dekat ubat and family dengan kengkawan je yg bagi sokongan padu. pernah ida cakap, arwah kalau sakit, dia tak cakap. cuma dia usap kepala dia then bila umi dia tanye kenapa, arwah just senyum je. Ya Allah tabahnye kau mas. kalau nak bawak keluar, mesti umi dia tanye memacam and memang tak bagi dia keluar tanpa family terdekat. 

saat arwah dibawa ke rumah ibubapanya selepas dikafankan dari hospital, hampir semua kawan2 and lecturer polipd yang datang. aku berdua dengan ida mase tu tunggu masitah sampai. syukur masitah sempat tatap wajah terakhir arwah. tapi yang paling aku tak bole tahan sayu, masitah peluk ida sampai sedu nangisnya. even aku tak selalu dengan dorang nie, tapi bila keadaan macam nie, utuh betul persahabatan dorang tu. 

Allah duga mesti sebab sayang. tapi setiap ujian tu mesti ada hikmah. even almarhum tunku jalil mahupun arwah mas amira, cekal betul harungi setiap sisa akhir hidup tapi still senyum menahan sakit yg dihadapi. Moga kedua-dua arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang menerima syafaat dan beriman. Insha Allah.

09 November 2015

Allah duga lagi.

dalam masa 2 minggu setelah puas berfikir, akhirnya satu jawapan aku jumpa. tangguh lagi niat sambung belajar. Allah, rebah hati aku. sungguh self confidence terus down habis habisan. bayaran pun dah dibuat dan aku masih tak boleh nak terima hakikat. hampir setelah soal jawab oncall dengan pihak mara, berkemungkinan pinjaman mara akan ditangguhkan sehingga 2018. alasan diberi tidak jelas tapi atas sebab menanggung pelajar di luar negara. Ya Allah kesian anak bangsa dalam negara tergantung nasib dibuat oleh kerajaan.

aku? jujurlah lost sementara. tempuh hari hari macam biasa. and terpaksa ubah plan lain. takpelah, Allah kan ada. tak sekarang, masa depan kita tak tahu kan?

untuk mas amira, tabahlah kawanku. even kite jarang berbual, tapi kite kenal dalam PRS dah lama kan. Moga syurga buat kau sahabat. Bertabahlah kau lawan penyakit sekarang, sebab Allah mungkin dah persiapkan setimpal dengan apa yang kau tempuh sekarang. Amin Ya Allah.

next target
rabu - test jpj
khamis - interview ABM

Allah sentiasa bersama aku.
Insha Allah.

30 October 2015

teringat.

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali...

rasanya banyak kali mimpi kau. boleh dalam seminggu tu ade sekali dua. ada dalam keadaan kau marah, dan ade jugak dalam keadaan kau dengan orang lain. mungkin ada benda yang tak selesai lagi. mungkin. bila aku stay alone, duduk fikir tentang kau. tapi apa daya? lebih baik aku diam kan? sebab akan akhirnya aku yang sakit. berdiri terus berdiri. even kau rasa orang yang kau pernah kongsi suka duka dulu dah takde dalam hidup kau. even kau pernah kata yang aku selalu tak puas hati dengan layanan kau. bukan aku tak puas hati. aku mahu perhatian tu. 

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba tiba
Tak mungkin kerana sayang 
Cuma terganggu oleh perasaan... 

nothing else to describe. finally kalah dengan tanggapan yang aku cipta sendiri. berat hati ni wey. takpelah. aku tak pergi mana pun. aku hayati yang kau kenal masa zaman poli dulu.

28 October 2015

Alhamdulillah!


jujurlah, hati aku sebenarnya macam nak gugur tengok result nie. yelah ade certain orang mesti cakap apedehal. ipts senang je dapat. kau banyak duit takpelah nk further kat private. ehh mampu ke? tapi aku tak fikir semua tu actually. aku dok fikir kos yang aku bakal tempuh. 

bachelor in accounting...

gila tak mengidam kos nie since further diploma. yang betul diidamkan! bila duduk diam2 dalam bilik. selak satu satu borang permohonan, sebak je rasa. borang dah isi semua dah tinggal tunggu next step 6 nov nie punya payment. lama aku diam. perhati je kertas tu sampai otak aku berlegar dok pikir. betul ke ini pilihan yang aku nak? iyelah orang kata biaselah pindah pindah kerja tu. tapi kali nie aku pilih untuk teruskan perjuangan aku pulak. 

umur 24 tahun plus dengan 3 tahun pengajian if dapat transfer credit. bukan aku belah bahagi nak sambung ke tak. cuma aura belajar nie lain macam. yelah standart lah dpt result further, ape nak goyang. hahaha seriously this is accounting. tough course. kos yang memang menempah maut kalau tak sungguh. hari hari dok kira itu ini tapi bukan duit sendiri. hahaha. tapi nak label sebagai account student, gemuruh wey!



dalam masa lebih 2 bulan nie banyak benda aku nak kena prepare. kalau sekarang, bulan bulan kerja dapat gaji. even gaji tak berjoli sangat, balik umah makan dah ready. weekend boleh landing. bukak rekod client bukan bukak buku nak study. kot otak dah berkarat kan.tapi bila dah study nanti semua nak kena fikir. kalau lulus loan mara, Alhamdulillah. memang nak lari dari ptptn pun. tanak dah buat lagi.

just fokus je hayati our mission. even kau dapat interview bsn ke company memane, better hold tu hajat tu sampai dapat degree. memang rezeki Allah tak tentukan ikut level hamba Dia. tapi tanam dalam hati, ada rezeki untuk hamba Dia yang menuntu ilmu. duit boleh cari, pelajaran siapa nak bagi?

even aku sambung study nie depends on duit aku sendiri and pertolongan akak aku and mara (if lulus Insha Allah), berkat doa ibu yang dah memang sokong untuk aku futher, soal dia tak suka aku nak benti kerja ke dah takde. ada ibu cakap sekali tu,

dulu adik blaja adelah duit kebajikan tu bagi belanja tapi kan dah tak dapat lagi, takpe nanti ade duit lebih ibu bagi belanja ea...

berair mata aku wey. huhu sedih. yelah since akak aku ngan aku dah kerja, ibu dah tak dapat elaun dari kebajikan masyarakat and kitorang yang bagi ibu duit bulan2. so far Alhamdulillah cukup belanja tapi nanti aku dah resign, tak dapat nak mengulur lagi. just dalam hati aku, aku tanak susahkan ibu even aku sambung blaja lagi. 

kalau dulu ayah ada, bila call ayah cakap nak duit sikit buat belanja makan, ayah kata nanti ayah masukkan duit ya. even sebenarnya aku renggang betul ngan ayah aku. tapi since aku study poli, ape mintak semua dapat. bukan nak susahkan dia tapi maybe time tu dia nak tolong anak dia kan. call pagi cakap nak duit, ingatkan esok baru masukkan ke ape tapi petang dah call aku balik kata dah masukkan seringgit. aku dahla lurus, yeke takpelah berapa pun then aku cakap mekaseh then borak2 kejap. dengan ayah nie aku terasa cam orang luar tapi aku try adaptkan yang dia ayah aku. pegi atm nak tengok brapa je ade, pup rm100 ayah masukkan. sebak kejap T_T

kuatkan hati je kan? susah mana pun belajar tu, untuk masa depan. yang penting niat kau nak belajar and ubah nasib keluarga kau. Allah tu Maha penyayang, setiap rezeki tu ada even sikit pun tapi itu yang lagi bererti. Allahu.

so azam tahun baru? ehh macam awal sangat je hihi.

selamat menjadi mahasiswa hayati. Insha Allah!



26 October 2015

Everyone have their fate

2 hari lepas aku selesai exam online SPA position pembantu akauntan. Ingatkan exam biase sama macam exam bertulis dekat pejabat pkns dulu. sekali essay takde tp psikologi hade. Okeylah settle tang tu. Tapi ujian kira-kira dia. Perghhh sadis sadis. Position akauntan tapi soalan kira-kira perimeter. Haa ternganga sekejap nak jawab. Nombor berganda keluar then soalan pelik2 lagi. Ape lagi lenjan menjawabnye.
Actually kelakar sebenarnye bila kena macam tu. Haha yelah tak bole expect lah budak akuan bole hafal soalan even simple math. Kalau tanya tempoh bermastautin ke kiraan susut nilai bole diterima pakai lagi. Haishh capture soalan tunjuk kat akak aku. Gelak barai dia. Dah tanya dua kali kena marah pulak apesal tak ingat soalan perimeter tu. Hahahahha. Lantak lah kann. Tapi aku nak explain sikit ‘peel’ orang yang belajar akaun tapi tak suka math macam aku. Hahaha

Konsep dia sama je. Ade yang terror addmath tapi math mode slow gila. Macam kita fluence bahasa melayu tapi English kemut2 nak cakap. Hihi. Macam aku dulu, math tak pernah dapat A. Rasa gegar jugak bumi kalau dapat gitu. Sebab tak suka kira2 kot. Dapat pulak congak, sangatlah slow. Tapi untuk subjek account nie even nak dapat high score tu ikut musim but atleast aku boleh lagi carry subjek tu and faham konsep perakaunan. Konsep math? Hahaha kau tanye aku trigonometri pun aku tak ingat. Inikan algebra. Blurp!

Flashback masa aku sekolah menengah dulu. 3 subjek yg betul2 aku score. Bahasa melayu, kemahiran hidup dengan geografi. Dah nama pun subjek b.melayu, senang bebenor. Lagi2 aku suka bila exam dapat soalan cerpen, karangan panjang2 sampai non stop. Macam2 karangan boleh buat (masuk lift tekan sendiri haha) tapi biaselah dalam subjek tu aku tak suka part novel. Yelah nak tau watak antalogis ke antanogis? Komfius mak nak. Haha kemahiran hidup memang makanan aku. Dari masak, menjahit, menukang mengcat sampai deko kayu pun aku suka. Pernah sekali kes jari aku hilang separuh sebab tergesel dengan penebuk papan lapis. Darah tak berhenti then sampai kes ke pengetua. Haii nak tunggu separuh jari tu tumbuh memang makan sebulan dua. Pedih ya amat.

Then subjek ketiga geografi. Yang aku ambil sehingga ke SPM. Teramat suka pasal bumi, perhutanan dengan bencana. Aku suka baca teori, jawab soalan cuaca ngan musim. Dan pernah sekali je aku dapat c and menangis gila2 sebab tak score. Pernah cikgu yang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 cabar aku sampai baling buku and jerit if tak dapat A+ untuk SPM rugi masa dia didik aku and, yes aku sahut cabaran dia! Finally dapat jugak A+. Komfiden jawab exam kauu.

Naik form 4, slow down sikit sebab kena masuk kelas akaun. Actually aku betul tak adapt subjek akaun nie. Sepanjang aku form 4, gagal manjang. Cikgu pun macam suka tak suka aku je sebab memang aku sambil lewa subjek tu. Ibu pulak asyik marah nape account teruk sangat dari subject lain, then suruh aku pergi tuisyen kat taman sebelah. Memula rasa susah sangat, semua format nak ingat, rasa teruk dari math. Lagi2 pulak aku ambil tusyen private. Yang ade pun budak2 skola rendah cikgu tusyen tu ajar. So aku lah sorang budak menengah. Then naik form 5, mase first ujian belanjawan, aku dapat terus 80 markah. Cikgu punya bangga suruh semua classmate aku tepuk tangan untuk aku. Siyes malu sipu weyy. Bangga pun ada tapi berkat ilmu cikgu tusyen aku tu ajar aku dari starting asset belanja hasil tu memang berbaloi lah kannn. Alhamdulillah terus dapat A dalam SPM. Dan takde lagi dah cikgu skola tu nyampah nengok den laie. Hihi

Kadang-kadang kita tak bole expect apa yang kita target masa sekolah dulu akan dapat bila kau nak sambung belajar lagi. Certain orang dapat ape kursus yang dorang target. Contoh terdekat diri akulah. Even aku mempertahankan subject geografi and result superb pun, aku gagal mendapat tempat dalam kursus kaji bumi (meteorology). Ada yang aku terlepas pandang yang kos tu wajib ambil fizik kimia ketika SPM sedangkan aku masuk kelas pure akaun yang ada ekonomi. Huhu part tu sedih sikit. And mostly tawaran belajar aku lebih cerah dalam bidang perakaunan. Sampai sekarang aku still move on account.

Ade jugak kengkawan lain yang berlainan bidang lari dari accounts, contoh ade yang further tesl, engineering, dengan nursing. Memang menyimpang kan? Tapi itulah rezeki. SPM tu penentu masa depan tapi belum penentu kursus yang korang akan ambil. So jangan nak down even kau tak dapat further kursus yang kau suka tapi nanti ada hikmah lain yang Allah sediakan. So kipidap gaissss !

15 October 2015

Diploma Akauntansi Politeknik Port Dickson

Assalamualaikum gais. Okey entry kali nie, yati nak story tentang kursus DIPLOMA AKAUNTANSI di Politeknik Port Dickson. untuk yang bersedih tergolek terlentang yang tak dapat masuk universiti, asasi mahupun matrikulasi janganlahh risau. sebab yati one of them jugaklah! hahaha tapi I never regret and I'm proud be Polipd Graduates. Politeknik nie kira under goverman lagi, fees pun murah, kamsis (asrama) pun teramat murah tapi sekarang polipd ade dah apartment baru (tak tahu berapa fees) jadi tak perlu kuatir rasanya tentang diploma di politeknik nie valid ke tak ataupun sampai katakan poli nie macam sekolah ke? lebih kurang tapi life as mahasiswa tu still ada.

1. Malaysian Qualifications Agency 

mengikut rekod dari MQA klik sini kursus akauntansi berdaftar dan tidak diragui. Alhamdulillah sekarang cari kerja merata pun student politeknik tak diketepikan malah pernah dilabel bekas pelajar politeknik lebih mudah menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan atas faktor pernah menjalani latihan industri ketika di semester 4 hampir 5 bulan.

2. Suasana Pembelajaran

beginning masuk politeknik tu memang akward gila actually. yelah politeknik nie diibaratkan kira anak tiri pengajian tinggi seperti kolej komuniti lah. hahaha tapi tu abaikan sebab takde masalah pun kan? dengan result SPM agak impress tapi masuk poli? tipu tak down kann. teringat yati masuk first class basic accounting. benda pertama yang lecturer - Encik Fouzi tanye siapa yang dapat A dalam prinsip akaun? siapa tak bangga kan? so hanya 3 orang termasuk yati yang angkat tangan dalam kelas. then siap tanye apesal masuk politeknik dengan tanya kenapa dapat second intake? mengekek lecturer tu sebenarnya. kite tengah down boleh cakap macam tu? grrrr.

tapi last skali lecturer tu cakap,

tak poli tak universiti lain, jangan risau korang product paling laku kat luar sana kalau kau belajar kat sini....


so dah ada semangat kat situ. dari semester satu kau target bagi cungap sampai 3.40 above okey? sebab kadang kadang sem 3 atau 5 kau boleh tersungkur sikit and bila result kau merundum nanti pointer kau paling tertinggi tu nanti akan cover pointer kau supaya tak kurang dari 3.00 kebawah. sebab ape yati cakap? sebab yati dah buat experiment setiap pointer yang yati dapat. hihi


subject politeknik lebih kurang dengan universiti yang lain. beza hanya cara pembelajaran. dekat poli korang tak payah risau pasal notes, white board or assignments. sebab bila masuk topic baru setiap subject, lecturer dah suruh monitor pergi fotostet untuk chapter baru. biaselah setiap awal semester setiap subject akan ade cost outline pun kadang kadang ada lecturer baik hati tolong printkan. haa mulia betulkan? just kalau ada lecturer yang straight sikit korang kena godek sendiri dekat portal SPMP under polipd bagi download semua kejadah tu.

dari semester satu sampai semester 6, kelas dengan penasihat akademik takkan berubah even ada carry paper or exstand sem. sebab penasihat akan sentiasa guide and tolong uruskan jadual dan kita yang kena tempuh lecturer baru or yang sama bagi yang repeat paper. classmates pun sama selagi korang tak exstand sem. keadaan bilik kuliah (maaf cakap) seperti sekolah lagi. cuma upgrade bilik ada pagar and ada aircon (macam makmal). sebabkan commerce department lebih kepada teori dan latihan (tutor) jadi infrastruktur tak sama macam kursus seni bina ataupun kursus teknikal lain. biaselah kelas setiap subjek akan berubah. contoh kelas finance dekat utara, kelas taxation dekat selatan, jadi marilah berkejaran ketika habis kelas.

ketika pembelajaran sedang berjalan, cara pensyarah semua berlainan. sungguh! mengikut pengalaman yati, korang kena adapt jenis2 lecturer nie

  • ada lecturer beginning explain sikit je pasal introduction bagi setiap chapter then suka bagi tutor berlambak dari soalan previous exam and complete kan semua soalan then bincang bersama dalam kelas. biasanya pen marker lecturer tu mampu bertahan sehingga 6 bulan dek kerana lecturer takkan salin jawapan tu dekat board then selalunya jawapan yang majoriti akan dikira betul. (biasenye ade sorang yg genius dlm kelas bagi jawapan) haha so yang nie korang kena cepat tangkap sikit. misalan satu kelas tak tahu flow soalan tu macam mana baru lecturer tu tunjuk dekat board. dahsyat kan?
  • kedua lecturer yang suka salin penuh2 dekat board (padahal bole je fotostet soalan dia tu) and kite wajiblah menyalinnye. lecturer yang selalu macam nie kire dia buat soalan sendiri and takde aihh dekat lecturer lain. bole jadi dalam 2 jam tu korang dah salin sampai 5 soalan dan jawapan (bayangkan klau 1 soalan account kena bukak sampai 10 ledger) mihmihmih. masa yati dulu ade jugak tinggal2 tapi mintak tolong mane yang sempat salin korang tirulah. janji jangan jadi ketam yer..
  • ini khas untuk subject teori lah ea, contoh subject law, audit, teori economics or management. korang akan nampak 1 makhluk bernama lecturer beri khutubah kat depan. hahaha kena dengar khutubah tu dengan teliti sebab nota yang korang dapat tu kebiasaannya english. paham2 jelah kadang2 notes dari lecturer or kos yang kita belajar nie menggunakan buku standart master. ready gula2 or air masak lah kebiasaannya. macam yati dulu kelas marketing paling mengantuk. then lecturer tu ada inisiatif suruh kiteorg buat summary maps setiap chapter or setiap hari apa yg kita faham. kalau kelas company law tu setiap butir lecturer tu sebut kau salin malay dekat buku english tu. salah maksud or lambat tangkap, kau takkan paham setiap bahasa asing dari buku tu. hahaha
  • untuk subject elektif tu tak payah risau sangat sebab subject takde final. kalau kelas pendidikan islam tu siap makan buah jambu lagi. kalau kelas english nie selalu buat short drama lah, role play lah. kire release tension jugaklah. subject elektif nie lebih kepada kerja teamwork. dari situ kite tau nak manage kerja or masa.
  • okey yang nie serius sikit. setiap sem korang akan dihadiahkan subject kembar mathematics yang agak menggilakan dari subject account ya. hahaha sebabkan yati memang menyampah subject math, so tak suka kalau ade subject related dengan kira2. even orang kata alaa akaun tu kire math jugak kan. ehhh tidak yaa. jauh beza!
semester 1 - statistik (kiraan min medium mode, semua kursus biasa ambil kos nie)
semester 2 - bisnes mathematics (kiraan housing, personal loan berkenaan dgn banking jugak)
semester 3 - cost accounting (jgn terpedaya ade ayat account ya, ini kiraan overhead factory)
semester 5 - tax (lebih pada kiraan gaji, untung benefit), management account (kiraan lebih pada formula)
semester 6 - business finance (perah otak kira susah oo lupa blaja ape ahaha)

okey berkenaan tentang carry mark dengan percent lulus. syarat lulus setiap test, quiz, assignment dan tutor masa zaman yati 50% ya. dapat 49 tu sila kipas lecturer cari lagi seketol kalau ada terlepas pandang. okey untuk carry mark pulak 50% assignment dan seangkatan dengannya dan 50% lagi final exam.

contoh ya ini kiraan yg selalu yati target
assignment & keseluruhan tutor audit 2 : 80 markah (bahagi 2 dapat 40)
final exam : 72 markah(bahagi 2 dapat 36)
jadi 40 + 36 = 76 keseluruhan.
audit dapat B yey!
haa faham kan?

3. Kamsis

untuk semester 1, memang akan diberi tinggal di asrama dan bole buat rayuan mane yang tak dapat. kalau nak apply lagi untuk semester berikutnya pun boleh yang penting buat permohonan dan berkelakuan baik. ade je yang dari semester 1 sampai semester 6 stay asrama. depends lah ya. dalam asrama tempat basuh kain okey lengkap, almari meja belajar semua ada. mesin basuh berbayar pun ada. kalau dapat asrama belakang poli selalu dapat ampaian dekat setiap blok, tapi yang dapat stay asrama blok depan kena berebut sikit lah. di Politeknik Port Dickson, ada 9 bangunan asrama perempuan dan 7 bangunan asrama lelaki. asrama perempuan di bahagian depan dan belakang and lelaki tengah2. korang jangan risau, polipd nie seluas luasnye tempat dia and kalau nak menapak tu memang kalau lewat masak jugaklah nak berlari. hahaha! satu bilik hanya 2 katil je tau. memang betul2 sape nak mood belajar bole stay kamsis. okey fees satu semester je baru RM60 ya. murah gila kan? tapi banyak rules korang kena ikut. mihmihmih!

  • wajib turun solat maghrib dekat pusat Islam bagi lelaki setiap hari dan wajib selasa dan khamis bagi perempuan
  • wajib bertudung, berseluar longgar dan tak boleh bawa kenderaan masuk dalam kamsis
  • wajib register kehadiran dekat ketua aras kalau ade aktiviti dekat asrama.
  • setiap rabu ada bacaan yasin di blok masing2.
  • tak boleh keluar asrama, pindah bilik sesuka hati.
  • wajib masuk asrama sebelum pukul 7 malam, letak kad kamsis kat guard. 3 kali lewat kad kena gunting.
  • tak boleh bawa barang elektrik (kebiasaan kan?)
  • dilarang merokok atau mencerobohi asrama berlainan jantina

sebabkan dulu yati jenis yang aktif and salah seorang majlis tertinggi dalam organisasi, selalu jugak skip datang pusat Islam tu and selalu roommate jadi mangsa, dengan ketua aras dok tanya mana pergi. stress jugak tapi kena explain bebetul lah yang kite nie busy arranged meeting dengan program lain. bukan kita tak pegi pusat islam tu tak solat ya, Alhamdulillah solat berjemaah dalam bilik PRS tu. 

taknak stay kamsis? okey sewa taman poli jee dekat je jalan kaki.

4. Persekitaran

Nama pun podeksen kann, tepi pantai kasi swim lah! hahaha social life tu biasa dekat mana2 tempat belajar, pokok pangkal diri sendiri ya. ingat kita ade parents yang susah payah hantar belajar and kos hidup sana tak tinggi mana. cukuplah belanja bulan2 tu.

dalam politeknik port dickson soal bas ke rumah sewa tak perlu risau sebab byk taman perumahan yang boleh sewa dan pergi kelas jalan kaki je. kalau ada motor or kereta tu pastikan berdaftarlah kalau nak parking dalam poli. yang duduk asrama pun dekat je jalan kaki bole ikut laluan susur gajah sebab asrama betul2 belakang kawasan kampus.

5. Latihan Industri

Untuk jabatan perdagangan, semester 4 merupakan tempoh latihan industri bermula, kiranya dalam 4 5 bulan macam tu. kalau tak ada idea nak LI kat mana, terus je pergi unit latihan industri sebelah HHP tu, dia ade senarai syarikat yang bole jalankan latihan industri ya. untuk kursus akaun takde masalah kalau nak apply sekitar seremban. contoh audit firm ke tax agent ke consultancy ke secretary firm ke boleh asalkan related dengan akaun ya.

so kalau ada keraguan and tak pasti lagi boleh direct call pihak polipd sendiri or google je. Insha Allah belajar kat memana tak kisah pun, penting jaga diri jaga pointer! cewahhhh. so goodluck junior.
:)