Followers

30 October 2015

teringat.

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali...

rasanya banyak kali mimpi kau. boleh dalam seminggu tu ade sekali dua. ada dalam keadaan kau marah, dan ade jugak dalam keadaan kau dengan orang lain. mungkin ada benda yang tak selesai lagi. mungkin. bila aku stay alone, duduk fikir tentang kau. tapi apa daya? lebih baik aku diam kan? sebab akan akhirnya aku yang sakit. berdiri terus berdiri. even kau rasa orang yang kau pernah kongsi suka duka dulu dah takde dalam hidup kau. even kau pernah kata yang aku selalu tak puas hati dengan layanan kau. bukan aku tak puas hati. aku mahu perhatian tu. 

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba tiba
Tak mungkin kerana sayang 
Cuma terganggu oleh perasaan... 

nothing else to describe. finally kalah dengan tanggapan yang aku cipta sendiri. berat hati ni wey. takpelah. aku tak pergi mana pun. aku hayati yang kau kenal masa zaman poli dulu.

28 October 2015

Alhamdulillah!


jujurlah, hati aku sebenarnya macam nak gugur tengok result nie. yelah ade certain orang mesti cakap apedehal. ipts senang je dapat. kau banyak duit takpelah nk further kat private. ehh mampu ke? tapi aku tak fikir semua tu actually. aku dok fikir kos yang aku bakal tempuh. 

bachelor in accounting...

gila tak mengidam kos nie since further diploma. yang betul diidamkan! bila duduk diam2 dalam bilik. selak satu satu borang permohonan, sebak je rasa. borang dah isi semua dah tinggal tunggu next step 6 nov nie punya payment. lama aku diam. perhati je kertas tu sampai otak aku berlegar dok pikir. betul ke ini pilihan yang aku nak? iyelah orang kata biaselah pindah pindah kerja tu. tapi kali nie aku pilih untuk teruskan perjuangan aku pulak. 

umur 24 tahun plus dengan 3 tahun pengajian if dapat transfer credit. bukan aku belah bahagi nak sambung ke tak. cuma aura belajar nie lain macam. yelah standart lah dpt result further, ape nak goyang. hahaha seriously this is accounting. tough course. kos yang memang menempah maut kalau tak sungguh. hari hari dok kira itu ini tapi bukan duit sendiri. hahaha. tapi nak label sebagai account student, gemuruh wey!



dalam masa lebih 2 bulan nie banyak benda aku nak kena prepare. kalau sekarang, bulan bulan kerja dapat gaji. even gaji tak berjoli sangat, balik umah makan dah ready. weekend boleh landing. bukak rekod client bukan bukak buku nak study. kot otak dah berkarat kan.tapi bila dah study nanti semua nak kena fikir. kalau lulus loan mara, Alhamdulillah. memang nak lari dari ptptn pun. tanak dah buat lagi.

just fokus je hayati our mission. even kau dapat interview bsn ke company memane, better hold tu hajat tu sampai dapat degree. memang rezeki Allah tak tentukan ikut level hamba Dia. tapi tanam dalam hati, ada rezeki untuk hamba Dia yang menuntu ilmu. duit boleh cari, pelajaran siapa nak bagi?

even aku sambung study nie depends on duit aku sendiri and pertolongan akak aku and mara (if lulus Insha Allah), berkat doa ibu yang dah memang sokong untuk aku futher, soal dia tak suka aku nak benti kerja ke dah takde. ada ibu cakap sekali tu,

dulu adik blaja adelah duit kebajikan tu bagi belanja tapi kan dah tak dapat lagi, takpe nanti ade duit lebih ibu bagi belanja ea...

berair mata aku wey. huhu sedih. yelah since akak aku ngan aku dah kerja, ibu dah tak dapat elaun dari kebajikan masyarakat and kitorang yang bagi ibu duit bulan2. so far Alhamdulillah cukup belanja tapi nanti aku dah resign, tak dapat nak mengulur lagi. just dalam hati aku, aku tanak susahkan ibu even aku sambung blaja lagi. 

kalau dulu ayah ada, bila call ayah cakap nak duit sikit buat belanja makan, ayah kata nanti ayah masukkan duit ya. even sebenarnya aku renggang betul ngan ayah aku. tapi since aku study poli, ape mintak semua dapat. bukan nak susahkan dia tapi maybe time tu dia nak tolong anak dia kan. call pagi cakap nak duit, ingatkan esok baru masukkan ke ape tapi petang dah call aku balik kata dah masukkan seringgit. aku dahla lurus, yeke takpelah berapa pun then aku cakap mekaseh then borak2 kejap. dengan ayah nie aku terasa cam orang luar tapi aku try adaptkan yang dia ayah aku. pegi atm nak tengok brapa je ade, pup rm100 ayah masukkan. sebak kejap T_T

kuatkan hati je kan? susah mana pun belajar tu, untuk masa depan. yang penting niat kau nak belajar and ubah nasib keluarga kau. Allah tu Maha penyayang, setiap rezeki tu ada even sikit pun tapi itu yang lagi bererti. Allahu.

so azam tahun baru? ehh macam awal sangat je hihi.

selamat menjadi mahasiswa hayati. Insha Allah!



26 October 2015

Everyone have their fate

2 hari lepas aku selesai exam online SPA position pembantu akauntan. Ingatkan exam biase sama macam exam bertulis dekat pejabat pkns dulu. sekali essay takde tp psikologi hade. Okeylah settle tang tu. Tapi ujian kira-kira dia. Perghhh sadis sadis. Position akauntan tapi soalan kira-kira perimeter. Haa ternganga sekejap nak jawab. Nombor berganda keluar then soalan pelik2 lagi. Ape lagi lenjan menjawabnye.
Actually kelakar sebenarnye bila kena macam tu. Haha yelah tak bole expect lah budak akuan bole hafal soalan even simple math. Kalau tanya tempoh bermastautin ke kiraan susut nilai bole diterima pakai lagi. Haishh capture soalan tunjuk kat akak aku. Gelak barai dia. Dah tanya dua kali kena marah pulak apesal tak ingat soalan perimeter tu. Hahahahha. Lantak lah kann. Tapi aku nak explain sikit ‘peel’ orang yang belajar akaun tapi tak suka math macam aku. Hahaha

Konsep dia sama je. Ade yang terror addmath tapi math mode slow gila. Macam kita fluence bahasa melayu tapi English kemut2 nak cakap. Hihi. Macam aku dulu, math tak pernah dapat A. Rasa gegar jugak bumi kalau dapat gitu. Sebab tak suka kira2 kot. Dapat pulak congak, sangatlah slow. Tapi untuk subjek account nie even nak dapat high score tu ikut musim but atleast aku boleh lagi carry subjek tu and faham konsep perakaunan. Konsep math? Hahaha kau tanye aku trigonometri pun aku tak ingat. Inikan algebra. Blurp!

Flashback masa aku sekolah menengah dulu. 3 subjek yg betul2 aku score. Bahasa melayu, kemahiran hidup dengan geografi. Dah nama pun subjek b.melayu, senang bebenor. Lagi2 aku suka bila exam dapat soalan cerpen, karangan panjang2 sampai non stop. Macam2 karangan boleh buat (masuk lift tekan sendiri haha) tapi biaselah dalam subjek tu aku tak suka part novel. Yelah nak tau watak antalogis ke antanogis? Komfius mak nak. Haha kemahiran hidup memang makanan aku. Dari masak, menjahit, menukang mengcat sampai deko kayu pun aku suka. Pernah sekali kes jari aku hilang separuh sebab tergesel dengan penebuk papan lapis. Darah tak berhenti then sampai kes ke pengetua. Haii nak tunggu separuh jari tu tumbuh memang makan sebulan dua. Pedih ya amat.

Then subjek ketiga geografi. Yang aku ambil sehingga ke SPM. Teramat suka pasal bumi, perhutanan dengan bencana. Aku suka baca teori, jawab soalan cuaca ngan musim. Dan pernah sekali je aku dapat c and menangis gila2 sebab tak score. Pernah cikgu yang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 cabar aku sampai baling buku and jerit if tak dapat A+ untuk SPM rugi masa dia didik aku and, yes aku sahut cabaran dia! Finally dapat jugak A+. Komfiden jawab exam kauu.

Naik form 4, slow down sikit sebab kena masuk kelas akaun. Actually aku betul tak adapt subjek akaun nie. Sepanjang aku form 4, gagal manjang. Cikgu pun macam suka tak suka aku je sebab memang aku sambil lewa subjek tu. Ibu pulak asyik marah nape account teruk sangat dari subject lain, then suruh aku pergi tuisyen kat taman sebelah. Memula rasa susah sangat, semua format nak ingat, rasa teruk dari math. Lagi2 pulak aku ambil tusyen private. Yang ade pun budak2 skola rendah cikgu tusyen tu ajar. So aku lah sorang budak menengah. Then naik form 5, mase first ujian belanjawan, aku dapat terus 80 markah. Cikgu punya bangga suruh semua classmate aku tepuk tangan untuk aku. Siyes malu sipu weyy. Bangga pun ada tapi berkat ilmu cikgu tusyen aku tu ajar aku dari starting asset belanja hasil tu memang berbaloi lah kannn. Alhamdulillah terus dapat A dalam SPM. Dan takde lagi dah cikgu skola tu nyampah nengok den laie. Hihi

Kadang-kadang kita tak bole expect apa yang kita target masa sekolah dulu akan dapat bila kau nak sambung belajar lagi. Certain orang dapat ape kursus yang dorang target. Contoh terdekat diri akulah. Even aku mempertahankan subject geografi and result superb pun, aku gagal mendapat tempat dalam kursus kaji bumi (meteorology). Ada yang aku terlepas pandang yang kos tu wajib ambil fizik kimia ketika SPM sedangkan aku masuk kelas pure akaun yang ada ekonomi. Huhu part tu sedih sikit. And mostly tawaran belajar aku lebih cerah dalam bidang perakaunan. Sampai sekarang aku still move on account.

Ade jugak kengkawan lain yang berlainan bidang lari dari accounts, contoh ade yang further tesl, engineering, dengan nursing. Memang menyimpang kan? Tapi itulah rezeki. SPM tu penentu masa depan tapi belum penentu kursus yang korang akan ambil. So jangan nak down even kau tak dapat further kursus yang kau suka tapi nanti ada hikmah lain yang Allah sediakan. So kipidap gaissss !

15 October 2015

Diploma Akauntansi Politeknik Port Dickson

Assalamualaikum gais. Okey entry kali nie, yati nak story tentang kursus DIPLOMA AKAUNTANSI di Politeknik Port Dickson. untuk yang bersedih tergolek terlentang yang tak dapat masuk universiti, asasi mahupun matrikulasi janganlahh risau. sebab yati one of them jugaklah! hahaha tapi I never regret and I'm proud be Polipd Graduates. Politeknik nie kira under goverman lagi, fees pun murah, kamsis (asrama) pun teramat murah tapi sekarang polipd ade dah apartment baru (tak tahu berapa fees) jadi tak perlu kuatir rasanya tentang diploma di politeknik nie valid ke tak ataupun sampai katakan poli nie macam sekolah ke? lebih kurang tapi life as mahasiswa tu still ada.

1. Malaysian Qualifications Agency 

mengikut rekod dari MQA klik sini kursus akauntansi berdaftar dan tidak diragui. Alhamdulillah sekarang cari kerja merata pun student politeknik tak diketepikan malah pernah dilabel bekas pelajar politeknik lebih mudah menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan atas faktor pernah menjalani latihan industri ketika di semester 4 hampir 5 bulan.

2. Suasana Pembelajaran

beginning masuk politeknik tu memang akward gila actually. yelah politeknik nie diibaratkan kira anak tiri pengajian tinggi seperti kolej komuniti lah. hahaha tapi tu abaikan sebab takde masalah pun kan? dengan result SPM agak impress tapi masuk poli? tipu tak down kann. teringat yati masuk first class basic accounting. benda pertama yang lecturer - Encik Fouzi tanye siapa yang dapat A dalam prinsip akaun? siapa tak bangga kan? so hanya 3 orang termasuk yati yang angkat tangan dalam kelas. then siap tanye apesal masuk politeknik dengan tanya kenapa dapat second intake? mengekek lecturer tu sebenarnya. kite tengah down boleh cakap macam tu? grrrr.

tapi last skali lecturer tu cakap,

tak poli tak universiti lain, jangan risau korang product paling laku kat luar sana kalau kau belajar kat sini....


so dah ada semangat kat situ. dari semester satu kau target bagi cungap sampai 3.40 above okey? sebab kadang kadang sem 3 atau 5 kau boleh tersungkur sikit and bila result kau merundum nanti pointer kau paling tertinggi tu nanti akan cover pointer kau supaya tak kurang dari 3.00 kebawah. sebab ape yati cakap? sebab yati dah buat experiment setiap pointer yang yati dapat. hihi


subject politeknik lebih kurang dengan universiti yang lain. beza hanya cara pembelajaran. dekat poli korang tak payah risau pasal notes, white board or assignments. sebab bila masuk topic baru setiap subject, lecturer dah suruh monitor pergi fotostet untuk chapter baru. biaselah setiap awal semester setiap subject akan ade cost outline pun kadang kadang ada lecturer baik hati tolong printkan. haa mulia betulkan? just kalau ada lecturer yang straight sikit korang kena godek sendiri dekat portal SPMP under polipd bagi download semua kejadah tu.

dari semester satu sampai semester 6, kelas dengan penasihat akademik takkan berubah even ada carry paper or exstand sem. sebab penasihat akan sentiasa guide and tolong uruskan jadual dan kita yang kena tempuh lecturer baru or yang sama bagi yang repeat paper. classmates pun sama selagi korang tak exstand sem. keadaan bilik kuliah (maaf cakap) seperti sekolah lagi. cuma upgrade bilik ada pagar and ada aircon (macam makmal). sebabkan commerce department lebih kepada teori dan latihan (tutor) jadi infrastruktur tak sama macam kursus seni bina ataupun kursus teknikal lain. biaselah kelas setiap subjek akan berubah. contoh kelas finance dekat utara, kelas taxation dekat selatan, jadi marilah berkejaran ketika habis kelas.

ketika pembelajaran sedang berjalan, cara pensyarah semua berlainan. sungguh! mengikut pengalaman yati, korang kena adapt jenis2 lecturer nie

  • ada lecturer beginning explain sikit je pasal introduction bagi setiap chapter then suka bagi tutor berlambak dari soalan previous exam and complete kan semua soalan then bincang bersama dalam kelas. biasanya pen marker lecturer tu mampu bertahan sehingga 6 bulan dek kerana lecturer takkan salin jawapan tu dekat board then selalunya jawapan yang majoriti akan dikira betul. (biasenye ade sorang yg genius dlm kelas bagi jawapan) haha so yang nie korang kena cepat tangkap sikit. misalan satu kelas tak tahu flow soalan tu macam mana baru lecturer tu tunjuk dekat board. dahsyat kan?
  • kedua lecturer yang suka salin penuh2 dekat board (padahal bole je fotostet soalan dia tu) and kite wajiblah menyalinnye. lecturer yang selalu macam nie kire dia buat soalan sendiri and takde aihh dekat lecturer lain. bole jadi dalam 2 jam tu korang dah salin sampai 5 soalan dan jawapan (bayangkan klau 1 soalan account kena bukak sampai 10 ledger) mihmihmih. masa yati dulu ade jugak tinggal2 tapi mintak tolong mane yang sempat salin korang tirulah. janji jangan jadi ketam yer..
  • ini khas untuk subject teori lah ea, contoh subject law, audit, teori economics or management. korang akan nampak 1 makhluk bernama lecturer beri khutubah kat depan. hahaha kena dengar khutubah tu dengan teliti sebab nota yang korang dapat tu kebiasaannya english. paham2 jelah kadang2 notes dari lecturer or kos yang kita belajar nie menggunakan buku standart master. ready gula2 or air masak lah kebiasaannya. macam yati dulu kelas marketing paling mengantuk. then lecturer tu ada inisiatif suruh kiteorg buat summary maps setiap chapter or setiap hari apa yg kita faham. kalau kelas company law tu setiap butir lecturer tu sebut kau salin malay dekat buku english tu. salah maksud or lambat tangkap, kau takkan paham setiap bahasa asing dari buku tu. hahaha
  • untuk subject elektif tu tak payah risau sangat sebab subject takde final. kalau kelas pendidikan islam tu siap makan buah jambu lagi. kalau kelas english nie selalu buat short drama lah, role play lah. kire release tension jugaklah. subject elektif nie lebih kepada kerja teamwork. dari situ kite tau nak manage kerja or masa.
  • okey yang nie serius sikit. setiap sem korang akan dihadiahkan subject kembar mathematics yang agak menggilakan dari subject account ya. hahaha sebabkan yati memang menyampah subject math, so tak suka kalau ade subject related dengan kira2. even orang kata alaa akaun tu kire math jugak kan. ehhh tidak yaa. jauh beza!
semester 1 - statistik (kiraan min medium mode, semua kursus biasa ambil kos nie)
semester 2 - bisnes mathematics (kiraan housing, personal loan berkenaan dgn banking jugak)
semester 3 - cost accounting (jgn terpedaya ade ayat account ya, ini kiraan overhead factory)
semester 5 - tax (lebih pada kiraan gaji, untung benefit), management account (kiraan lebih pada formula)
semester 6 - business finance (perah otak kira susah oo lupa blaja ape ahaha)

okey berkenaan tentang carry mark dengan percent lulus. syarat lulus setiap test, quiz, assignment dan tutor masa zaman yati 50% ya. dapat 49 tu sila kipas lecturer cari lagi seketol kalau ada terlepas pandang. okey untuk carry mark pulak 50% assignment dan seangkatan dengannya dan 50% lagi final exam.

contoh ya ini kiraan yg selalu yati target
assignment & keseluruhan tutor audit 2 : 80 markah (bahagi 2 dapat 40)
final exam : 72 markah(bahagi 2 dapat 36)
jadi 40 + 36 = 76 keseluruhan.
audit dapat B yey!
haa faham kan?

3. Kamsis

untuk semester 1, memang akan diberi tinggal di asrama dan bole buat rayuan mane yang tak dapat. kalau nak apply lagi untuk semester berikutnya pun boleh yang penting buat permohonan dan berkelakuan baik. ade je yang dari semester 1 sampai semester 6 stay asrama. depends lah ya. dalam asrama tempat basuh kain okey lengkap, almari meja belajar semua ada. mesin basuh berbayar pun ada. kalau dapat asrama belakang poli selalu dapat ampaian dekat setiap blok, tapi yang dapat stay asrama blok depan kena berebut sikit lah. di Politeknik Port Dickson, ada 9 bangunan asrama perempuan dan 7 bangunan asrama lelaki. asrama perempuan di bahagian depan dan belakang and lelaki tengah2. korang jangan risau, polipd nie seluas luasnye tempat dia and kalau nak menapak tu memang kalau lewat masak jugaklah nak berlari. hahaha! satu bilik hanya 2 katil je tau. memang betul2 sape nak mood belajar bole stay kamsis. okey fees satu semester je baru RM60 ya. murah gila kan? tapi banyak rules korang kena ikut. mihmihmih!

  • wajib turun solat maghrib dekat pusat Islam bagi lelaki setiap hari dan wajib selasa dan khamis bagi perempuan
  • wajib bertudung, berseluar longgar dan tak boleh bawa kenderaan masuk dalam kamsis
  • wajib register kehadiran dekat ketua aras kalau ade aktiviti dekat asrama.
  • setiap rabu ada bacaan yasin di blok masing2.
  • tak boleh keluar asrama, pindah bilik sesuka hati.
  • wajib masuk asrama sebelum pukul 7 malam, letak kad kamsis kat guard. 3 kali lewat kad kena gunting.
  • tak boleh bawa barang elektrik (kebiasaan kan?)
  • dilarang merokok atau mencerobohi asrama berlainan jantina

sebabkan dulu yati jenis yang aktif and salah seorang majlis tertinggi dalam organisasi, selalu jugak skip datang pusat Islam tu and selalu roommate jadi mangsa, dengan ketua aras dok tanya mana pergi. stress jugak tapi kena explain bebetul lah yang kite nie busy arranged meeting dengan program lain. bukan kita tak pegi pusat islam tu tak solat ya, Alhamdulillah solat berjemaah dalam bilik PRS tu. 

taknak stay kamsis? okey sewa taman poli jee dekat je jalan kaki.

4. Persekitaran

Nama pun podeksen kann, tepi pantai kasi swim lah! hahaha social life tu biasa dekat mana2 tempat belajar, pokok pangkal diri sendiri ya. ingat kita ade parents yang susah payah hantar belajar and kos hidup sana tak tinggi mana. cukuplah belanja bulan2 tu.

dalam politeknik port dickson soal bas ke rumah sewa tak perlu risau sebab byk taman perumahan yang boleh sewa dan pergi kelas jalan kaki je. kalau ada motor or kereta tu pastikan berdaftarlah kalau nak parking dalam poli. yang duduk asrama pun dekat je jalan kaki bole ikut laluan susur gajah sebab asrama betul2 belakang kawasan kampus.

5. Latihan Industri

Untuk jabatan perdagangan, semester 4 merupakan tempoh latihan industri bermula, kiranya dalam 4 5 bulan macam tu. kalau tak ada idea nak LI kat mana, terus je pergi unit latihan industri sebelah HHP tu, dia ade senarai syarikat yang bole jalankan latihan industri ya. untuk kursus akaun takde masalah kalau nak apply sekitar seremban. contoh audit firm ke tax agent ke consultancy ke secretary firm ke boleh asalkan related dengan akaun ya.

so kalau ada keraguan and tak pasti lagi boleh direct call pihak polipd sendiri or google je. Insha Allah belajar kat memana tak kisah pun, penting jaga diri jaga pointer! cewahhhh. so goodluck junior.
:)




13 October 2015

My Past, Future and Real Life.

I was remember when I am excited got the result SPM befor this. menangis sampai tak kira jumlah A's yang ada. my friends also happy and celebrate together. but totally it was not the ending. its a beginning guys. beginning to know how evil this life or how evil people treat too bad to you. same goes to me actually. rasa sakit, rezeki tenggelam timbul and the part is kau hilang confident and lost nak bawak diri. bukan nak buka pekung di dada. tapi nak jadikan pengajaran. sebenarnya ada yang lagi susah dari kau kat luar sana. ada yang tak beruntung dari kau dekat luar sana. dan ade yang lemah dekat luar sana. set dalam our mind, even Allah beri kau sedikit rezeki, keikhlasan tu penting. dari Allah bagi banyak tapi 'humban' rezeki yang tak ikhlas tu. kan?

since my parents was divorce, hidup terumbang ambing. tadika pun tak habis. sampaikan malu nak datang tadika. sebab ibu tak bayar yuran. actually aku tak ingat langsung pun sebab masa tu aku kecil lagi. tapi bila borak2 dengan akak aku, adelah terbukak hal kecik2 dulu. teringat enor cerita dia balik sekolah jalan kaki pastu tunggu aku balik dari sekolah setiap petang pastu arwah ayah tak jemput kami balik sekolah. naik van sekolah hutang bertunggak. semua pernah alami. masa kau kecil, mesti kau rasa nak beli something request kat parents je kan? tak pun bagi aku. nak kasut sekolah baru pun payah. beg koyak lagi. report card pun malu nak tunjuk kat ibu. belum kes kena bebel dengan ibu pasal UPSR, hahaha sampai tak berani lagi nak main pondok2.

aku bukan kata aku salahkan parents aku. totally not. tapi semua yang jadi nie buat aku hargai apa yang aku ada and throw away what make me dumb. kalau benda nie tak jadi, mungkin sekarang aku tak jadi manusia berguna kan? so set dalam otak Allah dah persiapkan hikmahnya. teringat masa result PMR, aku bukak semua mata orang sekeliling aku yang pernah label aku 'kambing hitam' dalam family. masa tu Allah je yang tahu usaha aku sakit aku bersyukurnya aku. susah nak tempuh life nie kalau takde yang menyokong. masa tu ibu tak pernah datang sekolah ambil reportcard atas faktor usia dan kerja. aku tak pernah kecil hati pun. even aku rasa ibu tak peduli ke pasal belajar aku tapi mungkin ibu yakin yang aku mampu dapat keputusan baik. masa tu ibu kerja tolong jual nasi lemak kat warung tepi jalan. kadang2 aq nak cari duit lebih, ada je bawak ke sekolah kalau ada member order. weekend kalau warung tak cukup orang aku ngan ibu tolong jualkan. meriah jugak kerja kat situ. even gaji sehari dalam RM10 sehari pun aku rasa besar. sebab itu belanja sekolah aku nanti.

perasaan malu? aku lagi malu kalau aku takde pelajaran. lepas parents aku divorce, ibu berhenti kerja kilang. kerja sapu sampah kat mall. pegi kerja subuh2 jalan kaki jejauh nak tunggu bas. balik lewat malam. kalau weekend tak buat apa datang terminal tu jenjalan then tunggu ibu balik. sebulan sekali dapat makan kfc. pernah je hidup dengan air kena potong, letrik tak bayar, ambil barang dapur kat kedai sampai berhutang. semua pernah. tapi ibu kuat. Alhamdulillah dalam susah tu, semua pulih sedia kala. sebab Allah hantarkan seseorang untuk salurkan rezeki Dia. Alhamdulillah hari hari makan nasi. hidup seperti biasa.

then akak aku dapat top student result SPM dekat sekolah dia then dapat tawaran masuk matrik, time tu semua okey dah. hal kewangan so far semua still under control. time tu pulak aku baru form 4 tak silap. sampai aku SPM, akak aku further masuk UTHM. memula memang struggle jugak, dengan aku pun nak SPM pakai banyak duit dengan tuisyen lagi. Alhamdulillah ada sedara yang tolong. yelah masuk universiti bukan sikit duit. belanja makan sendiri lagi, duit buku lagi kan. habis je SPM macam2 kerja aku buat. first aku kerja promoter. dari part time oferbin sehingga part time permenant. syiok jugak kerja tapi biasalah kerja promoter, bergaul dengan orang bukan bukan jangan cakap. then aku dapat intake UIA kos muamalat. tapi sebabkan faktor tak cukup bajet aku tolak mentah2. yelah masa tu aku fikir kalau aku accept ofer tu duit macam mana? then tak lama lepastu aku dapat ofer form 6. niat kat hati memang nak cepat habis form 6 terus degree kan. tup tup aku berhenti kerja masuk form 6.

bercerabir gila dalam form 6! hahaha dua orang je melayu dalam kelas account. haru biru dunia kau. study sangkot2 dengan takde kawan. dah tak kerja kan, duit kat tangan pun takde. tetiba aku rasa down. kerja sekolah aku tak dapat habiskan, semangat datang sekolah pun takde dah. masa tu ibu dah berhenti kerja gerai nasi lemak tu. bukan nak kata apa, ade yang cuba caras kerja ibu tu. then ada yang replace kerja situ. lepastu ibu kerja kantin sekolah KGV sejak tu. pergi sekolah pagi ibu dah takde kat rumah. balik sekolah pun ibu tak balik lagi. huhu sedih jugak terasa kosong. tetiba satu hari tu result politeknik keluar. aku baru teingat aku ada apply politeknik. bertengkar jugak dengan ibu. ibu sampaikan kata siapa nak jaga dia. surelah aku sedih. aku pun cari masa depan aku kan. aku berhenti form 6, then kerja dekat kopitiam terminal dalam 3 4 bulan macam tu. then tak lama lepas tu aku berhenti sebab cuti raya aku tak approve. yelah masa tu aku ngan ibu kerja, nak pakai banyak duit, akak aku still degree banyak nak pakai duit.

dah berhenti kopitiam aku kerja sekali dengan ibu dekat kantin sekolah. jual kuih, jual nasi, cuci pinggan, mop kantin, kemas dapur, prepare barang masak semua aku buat. letih dia jangan lah kata. datang kerja pun dalam pukul 6 pagi. tapi i love this job because makan non stop. hahaha. kalau before nie kerja kopitiam, bila time rehat baru boleh makan lepastu tak semua menu boleh makan. dekat kantin sekolah nie habis prepare makan dalam pinggan untuk budak2 nie, kau pulak yang makan dulu. then bila abang tu dah bancuh air untuk jual kau pun datang cedok air milo ais tu. hahaha! seronok jugak tapi lepastu bersedia lah nak basuh pinggan yang berlambak tu. berbesen besen kau. nak sapu sampah kat sekitar kantin, lepastu mop satu kantin. terasa jugak muscle nie naik. even kerja tu berat sangat tapi okey sebenarnya. sampai habis cuti sekolah rasenye aku kerja situ.

masuk politeknik, belanja semua aku korek sikit sikit dari sedara. saving ada. niat dalam hati nak ubah nasib keluarga. tipulah tak down kau lambat sambung belajar tapi Allah test you sayang hayati. Everyone have their fate. so follow with the flow. dah habis diploma dapat kerja macam kejadah haram. apply 2 tahun UPU pun tak ada rezeki. haippp bukan tak ada rezeki, cuma rezeki tu lambat kan? sabarlah sikit je hayati. Allah dah tentukan nie. yang penting kau redha and tabah. some people fight to get best life, fight sebab sakit ade, fight nak dapat duit pun ye.

ibu pernah pesan. kalau ibu dulu pernah kerja sapu sampah dekat mall, mesti ibu nak anak ibu kerja tinggi dari ibu. Alhamdulillah, even gaji tak tinggi mana, semua cukup. tapi untuk masa depan, aku kena cari sesuatu yang stabilkan aku. even dulu ayah banyak tolong aku masa diploma, aku kena berdikari cari duit sendiri bila further degree nanti. maybe aku akan kerja part time lepas kelas ke. lagipun faktor umur dah tinggi, macam mana pun aku kena iktihar. arwah ayah pernah pesan, dia nak sangat pergi konvo aku masa diploma dulu. tapi tak sempat sebab Allah sayang ayah. niat hati aku untuk degree kali ini aku nak buktikan yang aku mampu usaha and hadiah untuk arwah ayah. Insha Allah.

Assalamualaikum,
Sarjana Muda Akauntansi
Unikl.

06 October 2015

Open Interview

Allah, finally result rayuan pun dah keluar. dengan bangganya tak dapat jugak. huhu betul, result yg baik tak menentukan rezeki. yes betul result aku tebar memana senang je tapi kenapa tak dapat? belum ada rezeki. or rezeki tu datang cara lain. betulkan? tapi niat tetap ada. tipulah tak sebak. menangis kot. semua member kata kenapa tak dapat ke or tak cukup dokumen ke aku nie belum ada rezeki. entahlah.

dalam bulan september je aku dah cuti 3 hari. sebab ape? pergi open interview lah pergi setelkan ptptn aku lah. semua aku pegi try. first interview aku Ambank. pergh sakit hati tu ya. masuk tak masuk je dekat reception. sakit hati dibuatnya. kata tak cukup experiance. takpe, kalau adab takde, buat ape nak stay lelama. baik aku cari kerja lain. pusing pusing kl hantar resume kat BSN, OCBC dengan bank muamalat. so far masa nak drop resume semua okey. sampai bengkak kaki dibuatnye. masa nak balik seremban, dapat call dari Lazada untuk interview. dah pukul 5 time tu. takdelah nak pegi subang jaya tu.

so plan date 1 oct lepas. haritulah pegi interview dekat Lazada dengan open interview yang lain. Alhamdulillah dekwan banyak tolong. dari tak dapat stay semalam, dia carikan hotel bajet. tinggal semalam. pagi tu ingatkan ikut dia pergi kerja ke hape. 2 pagi mesej aku kata esok dia ambil aku kat hotel pukul 9.30 pagi. pelik pulak aku nie. esok pagi tu masa breakfast dia kata mc. pun bole dekwan nie. lepas dia hantar pegi interview, so dia stay dalam kereta bagi tak kantoi. hahaha tak sampai sejam pun interview aku. perghh dekwan pun gelak besar tapi aku rasa better interview. yang tukang interview pun concern dengan background kerja aku sebelum nie. sampaikan dorang risau nak hire aku sebab experiance aku tinggi untuk position yang aku apply nie. kemain risau dapat ke tak.

datang idea gila pegi open interview dekat dominos shah alam. dekwan lah kate pergi je try tengok basic dia camne. rendah sehhhhh! geram pulak den melayan sampai ade test speaking lah grammer lah alih alih gaji ciput je. hmm takpe aihhh. so dekwan drop aku kat asia jaya then terus ke sogo. dah nak pukul 2 baik pegi lunch dulu meh. dah setel makan then terus ke cimb HQ kat sebelah sogo tu je. naik tingkat 18 terus regist interview. proses dia agak mencabar. kena buat essay lagi kau. basic salary nak tengok, nasib aku dah siap siap print KWSP aku untuk evidence.

hampir sejam jugak tunggu turn. adelah berbual dengan candidates lain. ade yang fresh graduate diploma, yang sebaya makcik den pun ade. short skirt pun ada. yelah cuba nasib. kalau drop resume je bila nak dipanggil interview, dengan ada open interview nie bole 'jual' diri kan? yang tukang interview so far okey, melayu lelaki. ingatkan cina bukit mane entah. ahahaha tapi speaking berhabuk. everything aku story pasal background kerja aku so far dia pun good listener and concern dengan story aku. tapi yang aku interview nie dia kata untuk branch baru di damansara. aisehh nak duduk sana lagi ke? T__T

so tunggu feedback dari cimb dengan lazada. Insha Allah kalau rezeki nak bekerja tu ada Alhamdulillah.
Next target?
UniKL